|PemFolow Kelip-Kelip|

Thursday, December 22, 2011

hikayat 211 - Pesan Mak.


Petang tadi gigih menelepon mak. Macam dah lame tak dengar suara beliau. Rindu siottt! Padahal pagi semalam ayah dah call still cakap ngan mak walau pon sekejap.

Okey,subjek di atas adalah berkaitan jugak dengan entry marah-marah di bawah. Hari ni sibuk. Bizi. Bontot tak berapa nak cecah kerusi kat ofis. Tak tipu sangat. Sebab bos ade meeting, orang semua dok kejar aku. Bos itu, Bos ini, surat itu, surat ini...fakkk~

Entry sebelum ni dok marah-marah orang tak bayar hutang.fine. memang aku blacklist orang tu. tapi petang tadi call mak tanye pasal hal ehwal kat kampung jiran satu blok rumah selang sebuah je buat hal bulan lepas di mana beliau (aku gelarkan mak cik jah) telah pon mengambil duit gaji ayah aku (a.k.a hasil FELDA dan duit gaji FELDA) sebanyak RM1000.00 tanpa pengetahuan ayah dan mak aku sendiri di mana mak aku tiada di rumah (kebetulan berada di klang/shah alam).

Its so sad to see how your farther terduduk termenung mengenangkan duit gaji lebur macam tu sahaja. kalau nak ikut kan story sebenar yes,my father ade hutang with that mak cik jah's family regarding upah buat rumah long time ago,but ayah aku buat deal dengan hubby mak cik jah (kemain hubby lagiiii!!!) untuk bayar setiap bulan bout 300-500 hundreds mengikut kemampuan. setel di situ.

Tetapi, yang mak cik giler ni nak amik duit ayah aku suke-suke beliau kenape??? tak bole ke call dulu?mintak permission? kalau kitorang satu family tak halalkan,memang sampai mati la jadi darah daging haram,sial! memang kitorang marah sangat.

Tapi,yang lebih kesian ayah aku. Beliau terduduk. termenung mengenang duit RM1000 lesap tanpa sempat di rasa. Fahaman orang tua, biasa lah malas nak besar2 kan hal ni. Jadi di pihak aku, konon dengan ini nak pegi saman keluarga mak cik jah puaka ni..

tapi mak pesan,

"..takpelah,walau marah macam mane sekalipun kite kat orang tu, kita redha jelah.biar allah taala je yang balas.kita buat biase je.nanti kalau kita yang tak tegur die,tak hormat die kita pulak di salahkan kononnya sombong,tak hormat orang tua..."

Baiklah.dengan ini rasa insap sekejap. tapi yang hutang aku tu, memang gampangggg lahhh...tak reti-reti nak bayar ke hoiii...:???? sembang dengan orang lain bukan main lagi kau ye.....p***mak betol lah. kali ni aku betol bengangg n marah!

sekian.



regards,
kakuna

hikayat 210 - Hell You!!



Instead of wishing you 'HAPPY BIRTHDAY' aku dengan rasa tak bersalah (pada hari ini) wishing you 'HAPPY BIRTDAH AND GO TO HELL!'. And yes, i did wrote that on that birthday card! daMn You!

Seriously, i dont know why but looking at you make me feels like '..'bole tak aku terajang muke kau 2 3 das pastu aku nak blah!!!.."

Bila dapat buat macam tu sangat la puas hati. Like, lega macam lepas dari berak keras, but lagi lega daripada tu! Seriously!

Ape la agaknye 'makanan' untuk orang-orang yang pandai berhutang tapi sikit pon takde rase nak bayar pastu pulak buat muka macam babi + cakap besar + bajet bagus depan kita..?? Hell you!

Tetibe stressed out sebab dah hujung tahun, akaun nak tutup. Eh..??Hahahahaha......




regards,
kakuna


Friday, December 9, 2011

hikayat 209 - Dah Nak Abis Tahun Dah..!



Tapi ape pon aku tak prepare lagi. I mean, untuk menyambut tahun baru lah... Miahahah...Seriously, tahun ni memang agak mencabar. Macam-macam kejadian. Samada kebahagiaan tak kurang juga kejadahan!

Ni dah bulan doblas. Sekejap je rase nye nak masuk tahun baru. *well,tetiap tahun macam ni lah ayatnye* =_=

Start on January, i have to make a list. Not only wish lish *i wish T__T* but also a list for a year! Sampai hujung tahun ko! Kalau tak,memang mengangaaaaaa jelah..

Ok, di antara list-list yang akan menjadi senarai *repeated* adalah :


1. Duit.
2. Duit.
3. Duit.











365. Duit.


Eh? Jadah nye..??? Yeeee... memang tahun depan untuk mencari uwang je...nak kene buat part time ni. Tidak bole tidak. Wuuu...Wuu..... T__T

Jadi,solusi (macam hendon laks) di sini, kita harus bekerja keras untuk mengumpul uwang dan pitis,supaya semuanya berjalan lancar.

Sekian,untuk maklomat saya dan Encik Tunang!! Hew hew hew hew............



regards,
kakuna

Thursday, November 10, 2011

hikayat 208 - Istilah Sebenar


Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan

Ramli Sarip - Istilah Bercinta

eh..dah kenapa suke lagu ni pulak?? err...actually this song is bit anthem likewise lagu2 yang lain yang aku dengar,but this is malay version like sometime,we do feel so damn down under and the song that we hear bole jadik buat kita gembira,sedih..i am normal. so i cried. its normal because i am a human. do you..??



*taktau nak gambarkan macam mane perasaan.tak kesah la orang nak cakap ape,tapi ape yang kita lalui,tak pernah sape pun tau dan faham.tak pernah dan tak akan ade yang faham.biar aku hadapi,walaupun tergugat....




regards,
kakuna





Wednesday, November 2, 2011

hikayat 207 - Its Scarrrrryyyyy~~


Mybe today is just random post. I remember, last Saturday that i went to Midvalley Megamall. Mujur mase tu cinema kat situ tak terbakar. Sbb baca paper hari ni cinema kat sana terbakar. Ye dak? Aku rase la sebab dalam gambar tu view macam kat mid je. Ok,fine. cut it short.

Ok. As you all know, perkhidmatan KTM ke Seremban (di stesen KL Sentral) tersangat lah ramai umat nye. Seriously aku rasa macam nak patah balik umah Smart sebab tak sanggup nak naik. But, at the end sebab dah janji dengan AG, so ku teruskan perjalanan.

Dah dapat naik train. Off to Midvalley. Keluar train and nak naik tangga untuk menyeberang ke Midvalley tu, i saw jerky lil' Nigga and poor lil' lady kat tangga tu. And, and right in front of my eyes, CUPPPPPP!! That jerky lil' Nigga pegi cium pempuan tu! DAmn~!! Hey, tengah-tengah crowded ni weh. And, aku even though im just passing by,tapi terdengar la perempuan ni cakap "..eee,malu la aku,bodoh bangang (die cakap dengan kawan die kat sebelah die merujuk kepada insiden di diciom nigga tu)..". Aku dengar dengan jelas.

