"...We do have a choices in our life, But we live with the choices we have made..." "...Forgetting is truly hard. But once you did, it'll calm, pleased and soothe you like,for ever..."
|PemFolow Kelip-Kelip|
Monday, July 20, 2009
Atan - Episode 2
Atan Tak Suke Air Panas
*********************************************
"Wei Atan,ko dari mane ni? Basah kuyup je,ko g berendam kt parit ek?.." Tanya Usop ketika Atan melalui Gerai Roti John beliau.
"..Mane ade,aku pegi umah Pak Samad,giler ar die tu..die ^%&$# ^%#@*%%...!?!!?.." Marah sungguh Atan dengan Pak Samad. Usop bingung. Atan jarang marah sebegini,Usop pelik,baju Atan habis basah lencun,muka Atan merah walaupun kulit nya hitam, Atan tak pakai kasut seperti kebiasaan, Atan cuma heret Basikal tua beliau. Usop pelik. Usop berniat ingin tanya lagi, tapi Atan dah blah sambil mencarut bagai. "Marah benar Atan.." kata si Usop sambil memotong roti.
Jam menunjukkan pukul 9.36 malam. Dari jauh, Usop nampak Atan sorong basikal beliau,di bawah lampu neon,Usop nampak Atan pakai baju melayu,seluar track,dan kain pelikat di silang. Gerai Usop ada beberapa pemuda lain yang lepak2,bese la..gerai orang muda.
Atan menuju ke gerai Usop. Seperti biasa, dia meminta roti john tanpa roti [eh,ade ke?ah,lantak la..] dengan Usop. Usop teringat peristiwa petang tadi, lalu bertanya kepada Atan.
" Atan, kau kenapa maghrib tadi? Basah lencun aku tengok kau.." tanya Usop sambil menggoreng telur. Atan yang sedang membelek basikal tua nya,berhenti.
" Ah, Pak Samad tu la,jirus Atan. Gile la orang tua tu,panas tau tak.." sungut Atan.
Usop tak faham. Kenapa pulak Pak Samad nak jirus Atan, tak semena-mena je..?
Lalu, Atan pun blah ,bila di tanya,beliau menjawab hendak ke Kampung Nelayan lagi.
"..Atan,kalau aku tau kau main nombor lagi,siap kau.." Jerit Usop, Atan cuma buat tak tahu.
"..Oii Atan,duit roti kau mane? Tak bayar lagi ni..!!.." Ciss! Rugi aku 2 hengget! Sungut Usop. Atan selalu begitu.
Haih..Atan,Atan..
"..Die kene dengan Pak Samad tadi Sop,baru die rase..hahaha.." Ajak tiba-tiba bersuara. Ajak,salah seorang pemuda yang turut melepak di Gerai Usop.
"..Laa,kene ape pulak? Die buat main dengan Pak Samad tu. Orang tua tu ade silat gayong + silat tepung tu.." seloroh Mat Kamben,yang turut melepak di situ. Mat Kamben,kerana beliau merupakan penternak Lembu,entah kenapa di gelar Mat Kamben,takde kene mengena lansung.
"..Mau nye tak kene,takkan korang tak tau..Anak dara Pak Samad, si Milah (bukan nama sebenar) yang cun melecun tu kan ade kat rumah,baru balik dari unibesiti.." Tokok tambah Ajak lagi.
"..Laa...patot la..Hmm,nasib kau la Atan.." Usop menggeleng kepala. Gamaknya sudah tau apa yang terjadi kepada Atan.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment