|PemFolow Kelip-Kelip|

Sunday, August 23, 2009

Atan - Merdeka..! Merdeka..! - Bhg 1



"..MERDEKA! MERDEKA!.."



Terdengar pekikan dan lolongan Atan di bahu jalan. Usop, yang sedang mengemas gerai tersentak. Beliau meniaga awal hari ni,bulan pose la katekan. "Ape Atan ni memekik-mekik nih? Dah nak bebuka ni,mane la die datang ni.." Usop berkata sendirian. Dah tu, nak cakap ngan sape lagi,bini Usop Ina,dah masuk ke rumah. "..Orang mengandung takleh dok luar time maghrib..", pesan Ibu Usop, Mak Salmah.

"..Usop,MERDEKA!! MERDEKA!!.." Pekik Atan di depan gerai Roti John Usop seraya memberhentikan BMX rangka Ralley beliau di hadapan gerai Usop.

"..Kau ni dari mane Atan? Dah nak senja baru balik,kang mak ko bantai kang,ke ko pegi umah Pak Samad lagi ni..?" Usop bertalu-talu bertanya kepada Atan, yang sedang membelek-belek Bendera kecil dan masih mempunyai baki gula-gula di dalam batangnya.

Atan baru sahaja membeli Bendera tersebut di Kedai Burung,di usahakan oleh tokey cina yang suka membela burung,sebab tu la di panggil kedai burung.

"..Ala ko ni Sop, aku MERDEKA. Aku nak konboi.." Atan menjawab bersahaja.

"..MERDEKA ape nye Tan, ko ni kencing pun tak lurus lagi, Merdeka kunun.." Ejek si Usop. Yang Usop ni pun ala-ala sengal, sengaja hendak membakar si Atan.

"..Aku nak konboi Usop, ko nak ikut aku..?" Tanya Atan,tidak mengendahkan kata-kata pedas dari Usop tadi.

"..Ko nak konvoi pegi mane Atan,macam-macam hal ko ni. Tu mak ko panggil tu,dah nak bebuka ni, kang die bantai baru tau.."

"..Ala,aku nak pegi Kampung Nelayan.." Atan membalas. Beliau mengusung basikal tuanya untuk pulang ke rumah. Tanpa memperdulikan Usop.

"..Atan,aku repot kat mak kau kang.. Haih,Atan Atan.." Usop menggeleng kepala. Budak Atan ni memang tak makan saman. Memang la,sebab die makan nasik je. Tapi, Usop tak sedap hati. Die suke paru ngan pedal je. Eh,ape pulak.. Usop tak sedap perasaan. Beliau hanya mampu geleng kepala.




Haih,Atan Atan....





















akan di sambung....




No comments: