|PemFolow Kelip-Kelip|

Showing posts with label Life Are Not Perfect. Show all posts
Showing posts with label Life Are Not Perfect. Show all posts

Friday, April 20, 2012

hikayat 237 - So, I Screwed Up.


And to be frank, I AM Truly Sorry even if i know that it wasn't me that have to.

I screwed up.
I messed up.

When you fall behind, you never know what would you see in front. When you fall apart, don't look behind. As much as you know that even the thing is right done, then done is done. No turning back.

How could you say that it is FATE if you dont know how to appreciate the opportunities?

And, when things get really hard, dont ever regret. Just, don't.

I just dont wanna messed up,all over again.




regards,
Kakuna

Monday, August 22, 2011

hikayat 199 - Andai Dapat Ku Undur Masa..


Tapi memang mustahil. Sebab waktu yang aku nak ulang tu adalah waktu aku kecik-kecik dulu. Di kampung halaman, dengan mak dan ayah. Aku bebas nak buat ape je. Sebab mak dan ayah ade kat rumah. Tak macam kat sini. Aku rase rebel. Sangat rebel sampai kadang-kadang aku menjerit sorang-sorang. Sangat rebel yang buat semua benda tak kena.

Ok. Ni bukan nak cerita sangat pasal zaman kanak-kanak ribena dulu. Zaman tu dah lama berlalu. And today, I am officially 26 years old. Look back. I dont have nothing. I dont have house as my property. I dont have car as my transportation. I dont even have a motorcycle infact. And i dont have nothing. Because everybody talk about what they have. Me? And alhamdulillah I still have my family. My dad, my mum, my siblings and my hectic friends also!

Im 26 but that was just a number,for a matter of fact! So much more to go..

And not to forgot, my En. Sahlan. He's the supporter. Err, supporter di sini bermaksud penyumbang. And, we were counting our days. Insyaallah..

And what make me sad than ever, it still a 'biasa-biasa' birthday celebration. T__T. And its pathetic like hell! But still there's a lot of people posting and wishing happy birthday for me,trillion thank you to you guys facebookers friends! tapi aku sentap. Sentap sangat.

Anyway, HAPPY BIRTHDAY FOR ME KUNA a.k.a AIN. May Allah bless me and success are all on my way afterwards..




regards.
Kakuna


Thursday, July 14, 2011

hikayat 193 - Terdesak atau Desakan?


Siti Nor Aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup budi pekerti nya. Orangnya lemah lembut, berkeperibadian tinggi, berkerjaya, mempunyai keluarga yang sederhana tetapi hubugan keluarga yang akrab menjadi tonggak kehidupannya setelah pemergian ibu tersayang 5 tahun yang dulu. Aminah bekerja di salah sebuah angensi kerajaan dan berjawatan tetap sebagai seorang Eksekutif. Rutin harian beliau adalah ke pejabat, pulang ke rumah dan menjalankan rutin-rutin seorang gadis 'yang single' seperti biasa.

Beliau sekarang adalah seorang 'lone ranger' yang sedang dalam mencari cinta dan kebahagiaan untuk masa depan beliau. Setelah episod demi episod kejadahan percintaan yang beliau alami, beliau masih lagi mencari, dan akhirnya nanti (tak ketahuan pulak bile) beliau pasti berjumpa jodoh nya itu dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. Itu yang di pegang sebagai pendirian hidup di mana tidak semua orang akan terus bersedih, kerana setiap ujian yang kita hadapi ada hikmah yang tersendiri.

Masa berlalu, hari berganti hari. Aminah masih lagi mencari teman hidup. Kekangan dari pernikahan dan pertunangan kengkawan sepejabat malahan kawan sepermainan di kampung mula menjadi beban dalam pemikiran beliau. "..Sampai bila aku harus begini? Pakwe pun tiada lagi. Yang tinggal hanya sejarah.." Rintih hati kecil beliau. Hiba. Beliau menangis sendirian sebab bersendirian sahaja di rumah. Dan tak mungkin beliau akan mengajak jiran sebelah untuk menangis bersama-sama.

Sejarah. Sejarah Aminah boleh di katakan agak rumit. Tetapi lebih kepada kesian. Sejarah percintaan yang tidak kesampaian seolah sudah menjadi taboo kerana apa yang beliau rasakan beliau sudah pun memberi 'khidmat' yang terbaik. Dengan kata lain, beliau sudah memberi cinta,kasih dan sayang dengan setulusnya kepada pasangan beliau. Namun, ada saja onar yang pasangan beliau lakukan dan semuanya adalah kerana orang ketiga, keempat, kelima,keenam dan kelapan..Begitulah kisah percintaan yang putus di tengah jalan kerna orang yang ketiga.

Setelah bertahun di tinggalkan kekasih zaman remaja (yang bermula dari sekolah ke zaman universiti) oleh kerana orang ketiga, beliau masih berutusan dengan bekas kekasihnya itu. Walaupun hakikatnya, bekas kekasihnya itu telah ’dirembat’ dengan jayanya oleh kawan-baik-rapat-kacik nya sendiri iaitu Nor Shida (bukan nama betol pon). Dasyat! Dan beliau hanya mampu redha kerana dalam diam kawan baiknya sendiri telah tikam di belakang menggunakan pisau cukur cap buaya kerana sanggup merampas kekasih hati yang telah disulam cinta selama hampir 5 tahun itu. Namun, apakan daya. Itu lah namanya jodoh. Dan beliau kini masih mengcontact bekas kekasihnya itu bernama Hafiz (nama samaran) tanpa pengetahuan isteri Hafiz walaupun beliau tahu Hafiz telah pun selamat menjadi suami kepada Shida dan sudah pun memperoleh seorang anak perempuan (tak tahu pulak nama) yang comel.

Namun begitu, selepas Hafiz beliau ada juga mencuba cinta dengan lelaki-lelaki lain seperti Zool (nama glamer), Iwan (bukan nama die!) dan kekasih terakhir beliau (kini telah menjadi bekas juga,sudah kene cerai!) bernama Abdul (nama sebenar!) juga bermain kayu tiga belas! Dan Aminah telah di cerai talak berapa pon tak tahu. Namun, Aminah masih lagi mengcontact bekas nya itu. Jadi sekarang ni beliau masih berkawan dengan bekas-bekas kekasihnya terutama Hafiz yang merupakan cinta pertama tetapi sudah menjadi suami dan ayah dan Abdul yang merupakan cinta terakhir tetapi terkenal dengan gelaran buaya tembaga-bajet-hensem-macam-cibai tuh.

Dan sehinggan kini, Aminah masih belum mempunya kekasih sebenar melainkan bekas-bekas kekasih sahaja. Beliau sangat memerlukan kekasih untuk dijadikan suami kerana memandangkan faktor umur dan atas desakan tengok kengkawan yang sebaya sudah berkahwin malah mempunyai anak. Dan Aminah sangat lah bersedih mengenangkan nasibnya itu kerana, kengkawan sekeliling pun mempunyai teman lelaki/kekasih sedangkan beliau belum mempunyai tanda-tanda untuk bercinta melainkan bekas kekasihnya iaitu Abdul yang masih mengejarnya dan setia mengajak beliau berkahwin di seberang! Namun, Aminah merasakan keluarga adalah lagi penting dari segalanya.

