|PemFolow Kelip-Kelip|

Wednesday, July 27, 2011

hikayat 196 - Wordless + Speechless. T__T




Aku paling takut kene TIPU.

Pastu bila diri rasa tertipu rasa macam nak lari jauh-jauh sebab terkenangkan kebodohan diri.








Cukuplah.
Tak nak cakap banyak-banyak sebab sedih.
T___T





regards,
kakuna


hikayat 195 - Niat Yang Baik, Tak Jadi Baik Pulak..



Yayy...Dapat balik kampung hujung minggu ni makan durian! Yeaaayy.. Eh,bukan bukan... Bukan sebab durian semata-mata. Tapi nak jumpa mak ayah aku. Rindu sangat-sangat dah tak tertangung dek badan. T___T.

Emosi pulak hari ni! Masuk ofis awal hari ni ingat nak gembira, tapi lain pulak jadi. Kenape? "..Yelah, orang kat ofis ni sekali lalu je bila berselisih muka semua macam hape ntah! Macam taik pon ye! Tak paham aku! Lelaki /perempuan, bile bercakap semua nak tegak! Cakap elok-elok tak boleh ke..? Eh, korang tak dapat nafkah batin ke malam tadi..??!!..."

Wuuu.. Baik lah aku pikir pasal nak balik kampung dari pikir pasal korang. Sana nak tuju sini, sini nak tuju sane. Baik aku main tuju selipar lagi beshhh....!

Suasana semakin annoyying!

Camne cara nak mintak hutang kat orang yang berhutang dengan kita nih?? Sape ade cara tulong la bagitau saya...... T___T..



regards,
kakuna


Tuesday, July 26, 2011

hikayat 194 - Mind Your Own Fucking Busniness


karenah orang-orang sekeliling yang suke carik koyak kain kite,sedangkan kain sendiri koyak, tak tampal-tampal apatah lagi nak jahit. Dah la koyak nye kat bontot yang memang tak nampak oleh tuannye sendiri! Fcuk~~


Kecah sial~~




regards,
kakuna_rebel

Thursday, July 14, 2011

hikayat 193 - Terdesak atau Desakan?


Siti Nor Aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup budi pekerti nya. Orangnya lemah lembut, berkeperibadian tinggi, berkerjaya, mempunyai keluarga yang sederhana tetapi hubugan keluarga yang akrab menjadi tonggak kehidupannya setelah pemergian ibu tersayang 5 tahun yang dulu. Aminah bekerja di salah sebuah angensi kerajaan dan berjawatan tetap sebagai seorang Eksekutif. Rutin harian beliau adalah ke pejabat, pulang ke rumah dan menjalankan rutin-rutin seorang gadis 'yang single' seperti biasa.

Beliau sekarang adalah seorang 'lone ranger' yang sedang dalam mencari cinta dan kebahagiaan untuk masa depan beliau. Setelah episod demi episod kejadahan percintaan yang beliau alami, beliau masih lagi mencari, dan akhirnya nanti (tak ketahuan pulak bile) beliau pasti berjumpa jodoh nya itu dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. Itu yang di pegang sebagai pendirian hidup di mana tidak semua orang akan terus bersedih, kerana setiap ujian yang kita hadapi ada hikmah yang tersendiri.

Masa berlalu, hari berganti hari. Aminah masih lagi mencari teman hidup. Kekangan dari pernikahan dan pertunangan kengkawan sepejabat malahan kawan sepermainan di kampung mula menjadi beban dalam pemikiran beliau. "..Sampai bila aku harus begini? Pakwe pun tiada lagi. Yang tinggal hanya sejarah.." Rintih hati kecil beliau. Hiba. Beliau menangis sendirian sebab bersendirian sahaja di rumah. Dan tak mungkin beliau akan mengajak jiran sebelah untuk menangis bersama-sama.

Sejarah. Sejarah Aminah boleh di katakan agak rumit. Tetapi lebih kepada kesian. Sejarah percintaan yang tidak kesampaian seolah sudah menjadi taboo kerana apa yang beliau rasakan beliau sudah pun memberi 'khidmat' yang terbaik. Dengan kata lain, beliau sudah memberi cinta,kasih dan sayang dengan setulusnya kepada pasangan beliau. Namun, ada saja onar yang pasangan beliau lakukan dan semuanya adalah kerana orang ketiga, keempat, kelima,keenam dan kelapan..Begitulah kisah percintaan yang putus di tengah jalan kerna orang yang ketiga.

Setelah bertahun di tinggalkan kekasih zaman remaja (yang bermula dari sekolah ke zaman universiti) oleh kerana orang ketiga, beliau masih berutusan dengan bekas kekasihnya itu. Walaupun hakikatnya, bekas kekasihnya itu telah ’dirembat’ dengan jayanya oleh kawan-baik-rapat-kacik nya sendiri iaitu Nor Shida (bukan nama betol pon). Dasyat! Dan beliau hanya mampu redha kerana dalam diam kawan baiknya sendiri telah tikam di belakang menggunakan pisau cukur cap buaya kerana sanggup merampas kekasih hati yang telah disulam cinta selama hampir 5 tahun itu. Namun, apakan daya. Itu lah namanya jodoh. Dan beliau kini masih mengcontact bekas kekasihnya itu bernama Hafiz (nama samaran) tanpa pengetahuan isteri Hafiz walaupun beliau tahu Hafiz telah pun selamat menjadi suami kepada Shida dan sudah pun memperoleh seorang anak perempuan (tak tahu pulak nama) yang comel.

Namun begitu, selepas Hafiz beliau ada juga mencuba cinta dengan lelaki-lelaki lain seperti Zool (nama glamer), Iwan (bukan nama die!) dan kekasih terakhir beliau (kini telah menjadi bekas juga,sudah kene cerai!) bernama Abdul (nama sebenar!) juga bermain kayu tiga belas! Dan Aminah telah di cerai talak berapa pon tak tahu. Namun, Aminah masih lagi mengcontact bekas nya itu. Jadi sekarang ni beliau masih berkawan dengan bekas-bekas kekasihnya terutama Hafiz yang merupakan cinta pertama tetapi sudah menjadi suami dan ayah dan Abdul yang merupakan cinta terakhir tetapi terkenal dengan gelaran buaya tembaga-bajet-hensem-macam-cibai tuh.

Dan sehinggan kini, Aminah masih belum mempunya kekasih sebenar melainkan bekas-bekas kekasih sahaja. Beliau sangat memerlukan kekasih untuk dijadikan suami kerana memandangkan faktor umur dan atas desakan tengok kengkawan yang sebaya sudah berkahwin malah mempunyai anak. Dan Aminah sangat lah bersedih mengenangkan nasibnya itu kerana, kengkawan sekeliling pun mempunyai teman lelaki/kekasih sedangkan beliau belum mempunyai tanda-tanda untuk bercinta melainkan bekas kekasihnya iaitu Abdul yang masih mengejarnya dan setia mengajak beliau berkahwin di seberang! Namun, Aminah merasakan keluarga adalah lagi penting dari segalanya.

Malah, Aminah juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan teman lelaki. Beliau sangat mahukan teman lelaki seperti kawan-kawan seperjuangan. Namun, cintanya hampa bak lagu To’Ki. Dan beliau tidak akan pernah jemu mencari kerana falsafahnya iaitu ’jodoh harus dicari dan bukan datang bergolek di kaki’. Jadi, sama-sama kita doakan beliau cepat bertemu jodoh! Sekian.

Kesimpulan :

Adakah itu terdesak atau pun desakan? Persoalan ini selalu bermain dalam kepala aku. Dan aku pasti bukan Minah je yang pernah mengalami semua ni, orang-orang kat luar sane pun mesti pernah mengalami jugak.

Terdesak kerana cemburu melihat kebahagian orang lain. Terdesak kerana mahu menjadi seperti orang lain yang mempunyai kekasih/suami. Terdesak kerana mahu menunjukkan kepada kawan-kawan bahawa kita pun boleh ada kekasih/suami – asalkan ade!

Desakan oleh faktor umur yang semakin meningkat tetapi sampai sekarang masih tiada tanda-tanda kekasih/suami apatah lagi anak! Desakan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya ”bila nak kawin..??”. Desakan kesihatan jugak kerana semakin umur meningkat, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi!

Apa yang boleh kita katakan di sini, Jodoh dan pertemuan di tangan Allah s.w.t. Dia yang mengaturkan segalanya. Tiba masa pasti ada. Kita tidak pasti, walaupun kita sudah mempunya kekasih/suami, adakah hidup kita lebih bahagia? Dan apabila sebaliknya, kita akan menjurus kepada mengeluh seperti contoh ”..kan best kalau aku bujang dulu, nak buat ape pon bole. Takde orang larang..” atau pun”..menyesal aku kenal/kahwin dengan jantan ni!!..” . Apabila kita mengeluh, kita tidak bersyukur. Dan di situ, kita tidak boleh merasa nikmat bahagia lagi.

Bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang di depan mata,apa yang ada di dalam tangan kita. Kerana syukur itu sangat indah. J

Sekian, entry hari jumaat.


