|PemFolow Kelip-Kelip|

Wednesday, September 2, 2009

hikayat 12 - Sejenak Ketawa

[Entry Bersahaja...]



Cerita ini di peroleh setelah masa2 yang lepas di luangkan bersama klik aku a.k.a Smat a.k.a Siti Hasmah. Kitorang panggil smat sebab kawan2 kampung die pangil SMAT dari smah,jadi di pendekkan kpd smat. Beliau seorang warganegara Malaysia pastinyee dan berketurunan darah orang Melaka. And owh,die dan Cik Oyah adalah sekampung..!! What a coinsidence..!

Berbalik kepada cerita Smat,beliau seorang anak yatim,baik orangnya,tak pernah berkira,masih single dan pernah di kecewakan, [kepada beliau,"wei,aku saje promote ko..hahaha..] dan seorang yang aku kenal dari dulu lagi,dulu tu mase aku masih belajar di Uitm Jengka, Pahang adalah seorang yang kelakar / funny person / lawak. Kadang tu ape saje kata/cakap yang keluar dari mulut beliau pun boleh buat aku ketawa. Kelakar sangat ke die..? Memang kelakar bagi aku! Abes satu family die pun macam tu.. Happening dan Ceria! Aku takleh blah kalau dok ngan family die,ade je mende yang boleh buat aku ketawa!

Dia suke ajak aku ikut die balik kampung,kat Melaka. Dan sememangnye muke aku ni je lah yang suke ikut beliau. Adik2 beliau pun dah kenal aku, kalau jumpe adik bradik die [yang majoriti perempuan] musti tak kering gusi,sebab ketawa...Gila! Aku boleh mati sebab ketawa..! Padahal diorang biase je...Pelik di situ....

Malah beliau selalu bercerita tentang ayah / abah die yang jugak seorang yang periang / kelakar. Happening betol la diorang ni ..Suke aku tengok! Huhuh..Cerita beliau.......

**********************************************************

Di suatu masa,di sebuah daerah,di sebuah negeri berdaulat, di sebuah kampung,di namakan Pasir BerGembur....


"..Syuh..Syuhh..... Syuhh... " Pak Cik Talib,Abah beliau sedang menghalau kucen yang nak makan lauk di dapur,sambil menjirus air..Smat yang ketika itu baru lepas menyidai kain masuk ke rumah.

"..Eh, Abah nape ni..? Laa,nape jirus kucen tu..". Smat tertanya-tanya perbuatan abah beliau,simpati kepada kucen itu walaupun beliau bukanlah suke dengan kucen sangat pun. "..Aku suke gitu2 je,takde la sampai nak peluk ke ape.." Terang beliau apabila di tanya.

"..Ini ha,kucen ni bukak tudung saji tadi,abah halau la die..". Terang Pak Cik Talib kepada anak kedua beliau yang di gelar angah.

"..Abah ni,jangan la jirus die. Kesian die.. Abah tau tak, Kucen ni kan dulu binatang kesayangan Nabi.. Kesian die..." Smat menerangkan kepada Abah beliau,sambil mulut syuh syuh jugak kepada kucen itu,maka kucen itu pun lari la..Baru je Smat nak memulakan sirah2 Nabi,abah nya menungkas..

"..Eh, angah ni,mane ade...Kucen Nabi dulu kan dah mati..". Dengan selamba Pak Cik Talib menjawab,lalu blah ke depan rumah, malu la tu gamaknye setelah di ceramah oleh anak beliau!

Smat terkekeh2 ketawa di dapur. Mengenangkan Abah beliau.. "..Haih,Abah Abah,tak abes2..".


*********************************************************

Dan aku yang mendegar cerita tersebut,macam nak pecah perut ketawa!! Itu adalah satu dari beberapa banyak lagi cerita yang di ceritakan kepada aku..yang boleh membuatkan usus aku kejang! Malah adik beliau pernah berkata kepada aku "..Dak Ain,ko jangan tahan2 gelak,kang kentot berdarah,naye ko..". Dan,kala itu,bukan setakat kentot berdarah,tapi usus aku rase macam nk pecah..!!








pstt: harap korang tak pikir bukan2 dgn entry ni..
Cik Kuna Kunang : Dah lame tak balik Melaka..Bile lagi nak jejak kat sane dengan diorang...Haih~

2 comments:

oranglidi said...

hahaha!! lawak2/

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

ade lg lawak neh..nnt wa post..heheh..