Malah, Aminah juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan teman lelaki. Beliau sangat mahukan teman lelaki seperti kawan-kawan seperjuangan. Namun, cintanya hampa bak lagu To’Ki. Dan beliau tidak akan pernah jemu mencari kerana falsafahnya iaitu ’jodoh harus dicari dan bukan datang bergolek di kaki’. Jadi, sama-sama kita doakan beliau cepat bertemu jodoh! Sekian.

Kesimpulan :

Adakah itu terdesak atau pun desakan? Persoalan ini selalu bermain dalam kepala aku. Dan aku pasti bukan Minah je yang pernah mengalami semua ni, orang-orang kat luar sane pun mesti pernah mengalami jugak.

Terdesak kerana cemburu melihat kebahagian orang lain. Terdesak kerana mahu menjadi seperti orang lain yang mempunyai kekasih/suami. Terdesak kerana mahu menunjukkan kepada kawan-kawan bahawa kita pun boleh ada kekasih/suami – asalkan ade!

Desakan oleh faktor umur yang semakin meningkat tetapi sampai sekarang masih tiada tanda-tanda kekasih/suami apatah lagi anak! Desakan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya ”bila nak kawin..??”. Desakan kesihatan jugak kerana semakin umur meningkat, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi!

Apa yang boleh kita katakan di sini, Jodoh dan pertemuan di tangan Allah s.w.t. Dia yang mengaturkan segalanya. Tiba masa pasti ada. Kita tidak pasti, walaupun kita sudah mempunya kekasih/suami, adakah hidup kita lebih bahagia? Dan apabila sebaliknya, kita akan menjurus kepada mengeluh seperti contoh ”..kan best kalau aku bujang dulu, nak buat ape pon bole. Takde orang larang..” atau pun”..menyesal aku kenal/kahwin dengan jantan ni!!..” . Apabila kita mengeluh, kita tidak bersyukur. Dan di situ, kita tidak boleh merasa nikmat bahagia lagi.

Bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang di depan mata,apa yang ada di dalam tangan kita. Kerana syukur itu sangat indah. J

Sekian, entry hari jumaat.


Regards,

Kakuna

Friday, July 8, 2011

hikayat 191 - Lelaki Seksi Pada Pandangan Mata Kasar Aku. Auwwww ~~~



..."Auuuu Emmm Geee...Seksi nye jantan tu.... Badan ketol-ketol, ade b*** dada nipis2 sikit.. Pastu katang..Tegap nye... Weeeee.. Meleleh aku tengok...!..."

Tapi rupeny GAY! F***! Hahaahah... Eh, kenapa kalau lelaki yang agak metroseksual ni orang kaitkan dengan GAY? Diorang (metroseksual) ni Seksi kann...?? Aku pun tak paham. Sebab aku pun tak tau macam mana nak bezakan lelaki Gay ni. Seriously, i have no idea how to determine them. Either from which part of his body ke? From their hairdo? Atau pun dari segi fesyen diorang? Tak reti aku. Ade last time aku jumpe this two guys somewhere around Pertama Complex, and one of them wearing rantai yang macam anjing pakai tu. Then, out of sudden kawan aku cakap "...Tu kalau a guy pakai macam tu, he is GAY..". I was like.. Woahhh..?? Really? Err.. Enough of that. Aku tak pandai nak realisasikan lagi topic ni.

Aku ade baca kat Kapten Aton punye blog, entry berkenaan Ciri-Ciri Gadis Itu Seksi Di Mata Beliau. Ahhhh.... Seksi kannn.... Aku dah baca entry tu. And, most of it bukan la seksi dari segi pakaian yang mendedah sangat pon. A big clap to him~ Weeehuuu.... See?? Seksi ade banyak maksud dan banyak segi penilaiannya. Kalau wanita zaman sekarang pakai two piece pun dah nampak macam biasa. Like macam takde ape2 pun... Same je ade bonjol-bonjol tu.

Pada aku, seksi seorang lelaki pada pandangan mata kasar aku (aku la..pempuan lain taktau..) adalah sikit-sikit macam kat bawah ni... :D

1. First Sekali aku suke tengok Lelaki yang sedang memakai towel sahaja. (Oke,this might sounds gatal/miang but this is random!) Seksinye terletak pada pemakaian tuala itu. Mungkin lelaki tu nak pergi mandi ke, nak pergi toilet ke. DAmmmnnnn!!! Tak tau lah. Mungkin salah untuk aku lihat. T__T. Tapi bagi aku, aku suke tengok lelaki berkemban yang bukan paras dada (betul tak istilah ni berkemban? Huu…) tetapi memakai towel dah dililit dari pinggang. Eh, korang paham-paham sendiri la ek…Situasi ni biasa nampak kat tempat2 macam kat swimming pool, pantai, air terjun, sungai ke.. Takkan korang pakai towel pegi mandi kat parit kot wehh.. ?

Tapi jangan la pulak yang pakai towel tu bulu dada die, ya ampunn.. Macam semak samun yang jenis kene gune mesin rumput! Hahaha... Camner ek nak cakap, tapi lelaki tu biarlah biasa-biasa aje. Tak perlu 6/8/12 pax sangat pun takpe tapi stil nampak macho dan sexy dengan hanya memakai tuala. Rase jantung gua pam laju-laju wooo! Ahahahah...

2. Pakai Tshirt with Bermuda/Short. Ok, tadi pakai towel. Takkan aku nak tengok yang telanjang pulak kowt..?! Macam bangkaii..~ Tapi kalau lelaki yang pakai macam ni nampak keseksian die dengan lebih rileks atau pun SELEXS. Definisi SELEXS (sexy + rilex) ni akan datang dengan pakej bile senyum ada lesung pipit seperti yang aku nyatakan di bawah (yang tak obvious sangat pun ada tapi biasanya lelaki ade alur kat tepi mulut atau pipi die seakan lesung pipit, kire ok jugak macam tu..). Owhh Seksii Seksiii Seksiii…


3. Senyum dengan Ada Lesung Pipit. Auwwww... RAse nak je suruh diorang ni senyum selalu. 2 sentimiter kanan, 2 sentimiter kiri. And his dimple rase macam nak cocok-cocok je gune garfu! DAmmnn... I am melting.... ~____~. Luruh jantung aku wehh….Jangan salah paham. Ni bukan nak cerita pasal ciri-ciri Lelaki Pojaan Hatiku tau.. Sebab, ko ngidam macam mane sekalipun kalau dah tertulis kat takdir laki ko macam tu, gitulah ropenye…. Qada’ dan Qadar…Allah s.w.t dah tentukan..

Tapi, jangan pulak bile dah senyummmm sengih, nahh kauu.. Serpihan cili setepekk kat gigi kau. Hahahaha… Spoil mud aku nak tengok senyuman die lagi. Spoillll! Macam tetibe ko tengah tarik napas, Awang Hitam lalu sebelah ko dengan perfume semulajadi beliau yang bole buat kanser idong tuh!! Pitamm….Pitammm…….. Ngaaaa ~~

4. Seksi dengan cara Tidur. Hahh, nah kauuu.. Sampai tido pun bole jadi seksi taw… Miahahahaah.. Cube korang tengok orang yang tengah tido ni, tak kira la lelaki ke perempuan ke, seksi nye terletak cara mereka tido. Tak percaya.. ?? Kelik la kat SINI. Hahahaahahahah…….. Oke, tak lawak pun kannnn. Tu random search je.


Ekceli, gaya tido ni bole lead kepada sihat. So, bila cara tidur dah betul dan sexayyy gitu, then bangun pagi dengan sihat so the whole day bole jadi yakin dengan penampilan diri. That is Sexy really is. CONFIDENT + HEALTHY = SEXY KUASA DUA. Bukan POYO oke. Harap maklom.

Sekian, untuk rangkuman. Tapi ni semua ni by my random view je. Hanya pandanga mata kasar aku dan ianya Tak la terlalu spesifik. Sebab kalau nak menilai orang dengan perkara-perkara macam ni, mampus la.. Tapi kalau dapat seorang bofren/gefren/suami/isteri yang seksi pada mata korang, sedap mata memandang, suam-suam kuku and sederhana tu alhamdulillah. Bersederhana tu lebih baik dari melebih-lebih. Tak sakit mata dan tak sakit hati yang boleh menjurus kepada penendang padu !!

Oh, ya. Entri ni diilhamkan setelah membaca entry Kapten Atok yang cakap ciri-ciri gadis seksi pada mata beliau. Hahahaha. Kepada Boneka Tak Sakit pulak, kalau kamu ade ciri-ciri di atas, aku belanja ko makan nanti. Choki-choki dan roti gardenia, enak di makan begitu sahaja. Simpan saja gambar profile mu di fesbuk untuk tatapan gadis-gadis yang meminati lelaki yang ambil gambar sendiri itu sexayyyy.... Miahaahah…


regards,

kakuna



Thursday, July 7, 2011

hikayat 190 - Perkara Yang Belom Tercapai Dek Akal! Demmmmnn!


Terpikir pulak entry aku yang konon-konon ade wishlist nak buat tu..Cehh..Memang hampeh. Booooo diri sendiri..! Bukan Booooo sebab aku mustahil untuk capai semua tu. Tapi Booo sebab err.. Sebab… Bile lah agaknye aku dapat nak capai semua tuh..? Demmmm..

Kapten Atok (seorang blogger) komen kat ruangan komen tu.. “…Kenape kite ade yang same? Cilake…” Hahahaha… Part yang sama kat list aku tu,aku pun tak tau yang mana sama nye..Tak sempat lagi aku nak tanya die. Lagipun, aku kepingin jugak nak masuk kontes beliau iaituSurat Cinta Untuk Kapten. Tapi rasa macam pencabar yang lain lagi hebatzz dari aku sebab tak silap aku dah 6 atau 7 surat sampai kepada beliau. Dalam selowww ramai rupenye yang berniat berkenen dengan Kapten iaitu nak menghantar surat cinta kepada beliau tetapi bile buat kontes baru orang berani sebab ade ganjaran! Miahahaha…

Berbalik kepada isu hidup aku. Ape yang aku rasa sekarang ni, aku tak jumpe lagi ape yang aku cari, ape yang aku nak, dan ape yang aku nak capai. Semuanya totally out of landasan yang sepatutnya. Menyesal..? Ade la jugak. Walaupun orang cakap menyesal dahulu mendapat, menyesal kendian pun mendapat la jugak. Bala nih.. Bala…..

Orang cakap kalau nak bercinta biarlah kite je yang tau, dan tak payah lah nak heboh-heboh kan kat orang lain macam kau sorang je yang bencinta and ada bofren. Bak kata Boneka Tak Sakit. Aku suke perumpamaan yang beliau buat tu. Tapi ni aku baca sepintas lalu jelah.. Tak pasti betul atau pun tak. Beliau cakap ‘’You kiss and you don’t tell’’. Bole centu..? Oww I looikkee ~~ Miahahahaah….Tapi kalau aku salah, mohon mahap le Abamm Neka. Kikiki…

Eh, entry ini takde kene mengena pun dengan mereka yang tersebut di atas. Kenal dengan mereka pun melalui dunia maya. Tapi bile dah kenal orang yang bukan secara virtual (eh, betol ke ni??) ni pun mendapat jugak. Mendapat ilmu dan pengetahuan yang will end up dengan “..OOooo..yeke…Centu rupenye..” atau pun “…Laaa…boleh plak macam tu. Hahah…”situation.

Enough of that. Me, myself pun sampai sekarang terfikir lagi. Ape yang kamu cari sebenarnye..? Ape yang kamu mahu sebenarye..? Petang semalam, lepas meeting ICC di ofis, aku saje sembang-sembang dengan kakak ofis ni. Sembang kosong. Macam ketuk tin milo kosong tu. Perumpamaan nye adalah ‘sembang lebat’. Haahhaaha.. Beliau bercerita pasal family, anak dan menantu baru. Hal percutian keluarga ke luar Negara, bla blab la…. Hal menguruskan kewangan family, hal pembelajaran anak-anak dan hal hidup sebagai suami isteri, yada yada..Eh..? Ke situ menjurus nye pulak..? Takpe. Ilmu, katanya…. Dan bile aku cakap ngan beliau aku sekarang ni masih blur, tak nampak jalan yang aku nak lalui dan sometime aku tertanya ape yang aku cari dan nak selama ni? Pergi kerja, balik kerja, makan, balik kampung (WAJIB!!) dan pergi kerja balik kerja. Aku tak tau ape yang aku looking forward.

Dan, jawapan die buat aku rasa macam “ Eh, betol ke…?..”. Akak tu cakap “..Hang kene kawin..” . Hahahahah.. Aku dah gelak besar. Aku cakap “..Aku bukan despret nak kawin la … Aku nak kepuasan diri…Tapi aku tak jumpe lagi. Ape sebenarnye..”.

Then, akak tu cakap yang penting sekarang ni Berkat dan Doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab setiap hari kita mesti deal dengan orang, doa orang dan berkat yang Allah bagi tu, kita tak tau? Tapi, hikmah nye kita bole rasa secara tak sengaja atau sengaja. Contoh nye, macam kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang pada masa yang sama orang tu akan cakap ‘’Alhamdulillah.. Murah rezeki kau nak… ‘’. Kita pun akan cakap ‘’…Insyaaallah, mudah mudahan.. Amin…’’. Tapi, dalam masa semingu dua kita mesti dah lupa yang kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang sebab hal tu kecik je tapi dalam tanpa kita sedar.. Yeayyy..Bonuss ! Bonuss !! ataupun dapat duit kutu ke, ataupun jugak duit gaji kita tak lah sesak sampai hujung bulan !

Bila di rangkum kan semua, aku tak dapat lagi nak buat keputusan atau pun kesahihan mengenai ape yang aku cari selama ini. Nanti tunggu dapat seru, baru boleh nak rungkaikan. Hahahaaha.. Macam Harammm~~~


‘’…I am Struggling to get the things that sometime aren’t my capability, Strive to be the best to achieve what I really want I my life. But I won’t give up forever to know that is my journey really is...’’



Mari feeling2 lagu ni...

Tapi sayang..

Hanyalah Impian.. Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman...

Dan Bila Mentari Datang, Pulanglah Segala Kenyataan...

