|PemFolow Kelip-Kelip|

Thursday, July 14, 2011

hikayat 193 - Terdesak atau Desakan?


Siti Nor Aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup budi pekerti nya. Orangnya lemah lembut, berkeperibadian tinggi, berkerjaya, mempunyai keluarga yang sederhana tetapi hubugan keluarga yang akrab menjadi tonggak kehidupannya setelah pemergian ibu tersayang 5 tahun yang dulu. Aminah bekerja di salah sebuah angensi kerajaan dan berjawatan tetap sebagai seorang Eksekutif. Rutin harian beliau adalah ke pejabat, pulang ke rumah dan menjalankan rutin-rutin seorang gadis 'yang single' seperti biasa.

Beliau sekarang adalah seorang 'lone ranger' yang sedang dalam mencari cinta dan kebahagiaan untuk masa depan beliau. Setelah episod demi episod kejadahan percintaan yang beliau alami, beliau masih lagi mencari, dan akhirnya nanti (tak ketahuan pulak bile) beliau pasti berjumpa jodoh nya itu dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. Itu yang di pegang sebagai pendirian hidup di mana tidak semua orang akan terus bersedih, kerana setiap ujian yang kita hadapi ada hikmah yang tersendiri.

Masa berlalu, hari berganti hari. Aminah masih lagi mencari teman hidup. Kekangan dari pernikahan dan pertunangan kengkawan sepejabat malahan kawan sepermainan di kampung mula menjadi beban dalam pemikiran beliau. "..Sampai bila aku harus begini? Pakwe pun tiada lagi. Yang tinggal hanya sejarah.." Rintih hati kecil beliau. Hiba. Beliau menangis sendirian sebab bersendirian sahaja di rumah. Dan tak mungkin beliau akan mengajak jiran sebelah untuk menangis bersama-sama.

Sejarah. Sejarah Aminah boleh di katakan agak rumit. Tetapi lebih kepada kesian. Sejarah percintaan yang tidak kesampaian seolah sudah menjadi taboo kerana apa yang beliau rasakan beliau sudah pun memberi 'khidmat' yang terbaik. Dengan kata lain, beliau sudah memberi cinta,kasih dan sayang dengan setulusnya kepada pasangan beliau. Namun, ada saja onar yang pasangan beliau lakukan dan semuanya adalah kerana orang ketiga, keempat, kelima,keenam dan kelapan..Begitulah kisah percintaan yang putus di tengah jalan kerna orang yang ketiga.

Setelah bertahun di tinggalkan kekasih zaman remaja (yang bermula dari sekolah ke zaman universiti) oleh kerana orang ketiga, beliau masih berutusan dengan bekas kekasihnya itu. Walaupun hakikatnya, bekas kekasihnya itu telah ’dirembat’ dengan jayanya oleh kawan-baik-rapat-kacik nya sendiri iaitu Nor Shida (bukan nama betol pon). Dasyat! Dan beliau hanya mampu redha kerana dalam diam kawan baiknya sendiri telah tikam di belakang menggunakan pisau cukur cap buaya kerana sanggup merampas kekasih hati yang telah disulam cinta selama hampir 5 tahun itu. Namun, apakan daya. Itu lah namanya jodoh. Dan beliau kini masih mengcontact bekas kekasihnya itu bernama Hafiz (nama samaran) tanpa pengetahuan isteri Hafiz walaupun beliau tahu Hafiz telah pun selamat menjadi suami kepada Shida dan sudah pun memperoleh seorang anak perempuan (tak tahu pulak nama) yang comel.

Namun begitu, selepas Hafiz beliau ada juga mencuba cinta dengan lelaki-lelaki lain seperti Zool (nama glamer), Iwan (bukan nama die!) dan kekasih terakhir beliau (kini telah menjadi bekas juga,sudah kene cerai!) bernama Abdul (nama sebenar!) juga bermain kayu tiga belas! Dan Aminah telah di cerai talak berapa pon tak tahu. Namun, Aminah masih lagi mengcontact bekas nya itu. Jadi sekarang ni beliau masih berkawan dengan bekas-bekas kekasihnya terutama Hafiz yang merupakan cinta pertama tetapi sudah menjadi suami dan ayah dan Abdul yang merupakan cinta terakhir tetapi terkenal dengan gelaran buaya tembaga-bajet-hensem-macam-cibai tuh.

Dan sehinggan kini, Aminah masih belum mempunya kekasih sebenar melainkan bekas-bekas kekasih sahaja. Beliau sangat memerlukan kekasih untuk dijadikan suami kerana memandangkan faktor umur dan atas desakan tengok kengkawan yang sebaya sudah berkahwin malah mempunyai anak. Dan Aminah sangat lah bersedih mengenangkan nasibnya itu kerana, kengkawan sekeliling pun mempunyai teman lelaki/kekasih sedangkan beliau belum mempunyai tanda-tanda untuk bercinta melainkan bekas kekasihnya iaitu Abdul yang masih mengejarnya dan setia mengajak beliau berkahwin di seberang! Namun, Aminah merasakan keluarga adalah lagi penting dari segalanya.

Malah, Aminah juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan teman lelaki. Beliau sangat mahukan teman lelaki seperti kawan-kawan seperjuangan. Namun, cintanya hampa bak lagu To’Ki. Dan beliau tidak akan pernah jemu mencari kerana falsafahnya iaitu ’jodoh harus dicari dan bukan datang bergolek di kaki’. Jadi, sama-sama kita doakan beliau cepat bertemu jodoh! Sekian.

Kesimpulan :

Adakah itu terdesak atau pun desakan? Persoalan ini selalu bermain dalam kepala aku. Dan aku pasti bukan Minah je yang pernah mengalami semua ni, orang-orang kat luar sane pun mesti pernah mengalami jugak.

Terdesak kerana cemburu melihat kebahagian orang lain. Terdesak kerana mahu menjadi seperti orang lain yang mempunyai kekasih/suami. Terdesak kerana mahu menunjukkan kepada kawan-kawan bahawa kita pun boleh ada kekasih/suami – asalkan ade!

Desakan oleh faktor umur yang semakin meningkat tetapi sampai sekarang masih tiada tanda-tanda kekasih/suami apatah lagi anak! Desakan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya ”bila nak kawin..??”. Desakan kesihatan jugak kerana semakin umur meningkat, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi!

Apa yang boleh kita katakan di sini, Jodoh dan pertemuan di tangan Allah s.w.t. Dia yang mengaturkan segalanya. Tiba masa pasti ada. Kita tidak pasti, walaupun kita sudah mempunya kekasih/suami, adakah hidup kita lebih bahagia? Dan apabila sebaliknya, kita akan menjurus kepada mengeluh seperti contoh ”..kan best kalau aku bujang dulu, nak buat ape pon bole. Takde orang larang..” atau pun”..menyesal aku kenal/kahwin dengan jantan ni!!..” . Apabila kita mengeluh, kita tidak bersyukur. Dan di situ, kita tidak boleh merasa nikmat bahagia lagi.

Bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang di depan mata,apa yang ada di dalam tangan kita. Kerana syukur itu sangat indah. J

Sekian, entry hari jumaat.


Regards,

Kakuna

3 comments:

Anonymous said...

aku ada single ni

haha.

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

Kapten - ahahahaha.....bole bole...eheh.. /:D

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua salah seorang bekas kekasih itu