Regards,

Kakuna

Tuesday, July 12, 2011

hikayat 192 - Mid Year Vacay - Awesomenesss!!

Let all the pictures tell the story inside.... :)






~ The Trip Chronological ~


Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Pulau Redang - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur.





































Our Memory, Our Time.. Will Miss This, Big Time... Hands down...... :)


Terbaekkkk from us!!


Redang Mutiara Beach Resort, we'll meet again,one fine day.... :))





note : Sekarang ni mengalami fasa-fasa pengelupasan dan kerentungan kulit dengan ketara. Totaly sun burn!!



note : Sape tau cara nak menghilangkannya dengan cepat? Sape bagi petua paling power bole hilang dalam masa 3 hari, aku belanje die next trip kat Pulau jugak. Tapi pulau ketam. hahaha........





regards,



kakuna ;)





Friday, July 8, 2011

hikayat 191 - Lelaki Seksi Pada Pandangan Mata Kasar Aku. Auwwww ~~~



..."Auuuu Emmm Geee...Seksi nye jantan tu.... Badan ketol-ketol, ade b*** dada nipis2 sikit.. Pastu katang..Tegap nye... Weeeee.. Meleleh aku tengok...!..."

Tapi rupeny GAY! F***! Hahaahah... Eh, kenapa kalau lelaki yang agak metroseksual ni orang kaitkan dengan GAY? Diorang (metroseksual) ni Seksi kann...?? Aku pun tak paham. Sebab aku pun tak tau macam mana nak bezakan lelaki Gay ni. Seriously, i have no idea how to determine them. Either from which part of his body ke? From their hairdo? Atau pun dari segi fesyen diorang? Tak reti aku. Ade last time aku jumpe this two guys somewhere around Pertama Complex, and one of them wearing rantai yang macam anjing pakai tu. Then, out of sudden kawan aku cakap "...Tu kalau a guy pakai macam tu, he is GAY..". I was like.. Woahhh..?? Really? Err.. Enough of that. Aku tak pandai nak realisasikan lagi topic ni.

Aku ade baca kat Kapten Aton punye blog, entry berkenaan Ciri-Ciri Gadis Itu Seksi Di Mata Beliau. Ahhhh.... Seksi kannn.... Aku dah baca entry tu. And, most of it bukan la seksi dari segi pakaian yang mendedah sangat pon. A big clap to him~ Weeehuuu.... See?? Seksi ade banyak maksud dan banyak segi penilaiannya. Kalau wanita zaman sekarang pakai two piece pun dah nampak macam biasa. Like macam takde ape2 pun... Same je ade bonjol-bonjol tu.

Pada aku, seksi seorang lelaki pada pandangan mata kasar aku (aku la..pempuan lain taktau..) adalah sikit-sikit macam kat bawah ni... :D

1. First Sekali aku suke tengok Lelaki yang sedang memakai towel sahaja. (Oke,this might sounds gatal/miang but this is random!) Seksinye terletak pada pemakaian tuala itu. Mungkin lelaki tu nak pergi mandi ke, nak pergi toilet ke. DAmmmnnnn!!! Tak tau lah. Mungkin salah untuk aku lihat. T__T. Tapi bagi aku, aku suke tengok lelaki berkemban yang bukan paras dada (betul tak istilah ni berkemban? Huu…) tetapi memakai towel dah dililit dari pinggang. Eh, korang paham-paham sendiri la ek…Situasi ni biasa nampak kat tempat2 macam kat swimming pool, pantai, air terjun, sungai ke.. Takkan korang pakai towel pegi mandi kat parit kot wehh.. ?

Tapi jangan la pulak yang pakai towel tu bulu dada die, ya ampunn.. Macam semak samun yang jenis kene gune mesin rumput! Hahaha... Camner ek nak cakap, tapi lelaki tu biarlah biasa-biasa aje. Tak perlu 6/8/12 pax sangat pun takpe tapi stil nampak macho dan sexy dengan hanya memakai tuala. Rase jantung gua pam laju-laju wooo! Ahahahah...

2. Pakai Tshirt with Bermuda/Short. Ok, tadi pakai towel. Takkan aku nak tengok yang telanjang pulak kowt..?! Macam bangkaii..~ Tapi kalau lelaki yang pakai macam ni nampak keseksian die dengan lebih rileks atau pun SELEXS. Definisi SELEXS (sexy + rilex) ni akan datang dengan pakej bile senyum ada lesung pipit seperti yang aku nyatakan di bawah (yang tak obvious sangat pun ada tapi biasanya lelaki ade alur kat tepi mulut atau pipi die seakan lesung pipit, kire ok jugak macam tu..). Owhh Seksii Seksiii Seksiii…


3. Senyum dengan Ada Lesung Pipit. Auwwww... RAse nak je suruh diorang ni senyum selalu. 2 sentimiter kanan, 2 sentimiter kiri. And his dimple rase macam nak cocok-cocok je gune garfu! DAmmnn... I am melting.... ~____~. Luruh jantung aku wehh….Jangan salah paham. Ni bukan nak cerita pasal ciri-ciri Lelaki Pojaan Hatiku tau.. Sebab, ko ngidam macam mane sekalipun kalau dah tertulis kat takdir laki ko macam tu, gitulah ropenye…. Qada’ dan Qadar…Allah s.w.t dah tentukan..

Tapi, jangan pulak bile dah senyummmm sengih, nahh kauu.. Serpihan cili setepekk kat gigi kau. Hahahaha… Spoil mud aku nak tengok senyuman die lagi. Spoillll! Macam tetibe ko tengah tarik napas, Awang Hitam lalu sebelah ko dengan perfume semulajadi beliau yang bole buat kanser idong tuh!! Pitamm….Pitammm…….. Ngaaaa ~~

4. Seksi dengan cara Tidur. Hahh, nah kauuu.. Sampai tido pun bole jadi seksi taw… Miahahahaah.. Cube korang tengok orang yang tengah tido ni, tak kira la lelaki ke perempuan ke, seksi nye terletak cara mereka tido. Tak percaya.. ?? Kelik la kat SINI. Hahahaahahahah…….. Oke, tak lawak pun kannnn. Tu random search je.


Ekceli, gaya tido ni bole lead kepada sihat. So, bila cara tidur dah betul dan sexayyy gitu, then bangun pagi dengan sihat so the whole day bole jadi yakin dengan penampilan diri. That is Sexy really is. CONFIDENT + HEALTHY = SEXY KUASA DUA. Bukan POYO oke. Harap maklom.

Sekian, untuk rangkuman. Tapi ni semua ni by my random view je. Hanya pandanga mata kasar aku dan ianya Tak la terlalu spesifik. Sebab kalau nak menilai orang dengan perkara-perkara macam ni, mampus la.. Tapi kalau dapat seorang bofren/gefren/suami/isteri yang seksi pada mata korang, sedap mata memandang, suam-suam kuku and sederhana tu alhamdulillah. Bersederhana tu lebih baik dari melebih-lebih. Tak sakit mata dan tak sakit hati yang boleh menjurus kepada penendang padu !!

Oh, ya. Entri ni diilhamkan setelah membaca entry Kapten Atok yang cakap ciri-ciri gadis seksi pada mata beliau. Hahahaha. Kepada Boneka Tak Sakit pulak, kalau kamu ade ciri-ciri di atas, aku belanja ko makan nanti. Choki-choki dan roti gardenia, enak di makan begitu sahaja. Simpan saja gambar profile mu di fesbuk untuk tatapan gadis-gadis yang meminati lelaki yang ambil gambar sendiri itu sexayyyy.... Miahaahah…


regards,

kakuna



Thursday, July 7, 2011

hikayat 190 - Perkara Yang Belom Tercapai Dek Akal! Demmmmnn!


Terpikir pulak entry aku yang konon-konon ade wishlist nak buat tu..Cehh..Memang hampeh. Booooo diri sendiri..! Bukan Booooo sebab aku mustahil untuk capai semua tu. Tapi Booo sebab err.. Sebab… Bile lah agaknye aku dapat nak capai semua tuh..? Demmmm..

Kapten Atok (seorang blogger) komen kat ruangan komen tu.. “…Kenape kite ade yang same? Cilake…” Hahahaha… Part yang sama kat list aku tu,aku pun tak tau yang mana sama nye..Tak sempat lagi aku nak tanya die. Lagipun, aku kepingin jugak nak masuk kontes beliau iaituSurat Cinta Untuk Kapten. Tapi rasa macam pencabar yang lain lagi hebatzz dari aku sebab tak silap aku dah 6 atau 7 surat sampai kepada beliau. Dalam selowww ramai rupenye yang berniat berkenen dengan Kapten iaitu nak menghantar surat cinta kepada beliau tetapi bile buat kontes baru orang berani sebab ade ganjaran! Miahahaha…

Berbalik kepada isu hidup aku. Ape yang aku rasa sekarang ni, aku tak jumpe lagi ape yang aku cari, ape yang aku nak, dan ape yang aku nak capai. Semuanya totally out of landasan yang sepatutnya. Menyesal..? Ade la jugak. Walaupun orang cakap menyesal dahulu mendapat, menyesal kendian pun mendapat la jugak. Bala nih.. Bala…..