Fara - Bagaikan Puteri


Kesian… Sekian…


Regards,

kakuna

Tuesday, July 5, 2011

hikayat 188 - Banyak Perkara Yang Belom Buat Lagi... Macam Nak Buat List je...!! Tapi Nanti At The ENd, Mesti Booooo Diri SEndiri.... T__T


Okeh. Tajuk entry agak panjang.. T__T.. Tengok tu, memang banyak perkara dalam hidup ni tak buat lagi. And yet, aku dah buat orang tak buat pun ade.. Eh..?? Ok, ignore. Tapi sekarang memang rase macam looser jeee bile orang bole buat tapi aku tak buat-buat lagi...!! Grrrrr......

  1. Nak amik lesen kereta. Oke.. NI bertahun berabad dok macam ni je... T__T. Sape cakap aku tak nak amik lesen..? Eh, aku bole drive jugak la sikit-sikit. Dulu penah je alihkan keta Cik Aza, tarik handbrake and ke depan je sikit tanpa tekan paddle minyak sebab kereta beliau auto.. (pathetic kann.... ya,ya I know... T__T). Plus, kereta ayah kat kampung selalu aku tenung je... Gulp~~ En. Sahlan pun dah bising bila nak amik lesen. Die cakap "...Masalah sekarang ni kamu tak tau memandu. Macam Lan memandu sekarang ni..." (situasi dalam kereta). OH well.... I know damn well... Balik kampung selalu kene ejek dengan Kak long and Abang Cik.. KEngkawan...? Miahahahaha... Selalu kene bahan jugak.... Grrrr.... bila nak amik lesen nihh....???? Tolommmmm T__T
  2. Nak pegi obesea for holiday / study abroad... Ok fine.. Dan pernah pegi pulau. Tapi tu consider over the sea ke ek...? Huhhh... So jelessss okehh dengan orang yang bole pergi oversea. TAk kesah la belajar ke, jenjalan ke, urusan rasmi kerajaan ke.. Janji bole pegi negara homputeh tuh. Miaaahhaah... Jakun jakun jakunn!!
  1. Nak diet and jadi kurussssss..!! Oh well ini memang mustahil tapi ... Selalu dengar tak ayat macam ni kat ofis.."..Eh, Ain tak makan ke hari ni..? Diet ekk...??.." Tu perli la ngokk..Menci menci menci... Saya diet ke tak sama je lahh.... Why oh Why.... T__T. Sebab En. Sahlan cakap saya handal kalau bab makan dan makanan dan saya tak bole di pisahkan..Tu la, ape yang die cakap tu ade betol nye.. Macam mane nak diet cenggini kalau asik asik makan kat Wong Solo, Ayam Penyet.. Miahahahaah....
  2. Nak apdet blog sebanyak yang boleh.. Fineee.. Ini kadang tu bukan dalam bidang kemampuan sebab bole update kat ofis je.. Kalau nak apdet kat umah pakai broadband selalu nye take some time. Pastu kat ofis kadang tu ade je keje... Hoho.... Saya ni bukan la pekerja cemerlang tapi saya tak gangu orang. Kikiki......
  3. Ade banyak lagi lahhh.. Tapi yang ni je mampu nak ingat...... Iskk..Iskkk... T___T

Sekian. Nanti dah ingat nak apdet lg. (tengok, nak apdet bile ntah... T__T)`

nota : gamba percutian akan di aplod kendian ye... Eh.. Kekdahnye lame bebenorrr??!! Grrrr...
notasatulagi : Rindu kat En. Sahlan la..... woott wooot~~~~ :p


regards,
kakuna


Wednesday, June 8, 2011

hikayat 180 - Serabuk Peruk Wehh...!!!


Hahaha.. Asik-asik cakap pasal Audit. Hah,kalau takde kene mengena dengan aku, the hell pulak aku nak mengkomen…

Fineeee. Hari ni agak kelam kabut la dari pagi. En. Bos pun this week banyak appointment. And this month pon banyak appointment. Eh, ke saya yang banyak appointment? Hahahaa…

Petang semalam bos ade panggil sebab hal NCR dari Auditor tak setel lagi. “..Whatt?? Bukan saya la bosh, die yang buat. Saya tak tahu menahu pun pasal ni....” See, kat sini dah nampak dah macam entry aku yang lepas.. Sesi menuding jari tengah telunjuk kat orang lain. No, No No.. No good ok.

Point di sini ialah orang yang betul-betul bertanggungjawab dalam hal ni telah pun di kenal pasti tetapi masih lagi tak nak mengambil inisiatif untuk memajukan diri. Semua orang ade kelemahan, mane ade yang sempurna tapi tak salah kita berusaha untuk jadi sempurna kan? Isu disini bukan sebab nak menuding jari siapa salah,siapa kene buat, siapa yang bertanggungjawab. Tapi KOMUNIKASI. Tu yang penting. Pernah jugak aku dengan Ujie bincang pasal communication dalam sesuatu hubungan (ewahhhh……gataii!!) nimemang sangat penting. Kalau tade communication macam mane nak berhubung. Macam mane nak faham. Macam mane nak kenal. Ye dak..? Dan Ujie pun sangatlah bersetuju. Haha… Orang di awangan macam tu lah..ekekekeek…

Dan pagi ni jugak, end up with clowdy moody bossy. Haihh…. Rupenye En. Bosh pun ade angin jugak.. Ehehehe…. Where to..?? Err, saya pun tak tau. But for sure that he seemed fed up with those stuff yang buat beliau pun nak lepas tangan and pointing middle finger to everyone… Finee.. You are Mr. Boss.

But why so serious.. ? Kan bole handle, sit together and discuss.. Bukan nye saling menyalahkan antara satu sama lain. And Auditor pun cakap dengan aku jugak pagi tadi “..I tak faham la, you all ni nak point finger to everyone, orang tu cakap die, die cakap orang ni.. Pelik lah I…” Aku..? Aku senyum je lah… Dalam hati “..Eh, bukan nature orang keje kat sini memang macam tu ke..? Haihhh..” .

Dan status aku kat fesbuk pagi ni :

“…SERABUK PERUT +

KUCAR LANA = SARU..!...”

Hahahahahhhah…



Regards,

Kakuna


Thursday, May 26, 2011

hikayat 174 - Risau Nih....Risau Sangat Wehh..!! T__T


KERAJAAN RISAU KORANG KAWEN LAMBAT WEHH…!! T__T


sumber : KOSMO Online

Bukan la malas nak fikir pasal hal ni. Even sekarang ni pun kepala memang dah ke arah ITU je. Lorh..? Gatai ke aku..? Hahaha.. Ini bukan soal gatai merala ke, miang ke, selok nak kawin sangat ke, TIDAK. Tapi ini adalah soal JODOH dan REZEKI. Tu semua Allah swt yang tentukan, kenapa pulak orang sibuk-sibuk nak tanye? Oke, kalau tanye tu aku boleh ‘belah’ lagi la.. Tapi ni siap cakap suruh cepat-cepat kan. Satu je la aku bagi, Kepala Banaaaa Kau..~~!! Amarah mak,nyah….

Memang orang cakap, kalau tak cari jodoh, sampai bila pun takde. Kalau tak cari, jodoh tak datang depan mata. Yes, its true. Indeed… Tapi, aku nak ulang lagi lah.. Tu semua ketentuan Allah. Sape la kita ni nak elak takdir Dia..? Ye dak..

