|PemFolow Kelip-Kelip|

Tuesday, September 1, 2009

hikayat 9 - Bila Serasi Bersama

[Entry di flashback]
[atau Entry lari tajok..!]






Jumaat,28 Ogos 2009

Lokasi : Sekitar Shah Alam - Klang - Kuala Lumpur - Serdang - Bangi - Kajang [hamek ko...hahah]



Memang hari ni dah di jangka akan berlaku,dan plan yang dah memang kemas lagi rapi di susun agar pertemuan 3 orang troublemaker dapat di laksanakan. Dan salah satu sebabnya adalah berbuka puasa bersama. Tu je sbenanye niat kitorang. Kalau tak bile lagi sebab masing-masing memang sibuk. [Wei,bos korang pun tak sebok cam korang la.. Huhuh..]


Jam 4.45 tepat,keluar ofis. Bosh pun dah balik. Awal2 lagi memang aku dah tempah khidmat Cik 301 untuk menghantar aku ke Stesen KTM. Credit to her! Walaupun jalan agak jam,dan masa agak membataskan,tapi aku dah bajet timing aku. Harap2 sempat la sampai ke destinasi yang di tuju.


"..Wei,aku tengah tunggu train ni,ko dah siap ke? Smart dah gerak ek.." telepon kuna kelip-kelip sending message.


"..Haah,aku tengah siap ni,Smart pun stuck lagi. Tak gerak2,jam si**!.." Cik Oyah membalas.


Bese la,time ni sume nak berambus balik,balik rumah sewa,rumah bini, balik kampung. Hmm..Masa tunggu train,otak aku dah tak keruan. Cik 301 hantar kat Stesen Padang Jawa,kalau masuk Seksen 19,sampai berbuka baru aku naik ketapi!


Dalam otak tengah berkira2,tolak tambah sume masa untuk aku sampai ke destinasi. Destinasi telah di ubah. Ni sume kerana kerajinan dan ketidaksampai hatian Smart untuk tidak menolong kawan beliau yakni menghantar kawan beliau ke Stesen Bas Kajang. Plan yang telah di susun rapi,di ubah di minit terakhir, destinasi untuk bertemu telah di ubah dari Pantai Dalam ke Serdang! Jaoh wei! Tapi,sebab diorang pun dah gerak,takkan aku nak membatalkan niat aku untuk meneruskan perjalanan.


Train sampai. Aku pun naik. Lame sket,di corong speaker terdengar "Stesen Klang,Stesen Klang..". Dalam hati aku pun tak berapa nak sedap. "..Eh,bila pulak dah nak pegi KL Sentral lalu Klang ek..? Umm.,mungkin aku dah lame tak naik train kowt..". Perjalanan di tersukan. Lagi sekali,suara di corong spekar "Bukit Badak,Bukit Badak..". Aku tersentap! Ah,sudah..Mampus! Memang aku salah naik Train dah ni..! Oke,lagi satu stesen aku turun tukar la. Pada masa yang sama, jari menaip laju message utk mereka,Cik Oyah dan Smart.


"..Wei,aku salah naik train la,hampes! Makin nak cepat,ade je la masalahnye. Aku pose ni wei..Huu...".


"..Laa hai ko ni, dah cepat turun balik tukar. Macam haram je..Hahaha...". Cik Oyah.


"..Wei ko nape,sengal! Hahaha..Ko nak pegi mane wei,agak2 la,aku pun pose..Hehehe...Aku pun tak bergerak lagi ni, stuck terus kat Sungai Besi. Ampess!.." Smart.


Aku turun di stesen Teluk Pulai. Ntah,aku tak pernah hayat sampai kat sini,hari ni nak jadi aku salah naik train pulak leh samapi, Dasat cite ko ni Ain!!! Setelah train pn sampai,kepala aku dok berkira-kira lagi, nak turun kat mane supaya tak bersesak di KL sentral untuk naik train ke Seremban. Jam menunjukkan 6.15 ++. Lalu,aku ambil keputusan turun di stesen Kuala Lumpur,baru nak turun je dah terlepas satu train ke Seremban yang memang sejak azali akan pack macam sardin! Message di taip laju kepada Cik Oyah & Smart.,selaju train tersebut!Damn!


"..Tengok kawan2,aku baru je terlepas train ke Seremban yang pack macam sardin dan kalau aku kuar nanti korang tak kenal aku da,sbb bau macam2...Hahah..!.."


"..Takpela,take your time,still have time. Kitorang dah jumpe and tunggu ko tak KTM Serdang ni.." . Cik Oyah


Seketika kemudian, train ke Seremban muncul,tak yah tanye la dari mane. Orang tak ramai. Aku pun berdesup naik! Jam dah pukul 7 beb,takot tak sempat,kang ade jilat jari je dalam train!


Sampai je Serdang, dah masuk waktu pun,aku terus ke Seben eleben,beli air Teh O' Limau jenama Season. Hehehe.. Masuk kereta,then terus ke destinasi untuk juadah berbuka di Bangi ke Kajang tah,aku pun lupe. Tempat memang best,superb! Village View name tempat tu.


Then,kitorang akhiri malam kitorang berkaraoke sampai tengah malam kat Metro Point,Kajang. Kuar je jamban tu, tekak dah perit,suara tak keluar. Macam baru je tersedut gas yang bleh tukar suara tu [cite Ice Age 3] hahahahhaa....Mata sorang2 dah stim,mengantok! Nak Sahur lagi nih..huhuhu...


Then balik Pantai Dalam,rumah Smart. Esok nye aku balik kampung,bas pukul 9 pagi di Hentian Putra. Ahh.,.,tak sabor nye..!!
















Cik Kuna Kunang : Dah lame tak balik kampung siang hari,jadi view agak menarik tapi di sebabkan mata dah rabak mengantok,tidur di utamakan di dalam bas,ye kawan2!!

4 comments:

dzul hafixi said...

sentap!!

gua penat panjat tangga bulan poase nih...
tabah...

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

dzulhafixi,

sabor.tu dugaan tu.heheh..semoga berjaya!!

bogat said...

huh..wah...fuhh...bley buat cerpen neh...mcm2 ade neh..tp kalo aku bgtau crite ka org yg kesah ni dlm bulan posa ..agak2 org caya tak??....ntah....ngeh3

oranglidi said...

serasi sungguh!