"...We do have a choices in our life, But we live with the choices we have made..." "...Forgetting is truly hard. But once you did, it'll calm, pleased and soothe you like,for ever..."
|PemFolow Kelip-Kelip|
Monday, July 20, 2009
Atan - Episode 3
Atan Tak Suke Air Panas
*********************************************
Atan berjalan berdengket-dengket di di atas tanah,selipar jepun nya di letakkan die lengan beliau,ala-ala gutt camtu lagaknya. Atan dah usha, beliau nampak Milah hari ni kat depan rumah,cantik. Pakai kebaya warna merah,lenggang lenggok punggung Milah,mengangkat kain jemuran di halaman.
Atan sembunyi di sebalik dinding rumah Pak Samad. Tadi Atan nampak Pak Samad naik motor menghala ke Pekan, Atan pasti tiada orang di rumah Pak Samad kecuali Milah. Mak Temah (bukan nama sebenar) dah tentu pergi menganyam ketupat di rumah Mak Jenab (hah,nama sebenar nih..!). Mak Temah memang begitu, Mak Jenab yang tinggal di hadapan rumahnya memudahkan beliau untuk selalu pergi menganyam ketupat bersama-sama.
Jam lebih kurang 6.45 petang. Atan pasti, lepas ni pasti Milah akan ke bilik air,untuk mandi,memandangkan hari hampir gelap. Mak Temah tak balik lagi, kate rumah dekat je,agak-bunyi beliau dengar motor Pak Samad,beliau akan terus meloncat dan lari lintang pukang terbalik untuk pulang ke rumah! Begitulah Mak Temah.
Atan pantas ke belakang rumah Pak Samad,di belakang bilik air Pak Samad. Atan dah ready batu teller yang di susun bertingkat,memudahkan aktiviti beliau nanti.
Syruhh....Atan dah dengar air paip dari dalam bilik air. Hati Atan berbunga riang,terlaksana la impian beliau untuk melihat Milah,yang putih gebu macam roti. Atan dah tak senang duduk. Di jengket kan kaki beliau.,supaya dapat melangkaui lubang antara dinding dan bumbung bilik air rumah Pak Samad.
Tiba-tiba Milah terkejut,dia terpandang jari yang bertenggek di papan dinding bilik air. Milah kenal jari tersebut. Milah senyap-senyap masuk dan panggil Pak Samad. Atan masih lagi berdiri di belakang dinding tersebut,menunggu masa untuk menjengukkan kepala untuk menskodeng Milah.
Pak Samad lantas,datang dengan membawa secerek air panas. Pak Samad juga sudah tahu gerangan lembaga tersebut.
"..Woi,sape tuh..?? Jerit Pak Samad sambil memegang lagi air panas.
Atan terkejut,sape pulak panggil aku nih..? Atan masih ingta pesan ibunya,kalau ada yang menegur kita,kita mesti menyahut teguran tersebut.
"..Woi, Atan ni...Atan ni...! He he he... " Jawab Atan dari luar. Tersengih-sengih.
Pak Samad memang sudah agak,lalu di jirus nya Atan dengan air panas. Satu cebuk, dua cebuk. Pak Samad dengar bunyi macam orang jatuh,dengar bunyi orang mengaduh. Atan dah kena!
"..Woi,panas la.. Ingat tak panas ke..!?! Jerit Atan dari luar. Pak Samad dan Milah senyum. "..Hah,padan muka. Ada hati nak mengintip anak aku.." kata Pak Samad.
Atan berlari ke arah depan, basikal beliau memang sudah di parking di tepi jalan. Apabila melalui depan rumah Pak Samad, Atan jerit dari luar.
"..Woi,panas la. Ingat tak panas ke?? Gila la orang tua ni..! " Marah Atan. Muka Atan merah. Atas basah kuyup. Pak Samad tersengih kerang di pintu rumah.
Atan lantas menyorong basikal beliau,dan terus blah dari rumah Pak Samad. Sambil berjalan, Atan menyumpah tindakan Pak Samad menjirus beliau dengan air panas. Atan bengang dengan Pak Samad. Sejak itu, Atan tak suka air panas. Atan suka air sejuk je. Atan tobat tak nak pergi rumah Pak Samad lagi. Atan nak pergi rumah yang takde air panas. Atan bersungut,menyumpah seranah bagai di dalam hati.
Haih..Atan, Atan..
MOTS : haih,pikir la sendiri moral nye ape...hahahahah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
uit,,..,cite skodeng,.,.~
best2,.,.ngeee~
haha...sape lucah skang ni robot? hehehe...aku tau ko suke..wakakka..ngeee..
Post a Comment