Sebab nye dah ramai pun yang kene (ade jugak kawan-kawan aku malah aku sendiri), bercinta bagai nak rakkkk, kentot pun rela hidu, tolong korek kan idong dan telinga, cabut bulu idong, shave ketiak (oke..melampau sikit la imaginasi aku…hahahaha..), tapi eventually, you’ll end up with such pathetic and most disaster situation. Pastu muka sorang-sorang macam monyet tak dapat belacan! Retarded! Damnnn… Memang paling kejadahan…!

Sekarang ni, kalau nak di ikut kan kawan-kawan sebaya aku, atau tak sebaya malah lebih muda pun ade yang dah mendirikan rumah+tangga. Mereka nak lagi bahagia, dalam dan luar rumah mereka buat tangga…! Besfren aku sendiri pun dah kelek anak sorang-sorang. Aku happy tengok mereka, ade suami yang boleh jadi pelindung di kala bahaya dan pemeluk di kala sejokkk (awww……..), ade anak sebagai penghibur dan pengubat duka. Seronok! Memang seronok tengok kisah cinta yang sampai ke jinjang pelamin dan bahagia..

Tapi,, tapi dan tapi lagi.. Ade juga yang tak berapa nak menjadi. Ni yang paling aku takot. Dengar dan tau cerita sedih mereka, buat aku rasa simpati. Kesian memang kesian, tapi jodoh mereka sampai situ je. Nak buat camne? Aku nak ulang lagi lah, tu semua Allah swt dah tentukan siapa lah kita yang nak mengelaknye. Ye dak..? Rase macam kepohchi pulak buat entry serius macam ni.. ! Naharammmm je bunyik. Hahaha..

Tapi aku bukan sengaja nak cakap cemni tau.. Sape tak nak kawin..? Desperate?? Eh, ape kau mencarut ni..?? Bukan desperate, tapi……. Nak bagi tau lah kat korang-korang kat luar sane, kalau ade orang tanye bila nak kawin, bile nak kawin, korang jawab la elok-elok.. Cakap la, “..Insyaallah, ade rezeki dan jodoh sampai nanti, saya jemput..” Tak pun cakap dalam nada sopan lagi, “…Dalam masa terdekat ni, kalau seru berkahwin atau bernikah, insyaallah, doakan semuanya lancar…”. Tak nak blah jugak..? Cakap le dengan beliau “… Bak le duit, saya nak kawin ni. Duit tade… Nak beli hantaran maheii, mekap, baju bling-bling. Wuuu..T__T…”

Ade jugak yang jenis tak paham bahasa. Kalau orang dah jawab elok-elok tu, reti-reti la berambus. Ni tak…Die tak puas ati jugakkk…. Sebok pulak suruh kawin cepat la, nanti nak beranak senang la, watdehell..?? Kemon la, Kemon la....Ko bagi calon kat aku sorang, kalau aku suke belom tentu die suke? Nak beranak pulak jadi hal nye. Tu semua rezeki Allah, nape nak pertikaikan susah ke senang..? Orang kat India tu,umor 51 rilexxx je beranak. Hahaha.. Panas mak, nyah… Ni bese nye berlaku pada golongan akak-akak yang dah kawin, pastu keje kat opis. Aku lempang laju-laju kang baru tau…. Korang jaga la laki korang tu elok-elok.. Tu je pesanan penaja. Sekian…

Ape pun, aku mendoakan yang terbaik untuk diri aku, dan kawan-kawan seangkatan dengan aku. Hahahahaah… Bunyi macam pasrahhh je kan.. Yelah,aku redha. Allah dah sediakan jodoh kita sejak kita tercipta, di dalam rahim ibu kita lagi. Siapa die? Allah swt je yang Maha Mengetahui.. Sekeras mana kita cuba, sekuat mana kita usaha tapi kalau dah tertulis takdir nya begitu… Begitulah…..

Eh, aku bile nak kahwin…?? Hah, kalau nak banyak songeh, tak paham ape aku cakap kat atas ni, meh sini aku lempang laju-laju..!!! Grrrr……

Regards,

Kakuna

Thursday, May 19, 2011

hikayat 171 - Beri Aku Peluang Itu!!




Jika DiBerikan, Ku Satu Peluang..
Apa Yang Aku Impikan..
Pulihkan Segala Kesilapan..
Jika DiBerikan, Ku Satu Peluang..
Kembali Ke Masa Silam..
Kan Ku Pilih Tarikh Itu..


Pretty Ugly - Jika Diberikan Ku Satu Peluang




Peluang yang datang tu SEKALI je.. Kalau lebih dari sekali tu maknanye REZEKi.. So, kalau la terlepas peluang tu, takde la rezeki....

Tu je nak cakap. Sebab, kalau peluang tu berikan kepada aku, memang aku nak kembali ke masa silam, dan pulihkan segala kesilapan.

Tapi, REZEKI untuk memulihkan kesilapan tu takde. Sebab peluang tak diberikan. Ape yang harus kite lakukan, MOVE ON..... Coz life must go on... Dan yang menanti di depan SANA, kita tak tau.... Redha :)




regards,
kakuna




Tuesday, May 10, 2011

hikayat 167 - Pasrah & Redha ;)

Hari ni pergi keje lambat lagi. Adoiii...Masuk-masuk ofis je,ade officer tu panggil. Ingat nak sound ke ape, tapi aku sound dulu. Hahahaah..Diorang cakap, orang yang slalu datang lambat ni,rindu-rinduan..Sedas aku bagi, ''ooh,yeke..Nape ye? Tak puas ati ke..? Miahahah...

Pastu naik ofis macam biasa. Macam bos besar la. Datang lambat,On PC, tengok dokumen sikit-sikit, pastu pegi turun bawah, minum. Oh, sandwich dah beli. Makan sandwich dulu, pastu antar dokumen dalam bilik bos, then duduk tempat sendiri sampai lebam!! Panas kusi, sampai terbakor! Hahaahah...(paling tak gune bak kate laki aku..!).

Malam tadi memang panas giler. Nak tido,evendo kipas dah tembak tepat kat diri sendiri,angin panas die makaihhh.... Pastu lak, Cik Oyah menelepon. Ape lagi, dah la lame tak nyembang, lame tak jumpe, sulaman ketupat memang meriah!! Anak beliau dah tido,laki nye pegi keja katenye. Oww,besday die semalam so pengguna Celcom akan dapat 7 hari panggilan/sms percuma [macam pomot pulak!!] kepada semua pelangga Celcom. Bertukar la sekarang untuk menikmati lebih panggilan/sms percuma!! Bongok je~ T__T

Dah bersembang bagai, macam tanak berenti pulak kan..Panas telinga mak,nok...Sejam bergayut ngan Cik Oyah,memang rase macam tanak benti. huhuh...

But seriously, I mIss her Like daMn Crazy.... seriously... T__T... lots of thing yang kitorang share and now,thing are so different. Too much to say,and too much to remember...

Well now, kehidupan masing-masing ade sebab dan musababnya. Kita hidup ni pun, bukan percuma. And,ape yang berlaku tu ade hikmahnye. ''Eh,sume orang cakap camtu lah...tapi dok mengeluh je manjangg...''. Memang pun. Name pun manusia, mengeluh tu lah kelemahan kite. And aku pernah baca satu tagline ni dari program Imam Muda [tak boleh blahhh kan....;] :




Walau ape pun yang berlaku, redha dengan ketentuan takdir. Memang telah dituliskan begitu. Kita yang menentukan baik buruknya. And that tagline, explained everything....



regards,
Kuna

Tuesday, April 26, 2011

hikayat 166 - Tempat Jatuh Lagi Di Kenang......





Entry untuk gamba-gambar di bawah di SINI.



From Cherating With Love~~



Sunrise at Teluk Chempedak...



Teluk Chempedak...


Sebenarnye dah agak lama rase nye kaki ni tak jejak kan ke pantai. Satu Masa dulu, pantai dan aku memang tak dapat dipisahkan lagi..Ibarat Entry yang ni lah..Satu mas dulu, pantai adalah tempat yang wajib aku pergi almost every month. Pembaziran yang amat ketara di sini.



Aku jatuh cinta dengan pantai ni dah lama. Tapi bila bermula nye tahun praktikal aku di Impiana Resort Cherating, kemudian bila dah bekerja, dan seterusnya bermula episod yang baru dalam hidup aku. Macam-macam yang berlaku. Kononnya di sini lah jodoh aku.. Di sinilah tempat menyulam cinta, kasih dan sayang. (wekkkkkk~~~~)



Orang cakap tempat jatuh lagi di kenang, ini pulak tempat menyulam kenangan. Orang cakap lagi, kalau tak nak sakit hati, tak payah la pergi ke tempat yang menyimpan sejarah itu.


Tapi aku rasa kat sane lagi tenang. Memang tenang setenang-tenangnya..! Kenapa? Saat angin laut cina selatan itu menghembus, saat tu aku rasa semua apa yang dah berlaku macam flashback depan mata. Macam slide persentation tu. Aku teringat kelemahan aku . Teringat kesetiaan aku , kebaikan aku dan pengorbanan aku . Tapi semuanya tak di balas dengan baik. Tapi aku rasa bangga sebab aku dah buat yang terbaik. Aku hargai apa yang berlaku dan aku jadikan semua itu pengajaran.


Bila difikirkan balik, memang aku rasa looser sebab pergi carik peyakit bauat ape..? Tapi pada masa yang sama jugak, aku dapat kosongkan kepala dan minda aku ni dari keserabutan hidup di kota. Memang bila pergi pantai tu aku rasa masalah aku terbang. Terbang dengan angin. Kosong. Dan aku rasa puas....


Dan sekarang setelah 2 tahun lebih rasanya, aku meninggalkan aktiviti tu, aku memulakan semula aktiviti aku ke pantai. Tapi kali ini bukan untuk menyulam kenangan ke, benang ke, buang semak dalam otak ke, tapi aku ke pantai untuk menolong adik-adik tuisyen aku.. Pantai Dalam..Rumah Smart sebab setiap minggu (kecuali minggu hujung bulan) aku akan ke sana membantu mereka...


Dan masalah aku pulak rasanya macam terbuang atau pergi begitu sahaja bila aku naik train dari Stesyen Shah Alam - Pantai Dalam..


Tiada lagi istilah menyimpan hasrat bertemu jodoh dalam train pulak.. AH, kepala banaaa nak fikir jodoh..?? Dengan bersesak-sesak bagai, dengan warga asing yang cukup meloyakan dan boleh bikin hati aku jadi panassss..!!Mane boleh.. Hati aku tak tenang nak fikir jodoh kalau muka warga asing dengan bau yang boleh bikin kanser hidung (maaf!!) aku rasa macam nak tendangggg je diorang...!!! Korang tak mandi ke wehhh...?? Adoiiii~~~~








regards,

Kuna



Monday, April 25, 2011

hikayat 165 - Ex GF/ Ex BF datang lagi..~~ Toraa...


Ape yang korang akan buat kalau bekas kekasih / ex girl/ex boy datang cari boyfren/gurlfren korang semula...? Ape yang akan korang fikir at first place..? Ape tindakan korang? Camne korang nak handle sume ni..?


Ini biasa berlaku. Even aku pun pernah alami jugak. Bile ex gf boyfren aku datang balik, aku gelabah la wehh..Takkan nak dok diam macam tunggul kayu..? Mula la senantiasa nak jumpe. Kalau tak, musti update ko kat mane, buat ape, dengan sape, pergi bila, bila nak balik mandi,dah makan ke belum, ape sume jadahnye...Lagi gelabah bila jumpa,boyfren main sorok2 hp pulak. "oww,henpon tak bawak pun.Nak bawak buat ape? You ade dengan I.." Bertambah celaka jadinye bile boyfren tak bagi pegang henpon, katanya tade ape2...Nak cek henpon apetah lagi. Durjana betol! Sume serba tak kena jadiknye.....


Tapi..Itu dulu la..Zaman kegemilangan dengan boyren. Sekarang ni..? Andai kata berlaku lagi..Siape yang nak di salahkan..? Kita, si Girlfrend yang setia atau si Boyfren yang boleh-buat-biasa??


Kalau nak persoalkan pasal ni, sumpah aku tak pernah dapat jawapan yang puas hati. Sume cakap "alah..yang laki/pempuan tu pegi layan lagi kenape??yang dh lepas,dah la..'' . Tak kurang juga secara sinis dan berlagu "..Kalau takde angin, masakan pokok boleh bergoyang nyahh...". Fineee...Ni memang tengah angin la nih! "..Celaka,bab* anak Ha*** mane yang kacau bf/gf ko tuh..? Bala ni..Bala...Kite bako!!.." NI pulak versi panas hati, cucuk angin, dan kuah lebih dari sudu!! Paham ke tak ni, ex gurl dan carik boyfren kite ni...Cane Peahh?? "..alahh,ko risau sangat kot...kalau beliau sayang ko, takde nye die nak layann.." ..Ni Versi sejuk kan hati. Ah, panasss lagi ni...Tak bole jadik.....


Bila Isu ini di perdebatkan di antara BF dan GF ini, tak mustahil percetusan GADUH akan terjadi! Tak banyak musti sikit la.. Air mata nitik-nitik bagai, yang lelaki buat-biasa-macam-takde-pape boleh hembus asap rokok,rilex je.."..Ah,ape nak kesah? Pempuan ramai. Nak clash ke,break ke, broke ke..Ape de hal..?''.. Ini memang jantanan yang durjana bin jahanam~~ Oiii,bole menjurus ke arah bunuh ni..Yang pemupuan tak kurang juga "..Alah,setakat jantanan macam gini rupe,aku petik je buleh dpt lapanblas!!..". Hoii,pempuan~Dasarrr pempuann lah ko ni..




Tapi kalau LELAKI/WANITA itu SETIA beliau mungkin akan cuba menenangkan AWeQ/PAKwe yang gundah gulana ini. Janji di karang, Budi Setahun Segunung Intan di luahkan agar AweQ/PakWE beliau percaya beliau tak mungkin akan sesekali melayan EX diorang nih! Fineeee [salute la aku kalau ade LELAKI/WANITA macam ni..] Tapi, tapi dan tapi, ade jugak lelaki yang SETIA. SETIA menegakkan benang yang basah.. I


Memang orang akan cakap, '' Mans are too complicated to understand" dan "Womens are too sensitive till a tiny little things".. And YES, Allah s.w.t dah jadikan manusia 2 jantina. Lelaki dan perempuan. Mesti la ade Pro and Con nye. Allah sahaja yang tahu. Dan kita ni, manusia la yang mencorak perjalanan hidup kita.