Hey! Kesian dowh kat kau. SEdihhhhhh tengok ko macam tu. Nigga tu pulak memang muka tak bersalah. Perempuan itu melayu dan pakai tudung. Kesiannn kat kau..tu je aku nak cakap.

Sebab masa tu tengah kejar masa,AG plak dah tunggu lama kat Mid,aku jalan cepat2..


Tapi, SEDDDDDIIHHHHH Dowwwhhh aku tengok kau.. Jangan la obvious sangat,macam bangsat!






Note : Picture credit to mynewshub . Its does make sense. pathetic... T__T



regards,


Kakuna

Tuesday, November 1, 2011

hikayat 206 - Yes. Its SUCK to feel that you are ALONE~~



I've been through couple of weeks back dengan rasa yang tak best. YEs..! ALONE. Even there's Mr. Fiance all over the phone (he is still human though - tido,makan,mandi,kerja and not 24/7 beside me). I need friends. Where are those my friends? Why are they are'nt just like before?

What the hell am i feeling?? Its SUCK! Ok. Its really really suck!!!

Walalupun terngiang ngiang jugak,there's a phrase yang mengatakan "...Kalau anda rasa anda keseorangan atau hilang tumpuan dari rakan-rakan, fikir semula. kot-kot anda yang menjauhi mereka.." lebih kurang macam ni lah phrase tu.. Fineeeee....

Aku mane ade menjauhkan diri dari rakan-rakan aku? Tapi aku rase macam rakan-rakan aku yang jauhkan diri dari aku? Macam tu..? DAmn i hate this kind of feeling!!!! Korang pernah rasa ke..?? err...macam la ade korang kannn....fineeeee T__T..so sad lagi...

Yup. Perasaan aku. Aku rasa macam takde orang nak kawan dengan aku! so sad kann...?? T__T

Tu kan perasaan je. Mungkin betol la phrase tu.

Tapi.... it feels like real. And i feel that everybody is keeping a bigggg borders away over me and its suck!! Its really really suck~~

Damn i need that light to lighten up my way..........




regards,
kakuna


Friday, October 21, 2011

hikayat 205 - Quote!





"...its totally shit when people who broke up still think that 'we can be best friend'... Nahh, N E V E R ..."








note : off to hometown...!! Yayyy......


regards,
Kakuna


hikayat 204 - Those Time.. ~ ^___^


My pray Ya Allah....




Errr...After those hard time, after those tears and joy,and after those happiness.. We are finally one step forward to happily ever, InsyaAllah.... May Allah Bless us and our journey onward....

Love are tighten with blessings!! :)




"...Ya Allah,kau berikan lah aku dan dia keimanan yang kuat didalam menghadapi segala ujian Mu, Kau berikan kami rezeki yang melimpah ruah dalam memilih jalan ke arah keredhaan Mu, Kau limpahi kami dengan Rahmat Mu, Kau berkatilah hidup kami di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang,dan Kau berikanlah kami hidayah Mu yang maha suci dalam meneruskan hidup ini. Amin, Ya Rabbal Al amin.."



regards,
Kakuna


Thursday, October 20, 2011

hikayat 203 - Try To Learn A Lesson.



I dont know but lately it feels like homeyyyy sangat.... Sangat homeyy so im going back to my hometown this coming weekend. Couple of days left and i cant wait. By the way, my En. Bos sudah pon habis dengan challenge meeting beliau. And everything went well,as he said that our performances is greattt and yada yada yada~... Fine. Im start to love my employerrrrr now... Over tak..?? hehhehe....!!

But to be truth, nobody get what my boss's meant. Mybe aku ni bukan lah seorang yang penting for this area but as a PA im so that important to my Boss. So, as an employee a.k.a ORANG PEMAKAN GAJI, what ever, comes no matter what, we are professional towards our task and our job. And, even there's thousands reason for being here i.e ko keje untuk bayar hutang bank, ko keje sini sebab takde choice sbb tempat lain kilang keje macam bangla, ko kerja sini for your family sake (those who are married) , ko kerja sini for bayar installment kereta or beli make up, and even you worked here for fun,bole suke-suke in-out anytime! Fine... That is your life. Who bothers?

But kerja is kerja lahhh, kawannn.... Jangan la because of ko tak dapat nafkah kebatinan malam tadi, terus buat muka komot-komot masuk ofis kawannn.. Takkan sebab bini/laki mintak beli iphone atau galaxy tab ko dah runsing sebab nak memenuhi nafsu tak sedar diri pasangan..Sebab kene tegur sikit dengan superior, terus marked and rebel. Tak nak cakap dengan orang tu, tak nak cooperate dengan orang tu,and even tak nak dengar lansung any opinion from your superior. Kemon... Kemon...

Kerja tu kan satu IBADAH? If you dont like him/her likewise macam nak terajang je muke, but nawaitu pergi kerja kena la betul. Kerja is Kerja la kawann.... Damnn~~ Im not talking as I am very good and true and true all over but puhlisssss... Be professional. Everybody did make mistake. So do I. So, cant you just say SORRY? Is that hard?

And, to conclude.. Nobody's going to believe in you. No one is referring to you anymore. And even worst, your Boss are looking down at you and tell " you gain for nothing and you just fooling yourself by your attitude " . Ouchhh~ That's hurt, i tell you that!!

Learn a Lesson, please. Yet,nobody's perfect. Tak salah kalau kita nak ilmu form other people and ask from them. Malu bertanya,sesat la jalan. Dah sesat, bawak pulak orang2 innocent sekali sesat. Bangkai tak...??

And satu lagi, respect others if you want others to respect you!




regards,
kakuna

Wednesday, October 19, 2011

hikayat 202 - Semua pun sama je! Puii~



Setelah mengambil rehat yang agak lama dari berblogging,hari ni ade kekuatan (kekuatan katenyeee.....) untuk post entry. Bila mana semua orang di ofis (management only) sibuk dengan challenge meeting yang tak sudah-sudah, Mr. Bos tengah pening cara nak present kan pasal prestasi kerja centre dan juga income yang juta-juta hanya di beri bulat-bulat - O kepada orang atasan, dan bila mana staf pun macam tak pandai nak buat kerja,lalu Mr. Bos mengadu dengan PA beliau a.k.a Aku dengan luahan hati mengatakan bahawa beliau risau dengan prestasi kerja anggota kerja dan attitude mereka sekarang. Haihh...

Bila dah taip tak reti nak berenti. Bila dah cakap tak reti nak stop. Bila dah carutsss tak reti nak mintak maap~ Fineee... Tacinggg.. T__T

Kadang-kadang aku rasa macam muka ni kene tampal dengan plastik, layer by layer bila jumpa dengan orang yang berlainan. Dengan Mr. Bos plastik lain, dengan pegawai lain plastik lain pulak. Dengan collegues kat ofis ni pun harussss tampal plastikk lain. Fineee...

Aku pernah di cop sebagai seorang 'pengintip' untuk bos-bos dan orang lain sebab mereka sering lihat aku ke hulu hilir. Padahal aku buat kerja ko tau?? Nak panggil seseorang untuk sampaikan maklumat cukup payah macam ko duduk dalam gua kelam! Bila tengah cakap,ko tahan ke bila orang buat muka tahikkk dengan kau seolah aku ni adalah orang suruhan bos yang diorang benci sama seperti diorang tak suke bos? Fineee.......

Kerana mulut badan binasa...!

Aku nak tukar kerja lah.. Ade jawatan kosong tak kat govment sekarang ni?? Apply SPA tak penah nye dapat,panggil interview apetah lagi...... Haihhh...




regards,
kakuna


Thursday, October 6, 2011

hikayat 201 - Tiada Motip. Sekian.


  • TIP PERKAHWINAN (cewahhh....feeling lebih~~!!)


  • 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

  • 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

  • 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

  • 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

  • 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

  • 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

  • 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

  • 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%.

  • 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

  • 11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

  • 12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

  • 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


  • By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )



  • Note : Tiada motif. Saya saje-saje je. Hahahaah... (feeling2 macam dah nak kawin konon nye..Jeles tauuu ramai kawan-kawan saya yang sudah mendiriakan rumah tangga. Huuu...)


  • regards,
  • kakuna

Wednesday, October 5, 2011

hikayat 200 - Aku Kusut!


Aku kusut. Aku semak. Aku saru. Aku serabut. Aku tension. Aku stress. Aku pressure. Aku lemau. Aku ting tong. Aku hang. Aku weng. Aku kucar.

tu je aku nak cakap. tak banyak membantu dan tak memberansangkan plak mood lately.

kalau boleh aku tanye kenape. kenape. macam mane. macam mane..tapi sesungguhnya hari yang dah berlalu jangan lah dikesali.

adoiiiiiii.........................nak pergi jauh-jauh lahhh................






regards,
kakuna

Monday, August 22, 2011

hikayat 199 - Andai Dapat Ku Undur Masa..


Tapi memang mustahil. Sebab waktu yang aku nak ulang tu adalah waktu aku kecik-kecik dulu. Di kampung halaman, dengan mak dan ayah. Aku bebas nak buat ape je. Sebab mak dan ayah ade kat rumah. Tak macam kat sini. Aku rase rebel. Sangat rebel sampai kadang-kadang aku menjerit sorang-sorang. Sangat rebel yang buat semua benda tak kena.

Ok. Ni bukan nak cerita sangat pasal zaman kanak-kanak ribena dulu. Zaman tu dah lama berlalu. And today, I am officially 26 years old. Look back. I dont have nothing. I dont have house as my property. I dont have car as my transportation. I dont even have a motorcycle infact. And i dont have nothing. Because everybody talk about what they have. Me? And alhamdulillah I still have my family. My dad, my mum, my siblings and my hectic friends also!

Im 26 but that was just a number,for a matter of fact! So much more to go..

And not to forgot, my En. Sahlan. He's the supporter. Err, supporter di sini bermaksud penyumbang. And, we were counting our days. Insyaallah..

And what make me sad than ever, it still a 'biasa-biasa' birthday celebration. T__T. And its pathetic like hell! But still there's a lot of people posting and wishing happy birthday for me,trillion thank you to you guys facebookers friends! tapi aku sentap. Sentap sangat.

Anyway, HAPPY BIRTHDAY FOR ME KUNA a.k.a AIN. May Allah bless me and success are all on my way afterwards..




regards.
Kakuna


Friday, August 12, 2011

hikayat 198 - Mood Datang :)



Sape tak sedih dengar lagu ni memang 2 kali jumaat lagi jalan! Siyess...!! T___T Bulan2 pose ni, buat ape pon ingat mak ayah, makan ape pon ingat mak ayah, duduk saje-saje pon ingat mak ayah.





note : Rindu kat Mak and Ayah..... T___T



regards,
kuna


Thursday, August 11, 2011

hikayat 197 - Eh..??



Eh.. Dah bulan puasa lah... Heee... Sekejap je masa berlalu kan. Hari ini hari ke - 11 puasa. Macam-macam yang berlaku. Buka puasa, sahur, outing. And the most thing yang aku tak dapat buat lagi is berbuka dengan family aku. DAmn i missed them badly! T__T

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!


Hari Raya = Foods! Miahahahaah.....


Me? Oww...Counting days. Day by day.. Berserah pada yang Esa semoga semuanya dimudahkan. :)


note : Bulan puasa ni banyak diam je,kalau banyak cakap kang tersalah cakap batal puase.sesia je.hahahahah... :p



regards,
kakuna

Wednesday, July 27, 2011

hikayat 196 - Wordless + Speechless. T__T




Aku paling takut kene TIPU.

Pastu bila diri rasa tertipu rasa macam nak lari jauh-jauh sebab terkenangkan kebodohan diri.








Cukuplah.
Tak nak cakap banyak-banyak sebab sedih.
T___T





regards,
kakuna


hikayat 195 - Niat Yang Baik, Tak Jadi Baik Pulak..



Yayy...Dapat balik kampung hujung minggu ni makan durian! Yeaaayy.. Eh,bukan bukan... Bukan sebab durian semata-mata. Tapi nak jumpa mak ayah aku. Rindu sangat-sangat dah tak tertangung dek badan. T___T.

Emosi pulak hari ni! Masuk ofis awal hari ni ingat nak gembira, tapi lain pulak jadi. Kenape? "..Yelah, orang kat ofis ni sekali lalu je bila berselisih muka semua macam hape ntah! Macam taik pon ye! Tak paham aku! Lelaki /perempuan, bile bercakap semua nak tegak! Cakap elok-elok tak boleh ke..? Eh, korang tak dapat nafkah batin ke malam tadi..??!!..."

Wuuu.. Baik lah aku pikir pasal nak balik kampung dari pikir pasal korang. Sana nak tuju sini, sini nak tuju sane. Baik aku main tuju selipar lagi beshhh....!

Suasana semakin annoyying!

Camne cara nak mintak hutang kat orang yang berhutang dengan kita nih?? Sape ade cara tulong la bagitau saya...... T___T..



regards,
kakuna


Tuesday, July 26, 2011

hikayat 194 - Mind Your Own Fucking Busniness


karenah orang-orang sekeliling yang suke carik koyak kain kite,sedangkan kain sendiri koyak, tak tampal-tampal apatah lagi nak jahit. Dah la koyak nye kat bontot yang memang tak nampak oleh tuannye sendiri! Fcuk~~


Kecah sial~~




regards,
kakuna_rebel

Thursday, July 14, 2011

hikayat 193 - Terdesak atau Desakan?


Siti Nor Aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup budi pekerti nya. Orangnya lemah lembut, berkeperibadian tinggi, berkerjaya, mempunyai keluarga yang sederhana tetapi hubugan keluarga yang akrab menjadi tonggak kehidupannya setelah pemergian ibu tersayang 5 tahun yang dulu. Aminah bekerja di salah sebuah angensi kerajaan dan berjawatan tetap sebagai seorang Eksekutif. Rutin harian beliau adalah ke pejabat, pulang ke rumah dan menjalankan rutin-rutin seorang gadis 'yang single' seperti biasa.

Beliau sekarang adalah seorang 'lone ranger' yang sedang dalam mencari cinta dan kebahagiaan untuk masa depan beliau. Setelah episod demi episod kejadahan percintaan yang beliau alami, beliau masih lagi mencari, dan akhirnya nanti (tak ketahuan pulak bile) beliau pasti berjumpa jodoh nya itu dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. Itu yang di pegang sebagai pendirian hidup di mana tidak semua orang akan terus bersedih, kerana setiap ujian yang kita hadapi ada hikmah yang tersendiri.

Masa berlalu, hari berganti hari. Aminah masih lagi mencari teman hidup. Kekangan dari pernikahan dan pertunangan kengkawan sepejabat malahan kawan sepermainan di kampung mula menjadi beban dalam pemikiran beliau. "..Sampai bila aku harus begini? Pakwe pun tiada lagi. Yang tinggal hanya sejarah.." Rintih hati kecil beliau. Hiba. Beliau menangis sendirian sebab bersendirian sahaja di rumah. Dan tak mungkin beliau akan mengajak jiran sebelah untuk menangis bersama-sama.

Sejarah. Sejarah Aminah boleh di katakan agak rumit. Tetapi lebih kepada kesian. Sejarah percintaan yang tidak kesampaian seolah sudah menjadi taboo kerana apa yang beliau rasakan beliau sudah pun memberi 'khidmat' yang terbaik. Dengan kata lain, beliau sudah memberi cinta,kasih dan sayang dengan setulusnya kepada pasangan beliau. Namun, ada saja onar yang pasangan beliau lakukan dan semuanya adalah kerana orang ketiga, keempat, kelima,keenam dan kelapan..Begitulah kisah percintaan yang putus di tengah jalan kerna orang yang ketiga.

Setelah bertahun di tinggalkan kekasih zaman remaja (yang bermula dari sekolah ke zaman universiti) oleh kerana orang ketiga, beliau masih berutusan dengan bekas kekasihnya itu. Walaupun hakikatnya, bekas kekasihnya itu telah ’dirembat’ dengan jayanya oleh kawan-baik-rapat-kacik nya sendiri iaitu Nor Shida (bukan nama betol pon). Dasyat! Dan beliau hanya mampu redha kerana dalam diam kawan baiknya sendiri telah tikam di belakang menggunakan pisau cukur cap buaya kerana sanggup merampas kekasih hati yang telah disulam cinta selama hampir 5 tahun itu. Namun, apakan daya. Itu lah namanya jodoh. Dan beliau kini masih mengcontact bekas kekasihnya itu bernama Hafiz (nama samaran) tanpa pengetahuan isteri Hafiz walaupun beliau tahu Hafiz telah pun selamat menjadi suami kepada Shida dan sudah pun memperoleh seorang anak perempuan (tak tahu pulak nama) yang comel.

Namun begitu, selepas Hafiz beliau ada juga mencuba cinta dengan lelaki-lelaki lain seperti Zool (nama glamer), Iwan (bukan nama die!) dan kekasih terakhir beliau (kini telah menjadi bekas juga,sudah kene cerai!) bernama Abdul (nama sebenar!) juga bermain kayu tiga belas! Dan Aminah telah di cerai talak berapa pon tak tahu. Namun, Aminah masih lagi mengcontact bekas nya itu. Jadi sekarang ni beliau masih berkawan dengan bekas-bekas kekasihnya terutama Hafiz yang merupakan cinta pertama tetapi sudah menjadi suami dan ayah dan Abdul yang merupakan cinta terakhir tetapi terkenal dengan gelaran buaya tembaga-bajet-hensem-macam-cibai tuh.

Dan sehinggan kini, Aminah masih belum mempunya kekasih sebenar melainkan bekas-bekas kekasih sahaja. Beliau sangat memerlukan kekasih untuk dijadikan suami kerana memandangkan faktor umur dan atas desakan tengok kengkawan yang sebaya sudah berkahwin malah mempunyai anak. Dan Aminah sangat lah bersedih mengenangkan nasibnya itu kerana, kengkawan sekeliling pun mempunyai teman lelaki/kekasih sedangkan beliau belum mempunyai tanda-tanda untuk bercinta melainkan bekas kekasihnya iaitu Abdul yang masih mengejarnya dan setia mengajak beliau berkahwin di seberang! Namun, Aminah merasakan keluarga adalah lagi penting dari segalanya.

Malah, Aminah juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan teman lelaki. Beliau sangat mahukan teman lelaki seperti kawan-kawan seperjuangan. Namun, cintanya hampa bak lagu To’Ki. Dan beliau tidak akan pernah jemu mencari kerana falsafahnya iaitu ’jodoh harus dicari dan bukan datang bergolek di kaki’. Jadi, sama-sama kita doakan beliau cepat bertemu jodoh! Sekian.

Kesimpulan :

Adakah itu terdesak atau pun desakan? Persoalan ini selalu bermain dalam kepala aku. Dan aku pasti bukan Minah je yang pernah mengalami semua ni, orang-orang kat luar sane pun mesti pernah mengalami jugak.

Terdesak kerana cemburu melihat kebahagian orang lain. Terdesak kerana mahu menjadi seperti orang lain yang mempunyai kekasih/suami. Terdesak kerana mahu menunjukkan kepada kawan-kawan bahawa kita pun boleh ada kekasih/suami – asalkan ade!

Desakan oleh faktor umur yang semakin meningkat tetapi sampai sekarang masih tiada tanda-tanda kekasih/suami apatah lagi anak! Desakan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya ”bila nak kawin..??”. Desakan kesihatan jugak kerana semakin umur meningkat, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi!

Apa yang boleh kita katakan di sini, Jodoh dan pertemuan di tangan Allah s.w.t. Dia yang mengaturkan segalanya. Tiba masa pasti ada. Kita tidak pasti, walaupun kita sudah mempunya kekasih/suami, adakah hidup kita lebih bahagia? Dan apabila sebaliknya, kita akan menjurus kepada mengeluh seperti contoh ”..kan best kalau aku bujang dulu, nak buat ape pon bole. Takde orang larang..” atau pun”..menyesal aku kenal/kahwin dengan jantan ni!!..” . Apabila kita mengeluh, kita tidak bersyukur. Dan di situ, kita tidak boleh merasa nikmat bahagia lagi.

Bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang di depan mata,apa yang ada di dalam tangan kita. Kerana syukur itu sangat indah. J

Sekian, entry hari jumaat.


Regards,

Kakuna

Tuesday, July 12, 2011

hikayat 192 - Mid Year Vacay - Awesomenesss!!

Let all the pictures tell the story inside.... :)






~ The Trip Chronological ~


Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Pulau Redang - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur.





































Our Memory, Our Time.. Will Miss This, Big Time... Hands down...... :)


Terbaekkkk from us!!


Redang Mutiara Beach Resort, we'll meet again,one fine day.... :))





note : Sekarang ni mengalami fasa-fasa pengelupasan dan kerentungan kulit dengan ketara. Totaly sun burn!!



note : Sape tau cara nak menghilangkannya dengan cepat? Sape bagi petua paling power bole hilang dalam masa 3 hari, aku belanje die next trip kat Pulau jugak. Tapi pulau ketam. hahaha........





regards,



kakuna ;)





Friday, July 8, 2011

hikayat 191 - Lelaki Seksi Pada Pandangan Mata Kasar Aku. Auwwww ~~~



..."Auuuu Emmm Geee...Seksi nye jantan tu.... Badan ketol-ketol, ade b*** dada nipis2 sikit.. Pastu katang..Tegap nye... Weeeee.. Meleleh aku tengok...!..."

Tapi rupeny GAY! F***! Hahaahah... Eh, kenapa kalau lelaki yang agak metroseksual ni orang kaitkan dengan GAY? Diorang (metroseksual) ni Seksi kann...?? Aku pun tak paham. Sebab aku pun tak tau macam mana nak bezakan lelaki Gay ni. Seriously, i have no idea how to determine them. Either from which part of his body ke? From their hairdo? Atau pun dari segi fesyen diorang? Tak reti aku. Ade last time aku jumpe this two guys somewhere around Pertama Complex, and one of them wearing rantai yang macam anjing pakai tu. Then, out of sudden kawan aku cakap "...Tu kalau a guy pakai macam tu, he is GAY..". I was like.. Woahhh..?? Really? Err.. Enough of that. Aku tak pandai nak realisasikan lagi topic ni.

Aku ade baca kat Kapten Aton punye blog, entry berkenaan Ciri-Ciri Gadis Itu Seksi Di Mata Beliau. Ahhhh.... Seksi kannn.... Aku dah baca entry tu. And, most of it bukan la seksi dari segi pakaian yang mendedah sangat pon. A big clap to him~ Weeehuuu.... See?? Seksi ade banyak maksud dan banyak segi penilaiannya. Kalau wanita zaman sekarang pakai two piece pun dah nampak macam biasa. Like macam takde ape2 pun... Same je ade bonjol-bonjol tu.

Pada aku, seksi seorang lelaki pada pandangan mata kasar aku (aku la..pempuan lain taktau..) adalah sikit-sikit macam kat bawah ni... :D

1. First Sekali aku suke tengok Lelaki yang sedang memakai towel sahaja. (Oke,this might sounds gatal/miang but this is random!) Seksinye terletak pada pemakaian tuala itu. Mungkin lelaki tu nak pergi mandi ke, nak pergi toilet ke. DAmmmnnnn!!! Tak tau lah. Mungkin salah untuk aku lihat. T__T. Tapi bagi aku, aku suke tengok lelaki berkemban yang bukan paras dada (betul tak istilah ni berkemban? Huu…) tetapi memakai towel dah dililit dari pinggang. Eh, korang paham-paham sendiri la ek…Situasi ni biasa nampak kat tempat2 macam kat swimming pool, pantai, air terjun, sungai ke.. Takkan korang pakai towel pegi mandi kat parit kot wehh.. ?

Tapi jangan la pulak yang pakai towel tu bulu dada die, ya ampunn.. Macam semak samun yang jenis kene gune mesin rumput! Hahaha... Camner ek nak cakap, tapi lelaki tu biarlah biasa-biasa aje. Tak perlu 6/8/12 pax sangat pun takpe tapi stil nampak macho dan sexy dengan hanya memakai tuala. Rase jantung gua pam laju-laju wooo! Ahahahah...

2. Pakai Tshirt with Bermuda/Short. Ok, tadi pakai towel. Takkan aku nak tengok yang telanjang pulak kowt..?! Macam bangkaii..~ Tapi kalau lelaki yang pakai macam ni nampak keseksian die dengan lebih rileks atau pun SELEXS. Definisi SELEXS (sexy + rilex) ni akan datang dengan pakej bile senyum ada lesung pipit seperti yang aku nyatakan di bawah (yang tak obvious sangat pun ada tapi biasanya lelaki ade alur kat tepi mulut atau pipi die seakan lesung pipit, kire ok jugak macam tu..). Owhh Seksii Seksiii Seksiii…


3. Senyum dengan Ada Lesung Pipit. Auwwww... RAse nak je suruh diorang ni senyum selalu. 2 sentimiter kanan, 2 sentimiter kiri. And his dimple rase macam nak cocok-cocok je gune garfu! DAmmnn... I am melting.... ~____~. Luruh jantung aku wehh….Jangan salah paham. Ni bukan nak cerita pasal ciri-ciri Lelaki Pojaan Hatiku tau.. Sebab, ko ngidam macam mane sekalipun kalau dah tertulis kat takdir laki ko macam tu, gitulah ropenye…. Qada’ dan Qadar…Allah s.w.t dah tentukan..

Tapi, jangan pulak bile dah senyummmm sengih, nahh kauu.. Serpihan cili setepekk kat gigi kau. Hahahaha… Spoil mud aku nak tengok senyuman die lagi. Spoillll! Macam tetibe ko tengah tarik napas, Awang Hitam lalu sebelah ko dengan perfume semulajadi beliau yang bole buat kanser idong tuh!! Pitamm….Pitammm…….. Ngaaaa ~~

4. Seksi dengan cara Tidur. Hahh, nah kauuu.. Sampai tido pun bole jadi seksi taw… Miahahahaah.. Cube korang tengok orang yang tengah tido ni, tak kira la lelaki ke perempuan ke, seksi nye terletak cara mereka tido. Tak percaya.. ?? Kelik la kat SINI. Hahahaahahahah…….. Oke, tak lawak pun kannnn. Tu random search je.


Ekceli, gaya tido ni bole lead kepada sihat. So, bila cara tidur dah betul dan sexayyy gitu, then bangun pagi dengan sihat so the whole day bole jadi yakin dengan penampilan diri. That is Sexy really is. CONFIDENT + HEALTHY = SEXY KUASA DUA. Bukan POYO oke. Harap maklom.

Sekian, untuk rangkuman. Tapi ni semua ni by my random view je. Hanya pandanga mata kasar aku dan ianya Tak la terlalu spesifik. Sebab kalau nak menilai orang dengan perkara-perkara macam ni, mampus la.. Tapi kalau dapat seorang bofren/gefren/suami/isteri yang seksi pada mata korang, sedap mata memandang, suam-suam kuku and sederhana tu alhamdulillah. Bersederhana tu lebih baik dari melebih-lebih. Tak sakit mata dan tak sakit hati yang boleh menjurus kepada penendang padu !!

Oh, ya. Entri ni diilhamkan setelah membaca entry Kapten Atok yang cakap ciri-ciri gadis seksi pada mata beliau. Hahahaha. Kepada Boneka Tak Sakit pulak, kalau kamu ade ciri-ciri di atas, aku belanja ko makan nanti. Choki-choki dan roti gardenia, enak di makan begitu sahaja. Simpan saja gambar profile mu di fesbuk untuk tatapan gadis-gadis yang meminati lelaki yang ambil gambar sendiri itu sexayyyy.... Miahaahah…


regards,

kakuna



Thursday, July 7, 2011

hikayat 190 - Perkara Yang Belom Tercapai Dek Akal! Demmmmnn!


Terpikir pulak entry aku yang konon-konon ade wishlist nak buat tu..Cehh..Memang hampeh. Booooo diri sendiri..! Bukan Booooo sebab aku mustahil untuk capai semua tu. Tapi Booo sebab err.. Sebab… Bile lah agaknye aku dapat nak capai semua tuh..? Demmmm..

Kapten Atok (seorang blogger) komen kat ruangan komen tu.. “…Kenape kite ade yang same? Cilake…” Hahahaha… Part yang sama kat list aku tu,aku pun tak tau yang mana sama nye..Tak sempat lagi aku nak tanya die. Lagipun, aku kepingin jugak nak masuk kontes beliau iaituSurat Cinta Untuk Kapten. Tapi rasa macam pencabar yang lain lagi hebatzz dari aku sebab tak silap aku dah 6 atau 7 surat sampai kepada beliau. Dalam selowww ramai rupenye yang berniat berkenen dengan Kapten iaitu nak menghantar surat cinta kepada beliau tetapi bile buat kontes baru orang berani sebab ade ganjaran! Miahahaha…

Berbalik kepada isu hidup aku. Ape yang aku rasa sekarang ni, aku tak jumpe lagi ape yang aku cari, ape yang aku nak, dan ape yang aku nak capai. Semuanya totally out of landasan yang sepatutnya. Menyesal..? Ade la jugak. Walaupun orang cakap menyesal dahulu mendapat, menyesal kendian pun mendapat la jugak. Bala nih.. Bala…..

Orang cakap kalau nak bercinta biarlah kite je yang tau, dan tak payah lah nak heboh-heboh kan kat orang lain macam kau sorang je yang bencinta and ada bofren. Bak kata Boneka Tak Sakit. Aku suke perumpamaan yang beliau buat tu. Tapi ni aku baca sepintas lalu jelah.. Tak pasti betul atau pun tak. Beliau cakap ‘’You kiss and you don’t tell’’. Bole centu..? Oww I looikkee ~~ Miahahahaah….Tapi kalau aku salah, mohon mahap le Abamm Neka. Kikiki…

Eh, entry ini takde kene mengena pun dengan mereka yang tersebut di atas. Kenal dengan mereka pun melalui dunia maya. Tapi bile dah kenal orang yang bukan secara virtual (eh, betol ke ni??) ni pun mendapat jugak. Mendapat ilmu dan pengetahuan yang will end up dengan “..OOooo..yeke…Centu rupenye..” atau pun “…Laaa…boleh plak macam tu. Hahah…”situation.

Enough of that. Me, myself pun sampai sekarang terfikir lagi. Ape yang kamu cari sebenarnye..? Ape yang kamu mahu sebenarye..? Petang semalam, lepas meeting ICC di ofis, aku saje sembang-sembang dengan kakak ofis ni. Sembang kosong. Macam ketuk tin milo kosong tu. Perumpamaan nye adalah ‘sembang lebat’. Haahhaaha.. Beliau bercerita pasal family, anak dan menantu baru. Hal percutian keluarga ke luar Negara, bla blab la…. Hal menguruskan kewangan family, hal pembelajaran anak-anak dan hal hidup sebagai suami isteri, yada yada..Eh..? Ke situ menjurus nye pulak..? Takpe. Ilmu, katanya…. Dan bile aku cakap ngan beliau aku sekarang ni masih blur, tak nampak jalan yang aku nak lalui dan sometime aku tertanya ape yang aku cari dan nak selama ni? Pergi kerja, balik kerja, makan, balik kampung (WAJIB!!) dan pergi kerja balik kerja. Aku tak tau ape yang aku looking forward.

Dan, jawapan die buat aku rasa macam “ Eh, betol ke…?..”. Akak tu cakap “..Hang kene kawin..” . Hahahahah.. Aku dah gelak besar. Aku cakap “..Aku bukan despret nak kawin la … Aku nak kepuasan diri…Tapi aku tak jumpe lagi. Ape sebenarnye..”.

Then, akak tu cakap yang penting sekarang ni Berkat dan Doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab setiap hari kita mesti deal dengan orang, doa orang dan berkat yang Allah bagi tu, kita tak tau? Tapi, hikmah nye kita bole rasa secara tak sengaja atau sengaja. Contoh nye, macam kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang pada masa yang sama orang tu akan cakap ‘’Alhamdulillah.. Murah rezeki kau nak… ‘’. Kita pun akan cakap ‘’…Insyaaallah, mudah mudahan.. Amin…’’. Tapi, dalam masa semingu dua kita mesti dah lupa yang kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang sebab hal tu kecik je tapi dalam tanpa kita sedar.. Yeayyy..Bonuss ! Bonuss !! ataupun dapat duit kutu ke, ataupun jugak duit gaji kita tak lah sesak sampai hujung bulan !

Bila di rangkum kan semua, aku tak dapat lagi nak buat keputusan atau pun kesahihan mengenai ape yang aku cari selama ini. Nanti tunggu dapat seru, baru boleh nak rungkaikan. Hahahaaha.. Macam Harammm~~~


‘’…I am Struggling to get the things that sometime aren’t my capability, Strive to be the best to achieve what I really want I my life. But I won’t give up forever to know that is my journey really is...’’



Mari feeling2 lagu ni...

Tapi sayang..

Hanyalah Impian.. Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman...

Dan Bila Mentari Datang, Pulanglah Segala Kenyataan...

Fara - Bagaikan Puteri


Kesian… Sekian…


Regards,

kakuna

Wednesday, July 6, 2011

hikayat 189 - Kesah Hampir Kene Paw Dengan Abamm Lomm Kawasan!


Oke. Make it short. Semalam lepas balik keje, aku jumpe Ujie MEnci-Menci. Beliau datang kat ofis nak amik gambar holiday and shoot terus kitorang pegi minum. Fine.. Dah bersembang bagai, mencarut merepek meraban semua, mengumpat dan mengata pakej woooo... Kitorang pun blah la.. Dok lame-lame lagi banyak lemak naik nih..

Aku ajak Ujie pegi jenjalan cuci mata kat Jakel. Beliau cakap tanak la.. Sebab duit tade. Aku suruh cuci mata, bukan cuci Wallet... Aku rase bahasa melayu dapat C5 masa SPM. Miahahaha....Cehh..

Sampai kat Blok 55 yakni kawasan kejiranan rumah aku, jam menunjukkan pukul 7 camtu la lebih kurang. Oww awal lagi.. Nampak ramai budak tengah berlari lagi padahal dah nak maghrib. Sedia maklom, kejiranan aku memang ramai Indian. Dah kate umah penhaus....

Mase aku naik tangga tu, ade sorang Indian child ni, di ulangi Indian Child pintas aku. Pakai baju sekolah lengkap dengan kasut tapi tak berstoking. Die dok depan aku then sengih-sengih. Pastu nak naik ke tangga ke tingkat 3, tibe-tibe die stop and said;

"..Akkaa,minta duit akka.. Lapar.." sambil gosok-gosok perot dan buat sign tangan suap ke mulut.

Kejadahan...??! Kecik-kecik pandai mintak duit kat orang nih.. Kepala banaaaaaa die..?? Aku geleng-geleng kepala and cakap "..Takde-takde. you rumah mana duduk..??.." (tibe terkuar pulak slanga centu. hahahaah..). Dengan gaya macam tadi die bagitau Amma tade,pergi kerja. Minta duit akka......Menyirap aku....!! Lain tanye, lain di jawab nye.. Aku pun blah terus naik tangga tingkat 4! Puas hati aku!

Sebab, Fesss sekali setahu aku budak ni duduk kat kejiranan rumah sewa aku je. Second, setahu aku jugak rumah die bawah rumah aku je... Third, lepas tak dapat duit dari aku, aku tengok elok je berlari pergi kat padang main ngan geng-geng beliau yang lain. Eh, tadi cakap hauzzz... Bole lelari pulak..? Ke hempat, wehhhh...budak ni bau die.. Ya Ampunnn..!! Kanser idong aku lahh...!! Sekolah rendah lagi kot..??! Tak mandi ke??! Ke lima, Ko besar nanti nak jadi Abam Lommm Kawasan ke jenis-jenis paw duit ahkak kat kaki tangga nih..? Dan ke Last sekali, Ko siap...! Esok aku jumpe ko mintak lagi kat aku, aku cepukk kepala ko..!

Eh, bole jadi kemarah macam ni tau.. !! Hilang segala mud-mud jiwang aku lah...




regards,
kakuna


Tuesday, July 5, 2011

hikayat 188 - Banyak Perkara Yang Belom Buat Lagi... Macam Nak Buat List je...!! Tapi Nanti At The ENd, Mesti Booooo Diri SEndiri.... T__T


Okeh. Tajuk entry agak panjang.. T__T.. Tengok tu, memang banyak perkara dalam hidup ni tak buat lagi. And yet, aku dah buat orang tak buat pun ade.. Eh..?? Ok, ignore. Tapi sekarang memang rase macam looser jeee bile orang bole buat tapi aku tak buat-buat lagi...!! Grrrrr......

  1. Nak amik lesen kereta. Oke.. NI bertahun berabad dok macam ni je... T__T. Sape cakap aku tak nak amik lesen..? Eh, aku bole drive jugak la sikit-sikit. Dulu penah je alihkan keta Cik Aza, tarik handbrake and ke depan je sikit tanpa tekan paddle minyak sebab kereta beliau auto.. (pathetic kann.... ya,ya I know... T__T). Plus, kereta ayah kat kampung selalu aku tenung je... Gulp~~ En. Sahlan pun dah bising bila nak amik lesen. Die cakap "...Masalah sekarang ni kamu tak tau memandu. Macam Lan memandu sekarang ni..." (situasi dalam kereta). OH well.... I know damn well... Balik kampung selalu kene ejek dengan Kak long and Abang Cik.. KEngkawan...? Miahahahaha... Selalu kene bahan jugak.... Grrrr.... bila nak amik lesen nihh....???? Tolommmmm T__T
  2. Nak pegi obesea for holiday / study abroad... Ok fine.. Dan pernah pegi pulau. Tapi tu consider over the sea ke ek...? Huhhh... So jelessss okehh dengan orang yang bole pergi oversea. TAk kesah la belajar ke, jenjalan ke, urusan rasmi kerajaan ke.. Janji bole pegi negara homputeh tuh. Miaaahhaah... Jakun jakun jakunn!!
  1. Nak diet and jadi kurussssss..!! Oh well ini memang mustahil tapi ... Selalu dengar tak ayat macam ni kat ofis.."..Eh, Ain tak makan ke hari ni..? Diet ekk...??.." Tu perli la ngokk..Menci menci menci... Saya diet ke tak sama je lahh.... Why oh Why.... T__T. Sebab En. Sahlan cakap saya handal kalau bab makan dan makanan dan saya tak bole di pisahkan..Tu la, ape yang die cakap tu ade betol nye.. Macam mane nak diet cenggini kalau asik asik makan kat Wong Solo, Ayam Penyet.. Miahahahaah....
  2. Nak apdet blog sebanyak yang boleh.. Fineee.. Ini kadang tu bukan dalam bidang kemampuan sebab bole update kat ofis je.. Kalau nak apdet kat umah pakai broadband selalu nye take some time. Pastu kat ofis kadang tu ade je keje... Hoho.... Saya ni bukan la pekerja cemerlang tapi saya tak gangu orang. Kikiki......
  3. Ade banyak lagi lahhh.. Tapi yang ni je mampu nak ingat...... Iskk..Iskkk... T___T

Sekian. Nanti dah ingat nak apdet lg. (tengok, nak apdet bile ntah... T__T)`

nota : gamba percutian akan di aplod kendian ye... Eh.. Kekdahnye lame bebenorrr??!! Grrrr...
notasatulagi : Rindu kat En. Sahlan la..... woott wooot~~~~ :p


regards,
kakuna


Thursday, June 30, 2011

hikayat 187 - Baru Balik dan Rentung!



Baru balik dari Pulau. Dan keadaan saya sekarang... Rentung dan Menggelupas. Hahahaha... Macam baru nak bersalin kulit pulak.. Tapi, overall memang beshhh..
At first memang ingat nak pakai sunblock tapi ade one of guide tu cakap "...kesian kat coral, sun block tu tak elok untuk hidupan laut.." so i was like.. Okey, kali ni pergi bercuti biar orang nampak macam pergi bercuti betul la... Hahahaha..

note : will post about my vacay soonest posible!! :)



And now, balik ofis terus semak balik...@@ DAmnnnn ittt...!! En. Sahlan pulang ke kampung.RINDU so bad..~ T__T... Again, i feel lost!! Even the phones are anytime but i couldn't feel him right here around. Why oh Why...............

Kenape kat ofis ni banyak sangat nak kene setelkan..? Keje orang pun aku yang nak kene bother. And now i feel like wanna go home, my hometown and hearing my mom and dad's voices... Pagi-pagi mesti belikan breakfast. And boleh lepak-lepak sembang dengan mak and ayah..

Seriously memang rasa rindu kat mak and ayah! Hence, hari ni besday mak.. Weee.. Pagi-pagi dah call wish untuk mak.. :).



Okey,nak balik.... Oh well, i feel like im so superrr stresssss!!!!!!



regards,
kakuna

Wednesday, June 22, 2011

hikayat 186 - Jadah Ape nih..? LOL





"...RM0.00 Tambat hati yang tersayang dengan kata2 yang romantik dengan Madah Cinta. Pastinya menyentuh sanubari si dia. Hantar ON MC ke 28444...."



Ingat ayam ke nak main tambat-tambat nih??
Kemain Madah Cinta lagii....!!!
Menyentuh sanubari??


Ni musti sebab drama-drama swasta kat tibi la ni... Hahaha...




regards,
Kakuna


hikayat 185 - Quick Post ~ Perihal Makan & Makanan



Him : Hello, tengah buat ape..?

Me : Ade kat pantry. Tengah makan.

Him : Asik makan je ko ni. Asal call tengah makan, asal mesej tengah makan.

Me : Laa...Dah kene time la tu.. :P


Die selalu tanye aku makan ape hari-hari. Aku jawab ape yang aku makan. Breakfast, lunch, petang kalau makan. And malam kalau aku tak makan seharian so aku akan makan malam. Tapi, satu je Die alergik. SUSHI. Hahaha..Sebab die tak suke.. Kih kih kih..

Die cakap aku dengan makanan tak boleh di pisahkan. Bagai aur dan tebing. Hahaha... Aku gelak je. Die cakap lagi aku kalau bab-bab makan memang HANDALLL…. Hehehe…. Die cakap jugak aku makan yang pelik-pelik.. Pelik ke?? Hahaha…Tapi aku tak amik ati pon,sebab kalau tak makan macam mane nak idop?? But whatever thoughts it is, I still don’t take it as so seriously. He’s full of humors, I tell you that!! Thus, he has his own strength. That makes me melt like an ice-creammmmmm….. Auwww~~~

Tengok,makanan lagi.. haihhh.. Enough said.

Rase nak makan kat Wong Solo Seksyen 7 la....!! Jom la teman...! Heee :D



regards,

Kakuna


Tuesday, June 21, 2011

hikayat 184 - National Park, Pahang



Otak dah sebu ni. Minggu lepas punye bizziness sambung pulak minggu ni. Bos pun same je.. adoiii…. Sampai aku demam-demam kediri, dengan batuk and flu.. Tapi, program tetap jalan…

Okeh, meh nak ngingatkan – 3 days to go to our Trip to Redang Island. Hahahhahaa…..kasi jeles sikitttt!!


Kat bawah ni nak menceritakan pasal National Park atau Taman Negara. 3 hari 2 malam punye program sikit pun tak missed even aku dalam keadaan demam! Tapi semangat teambuilding punye pasal, Sungai Kuala Tahan sanggup ku redah.. Miahaahah….. ;p

Ok, meh kite enjoy gambar-gambar yang aku snap gune henpon je… Afterwards, aku akan hapdet gambar yang lain-lain pulak. Susah nak cakap pengalaman. Tapi Alhamdulillah, everything goes smooth and success… J





Upon arrived. We all stay kat Rainforest Resort, Taman Negara, Pahang. Servis yang mereka berikan..? Memang terbaekk dari ladang, I tell you! Chalet die memang selesa, ade tv, air-cond, hot water (eh, betol tak??) and big bed for your comfort nap. Damnn! Sejuk kat sane macam tak nak bangun…!!


Tu baru servis. Nah, tengok makanan die..! Ya Ampun…. Rezeki..hehehe.. Memang terbaekk dari Taman. Masakan ala kampung..huhuh.. Dan speciality die bagi is Ikan Patin Masak Tempoyak which is tersedappp dan kamben pangganggggg.. Grrrrr…. Erh, salah.. Mbekkkkk… hak hak hak :P


Ok. Ni before crossing the river. Taman Negara is right over the river. Yes, sangat dekat. Macam Sungai Golok kat Kelantan tu. And aku sendiri pun terkujat. I was like “…Lahh…dekat sangat! Nak berenang pun boleh ..” (padahal aku trauma!) Hahaha… And fee untuk ke seberang hanya la RM1 sahaja. Weeee… Sronot beronot ronot tapi naik bot nye tak sampai 5 minit! Hehe…



Taman Negara’s Signature. Feel free tu snap snap snap! Nak masuk Taman Negara itself tak kena fee pun, but those yang bawak kamera dikenakan caj RM5. J

Di antara khazanah yang sempat aku snap kat dalam Hutan tuh. And bile masuk je dalam hutan tu it was like “…Subhanallah… Cantik and sejuk and wangi! …” Sebab bau hutan seriyessss calm wehh…! J



Top : Najis Gajah. Haha..Ade kulat tumbuh. Hik hik hik.. :p
Left : Wild Ginger Species – Can cure migraine. Bau pun wangi…. J
Right : Buah Pelewak – Sebutan agak LUCAH tak senonoh! Tak bole makan pun. Tapi macam buah jambu. Kalau ade cicah ni jadik je.hahahaha...


Top : Paku Pakis – The color is very beautiful! turquoise

Bottom : Giant Fungus – Hidup menumpang kat pokok lain. So this one dah mati and gugurrrr… :p


Left : Tongkat Ali – Baik untuk kesihatan Lelaki! Hahahaha…

Right : Err.. Ni orang panggil Pokok Lelaki! Siyess takde kene mengena pun. Tapi sebab ade sarang tebuan/penyengat kat situ. And it look just like…. Errrr…. Fineeee.. cut it off ..


Pokok Tapak Hantu. Weeeeehihihihi……… ;p


The Walkway Map. Ade banyak point ni. Tapi ade 2 point have to closed sebab in construction. Ade pokok tumbang...


There you go. View from top of Canopy Walkway. Tu adelah Sungai Tahan, yang kitorang dok main air, river rapid and bamboo rafting… cool~~~ J


Last but not least…….

Heheheehehh…. Envy me..! Tadaaaa… Tak gayat lansung! (riaknyeee!!!) Tapi seronok sangat… Weeeeee…. J



Regards,

Kakuna