Dan, dalam kes di atas tu.. Kalau terjadi pada diri aku ,Aku akan memilih untuk menyelesaikannya dengan cara berbincang. Bebawaklah berbincang...Cemburu memang cemburu,bongok jugak la kan kalau tade perasaan cemburu..! Dan wahai lelaki-lelaki di luar sana, ambil masa untuk gurl / isteri kamu untuk berbincang elok-elok kalau ade masalah. Jangan tau nak marah je... FIneee... Dan kalau cara bincang elok-elok pun tak jalan, aku tak berani la kot nak buat cara kasar. Mereka kan lelaki,klw tak cukup ilmu di dada,tak yah la nak berlawan tumbok-tumbok,dush-dush dengan mereka. Guna CARA HALUS je..~ Abis cite. Hahahahah..







FIneeee...Men can say anything. Cause you ruled the world. But, But....






See..?? WE are beautiful ok... Always will be.. Hehehe.. ;) *wink*







regards,


KUna


Thursday, April 21, 2011

hikayat 163 - MooD - Dedicated Song Yang Boleh Menjurus Ke Arah Jiwang A'h'~~



Tadi ade sesi taklimat untuk peserta-peserta paintball PEKASA. Seriously, memang best aku rase game ni walaupun aku tak akan IN. Whatt..?? YEah,aku tak participate pon..Sobbb..Sobbb...SEbab Sabtu pagi2 dah ade class untuk mengajar bebudak tu..Takpela..Next time will do, Insyaallah..

Balik ofis je, ingat nak online, internet pulakkkk down..demmit~~ So aku pon dengar lagu ajelah...Tengok kuih siput dalam balang dah abes.. kene tambah stok la kalu gini. Dah la keje nye dah tentu dudokkkkkk je kt kusi, sambil makan kueh siput.. BEst kowt?? Eh,tetibe ngade-ngade pulak dok search lirik LAGU ni...

Aishh.......cite panjang pun tak guna..Tapi lagu ni sumtime memang suit my mood. SUMTIME la...Not all the time...Kalau all the time kang, boleh membunuh jiwa.. Serius~~.. But the best part is,

''..we can fly away,

and start another life some how!

i love you every day!

ill never ever let you down....


trust me when i say!!

You Got Me ..''



Ok..Somehow this lyrics seem so typical,and bila tengah tebayangkan orang yang kite sayang mula la nak merapu bagai macam ni..Tujukan lagu lah..Tulis note i love you,please love me back, atau lebih dramatik i kill myself if you dont love me..Fcuk~~ Haha..Tu belum lagi malam-malam dok dengar Suria Cinta atau Sinar FM yang boleh buat dedication song sampai ade Muuaxxxsssss bagai,pastu ade pulak back sound bunyi petir ke guruh??! Wooaaa...DAsaatttttt~~~...But the thing is, keikhlasan kite..Tu yang penting.

Pasni nak selalu senyum lah..Sebab bile senyum tu terhindar segala perasaan negatif, pastu bole pulak biar lah orang nampak kite ni happyyyyy je manjang...ade masalah gedabak besar macam ketapi pun hapyyyyy je manjang..Fineeeee.....happy le sgt.....

Mari dengar lagu lagi...Yeayyy~~~


note : tapi kadang tu TERRRRdengar lagu yang bole mengusik jiwa lantas [cehhh...perkataan] mencurah air mata...Fuuuu~ LOOser nye hakuuuu!!! ;p




regards,
Kuna

Wednesday, October 27, 2010

hikayat 146 - Sekian lama...





Instead of duduk saje-saje,baru teringat kat blog ni. Dah lame tinggal macam terus takde ape-ape. Ntah,bile tengok orang lain happy,aku pun nak happy. Bile tengok orang lain berjaya,aku pun nak berjaya,bila tengok orang lain sedih,aku macam dapat rasa ape yang diorang lalui.

Pathethic.

That's the word that suit me well. I knew that.
Good bye happy day ~
Good bye lover ~
And good day may comes,as i wish.

Saya sangat jeles skang ni...~!!!
Sebab saya rasa macam saya tak dapat ape yang orang lain dapat.... ;(





regards,
kakuna

Thursday, August 12, 2010

hikayat 145 - I Know That I Have To...

Forget all those things,happened behind, indeed.. I know i have to move on with my life instead of mourning remembering what had just happened past. I know i have to be strong and strugle to make my day as cheerful as i used to be, indeed. And i know i have to be Me, the real me which i was left behind the develish day. I know i have to..

But those peoples who are'nt in my shoes,i said please.. Dont act like you're sort of ms~caring~fu****g~understand what i've faced and trying to solve it like its your fucking problem. Hey, mind your own man. Dont think that you're in 'comfy zone' whereas your boy are flirting around like you used to his b***h. Oh,soryy..my mistake~!

And oh,i dont mind peoples business. I mind my own business..;). Hush.~~? (~_<)



note : its hard to explain. its hurt in every words.




regards,
kakuna

Tuesday, July 27, 2010

hikayat 143 - Alah..Berdalih Pulak Beliau..

Semalam...

27 Julai 2010

hari ni masuk kerja dengan perasaan yang libang libu bak kata pepatah. ape yang libang,ape yang libu pun tak tau lah. tak tau nak start keje mane satu dulu. baeklah,buat filing dulu,pastu wat surat ni,then wat data entry bla bla bla [bajet banyak keje je].....

***

Eh,dah pukul-anjing-sampai-mati..Dah pukul 12.30. tak sedar masa berlalu. yelah,buat-buat bz memang la konon. padahal banyak selak-selak kertas je. baeklah,nak tanye member mereka out tak lunch ni.

***

kecewa. sebab diorang tak kuar. so, dial la 1-300- McDelivery. Pehh..lunch dengan McD. baru la Amerika~! bongops~! tak sedar banyak kalori nih.

***

Dah petang. Balik lah...

***

Tipikal nye keje aku. Setiap hari ni la yang aku hadap. Borimm..?? Memang pun~! Boleh tahan jugak mainan kehidupan..~!

Tapi hari ni kan,kamu datang dan explain segala bagai kat aku. Aku..? Ade aku kesah..? Nope~! Sebab hati ni dah tawar. untuk kamu yang lagi sorang, heh..~ you got served lahh..Permata depan mata,kamu pilih yang kaca dah nak retak buat ape. kan..? So not that gentleman lahh....~~!! pfftt...



regards,
kakuna

Friday, July 23, 2010

hikayat 141 - Drama Swasta La La La... Hee...





It ain't easy,to pleased everyone. Indeed. Hati orang kita kene jaga, tapi hati kita? Hari-hari makan hati je. Mak aku cakap tak elok makan organ dalaman ni banyak-banyak,benak..! Tapi, kalau makan hati sendiri,lain citer.

Ni la jadiknye kalau dah benak sangat, buat salah pun tak nak mengaku. Hipokrit betol~!

"..Beb,seriously aku memang nak cari keje lain~! Bukan tak best keje kat sini, tapi nak berdepan dengan orang yang penuh drama ni,ya ampun...aku rase nak muntah dan-dan tu jugak~!.."

Aku mesej Smart. Beliau amat memahami. Hahahaa..Asik jadi mangsa untuk aku luahkan masalah,kesian beliau.

Kepada kamu dan kamu jugak yang suke nak berdrama kat depan aku, sory. Aku bukan la peminat drama swasta nih..Belajar lah untuk jujur dan setia. Bukan kene bayar pon,kan..? Kalau tu pun tak mampu jugak tak tau lah....





regards,
kakuna

Thursday, July 22, 2010

hikayat 140 - And Finally...


2 bulan lepas...


"..Hahaha...hidup ni memang camni kan.."
"...Ye lah,dah tu nak buat camne.."
"..Wei,aku sunyi nih..sobb..sobb."
"...Beb,jom lepak~!!..."
"...Eh,arini bos takde la..Heheheh.."
"...Adehhh..Busy betol hari ni,nak mencekik pun senang..Huh,sabor.sabor..."
"..Weh,boring nih.Jom wat keje giler~!! Hiarkhhh..!!..."
"..Beb,ape yang berlaku ade hikmahnye.Ko kene abar sabar tau.."
"...Mak,orang balik kampung minggu ni...~!!.."
"..Kak Long,ko wat per tu..?.."
"..Jom g Showdown,aku dapat tiket free nih...~~!! (^-^).."
"..Aku suke kat beliau nih.Tapi segan la nak cakap.."
"..Ish,lambat nye gaji..Urghhh...~~!!!..."
"..Owh,kenape? Er,u suke kat die eh..Oh..i see...;(..."



22 Julai 2010..
10.00 pagi


Hari ni bas lambat lagi~! Cis~ Bukan,aku lambat lagi.Untuk kali yang keberapa pun tak tau.Hahaha..Oke la,bos pun takde moody.Aku je kowt yang moody. Bos pun mungkin tak amik port sangat. Beliau pun nampak exhausted,baru balik outstation.

Well,life does matters..~! That is the fact of life is. Tapi aku bukanlah seorang yang akan menyerah jugak. Setiap yang berlaku,ade hikmah nye. Sangat bersar hikmahnya kalau kita bersabar dan istighfar banyak-banyak..

Sungguh, tak mudah nak lupakan ape yang dah berlaku semalam,kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Cukup susah..~! Tapi itu ujian yang Allah dah bagi kepada aku, untuk aku lebih kuat.

Kat atas tulah aku clarified sikit ape yang dah terjadi sepanjang 2 bulan lepas. [semasa blog ini bercuti..ekekeke...;p]. A lots of thing happened actually. I meanT, A LOT. Tapi tak jugak aku nafikan, hati dan perasaan memang ade terlibat. Haih,susahnye....~~! Dan apelah hidup ini kalau tak susah,kan..?

And yet,indeed life does matters. Even sejauh mane kita lari,masalah tetap masalah,life tetap life. Tak boleh nak lari dengan semua tu. Jadi, bersabarlah...Akan ada sinar di depan,dan itu yang aku harapkan..~ Amin..!




regards,
kakuna ;)

Thursday, May 13, 2010

hikayat 137 - Te Amo...~*

Salam and howdy to all bloggers,



Saje nak buat entry sedih sikit. Te Amo. Sape tau maksud perkataan tu sila angkat ibu jari kaki. Miahaha.. Kalau ade yang tau baguslah. Kalau takde,maksud nya dalam bahasa omputeh,i lap u. Kalo melayu nye saya cinta awak. Alih bahasa Mandarin Wo ai ni. Tamil pulak..Err,tak sempat belajar lagi..

Cakap pasal cinta ni, musti sume orang boleh bajet,musti pasal kapel. Lelaki dan perempuan,oww sudah semestinya. Kalau cakap-cakap orang baik-baik, luaskan lagi maksud CINTA tu. Kepada sapekah,untuk tujuan apekah,kenapekah,dan lain lain lagi la. Jangan macam-macam,kang aku pangkah!

Bagi aku. CINTA tu kalau naif nye,hanya pada yang Maha Esa. Betol. Jahilnya, aku masih lagi mencari cinta tu. Dalam erti kata lain, untuk meluaskan lagi maksud cinta tu belom pun sampai yang terAgung. Tapi,bila terjerat di antara Suka,Sayang,Rindu maka terbit lah Cinta.

Di sini la aku terjerat. Dari rasa suka, pergi ke sayang. Pastu rindu pulak. Bila nak terbit cinta,aku kene kawal pulak perasaan tu. Kenapa? Kerana tiada sebab untuk aku meneruskan sume tu. Dan perkataan yang paling tepatnye adalah MUSTAHIL..dan Dia lebih tahu.

Sape kate jadi manusia ni senang..? Ingat free-free ke Allah s.w.t bagi nyawa kat dunia ni..? Pinjam je. Takde interest pun,tapi boleh tambah dividen. Tak gitu..?

Aku? Ye,ingin mencari Cinta abadi. Dan akan berusaha ke arah itu...Insyaallah..






regards,
kakuna

Wednesday, May 12, 2010

hikayat 133 - Berperang Dengan Perasaan Memang Mencabar!

Salam and howdy to all bloggers..



Pagi ni takde la rase bersemangat mane pun pegi keje. Bos pun takde. Keje pun kurang jugak la. Pagi-pagi nak pegi keje, dah kene tegur ngan India kat area blok penthouse-la-sangat aku tuh. Hahaha...Biasa la. Soalan tipikal je.


"..Pergi kerja ke...Heheeh.." Beliau.

"..Err,yeah..Hehehe..". dah tu takkan nak pegi masak kowt..?!. Me

"..Beli satu kereta la. Asik naik bas je..Hehehe.." Beliau.

"..Err,jalan jam naik kereta. Baik naik bas. Hehehe.." Me.

Perbualan-sambil berjalan berakhir di situ. Oww,baru aku ingat.Belaiu adalah pemandu teksi. Okey, secara negativenye agak sadis di situ sebab beliau memperkotak katik kan kebolehan aku pergi keje naik bas. Wat de hek pun tatau. Dan secara positive nye,beliau menyarankan aku membeli kereta untuk keselesaan pergi ke tempat kerja..

Baiklah uncle,terima kasih sebab perihatin. Tapi,saya kene la request untuk lesen dulu,sebelom boleh bawak kereta ke tempat kerja,ye dak..?Hahahah..

Oww..Semalam rase sangat sangat lost dan blurrr...! Kenapa tah. Perasaan berkecamuk. Macam genderang yang mahu perang!![ewahh..lagu pulak dah..] Dengar pulak lagu-lagu nostalgia tuh.Aduhhh...Semua yang terjadi sebelum ni,tahun lepas lepas lepas semua pusing balik dalam otak ni. Penyakit apekah..?? Sindrom neuron-memory-lane kot agaknye. Sampai nak makan pun tak selera. Benci!..



note : tengahari ni hujan.tak boleh nak keluar lunch.selamat duit.sekian.hahahahaha..;p





regards,
kakuna