Orang cakap kalau nak bercinta biarlah kite je yang tau, dan tak payah lah nak heboh-heboh kan kat orang lain macam kau sorang je yang bencinta and ada bofren. Bak kata Boneka Tak Sakit. Aku suke perumpamaan yang beliau buat tu. Tapi ni aku baca sepintas lalu jelah.. Tak pasti betul atau pun tak. Beliau cakap ‘’You kiss and you don’t tell’’. Bole centu..? Oww I looikkee ~~ Miahahahaah….Tapi kalau aku salah, mohon mahap le Abamm Neka. Kikiki…

Eh, entry ini takde kene mengena pun dengan mereka yang tersebut di atas. Kenal dengan mereka pun melalui dunia maya. Tapi bile dah kenal orang yang bukan secara virtual (eh, betol ke ni??) ni pun mendapat jugak. Mendapat ilmu dan pengetahuan yang will end up dengan “..OOooo..yeke…Centu rupenye..” atau pun “…Laaa…boleh plak macam tu. Hahah…”situation.

Enough of that. Me, myself pun sampai sekarang terfikir lagi. Ape yang kamu cari sebenarnye..? Ape yang kamu mahu sebenarye..? Petang semalam, lepas meeting ICC di ofis, aku saje sembang-sembang dengan kakak ofis ni. Sembang kosong. Macam ketuk tin milo kosong tu. Perumpamaan nye adalah ‘sembang lebat’. Haahhaaha.. Beliau bercerita pasal family, anak dan menantu baru. Hal percutian keluarga ke luar Negara, bla blab la…. Hal menguruskan kewangan family, hal pembelajaran anak-anak dan hal hidup sebagai suami isteri, yada yada..Eh..? Ke situ menjurus nye pulak..? Takpe. Ilmu, katanya…. Dan bile aku cakap ngan beliau aku sekarang ni masih blur, tak nampak jalan yang aku nak lalui dan sometime aku tertanya ape yang aku cari dan nak selama ni? Pergi kerja, balik kerja, makan, balik kampung (WAJIB!!) dan pergi kerja balik kerja. Aku tak tau ape yang aku looking forward.

Dan, jawapan die buat aku rasa macam “ Eh, betol ke…?..”. Akak tu cakap “..Hang kene kawin..” . Hahahahah.. Aku dah gelak besar. Aku cakap “..Aku bukan despret nak kawin la … Aku nak kepuasan diri…Tapi aku tak jumpe lagi. Ape sebenarnye..”.

Then, akak tu cakap yang penting sekarang ni Berkat dan Doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab setiap hari kita mesti deal dengan orang, doa orang dan berkat yang Allah bagi tu, kita tak tau? Tapi, hikmah nye kita bole rasa secara tak sengaja atau sengaja. Contoh nye, macam kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang pada masa yang sama orang tu akan cakap ‘’Alhamdulillah.. Murah rezeki kau nak… ‘’. Kita pun akan cakap ‘’…Insyaaallah, mudah mudahan.. Amin…’’. Tapi, dalam masa semingu dua kita mesti dah lupa yang kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang sebab hal tu kecik je tapi dalam tanpa kita sedar.. Yeayyy..Bonuss ! Bonuss !! ataupun dapat duit kutu ke, ataupun jugak duit gaji kita tak lah sesak sampai hujung bulan !

Bila di rangkum kan semua, aku tak dapat lagi nak buat keputusan atau pun kesahihan mengenai ape yang aku cari selama ini. Nanti tunggu dapat seru, baru boleh nak rungkaikan. Hahahaaha.. Macam Harammm~~~


‘’…I am Struggling to get the things that sometime aren’t my capability, Strive to be the best to achieve what I really want I my life. But I won’t give up forever to know that is my journey really is...’’



Mari feeling2 lagu ni...

Tapi sayang..

Hanyalah Impian.. Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman...

Dan Bila Mentari Datang, Pulanglah Segala Kenyataan...

Fara - Bagaikan Puteri


Kesian… Sekian…


Regards,

kakuna

Wednesday, July 6, 2011

hikayat 189 - Kesah Hampir Kene Paw Dengan Abamm Lomm Kawasan!


Oke. Make it short. Semalam lepas balik keje, aku jumpe Ujie MEnci-Menci. Beliau datang kat ofis nak amik gambar holiday and shoot terus kitorang pegi minum. Fine.. Dah bersembang bagai, mencarut merepek meraban semua, mengumpat dan mengata pakej woooo... Kitorang pun blah la.. Dok lame-lame lagi banyak lemak naik nih..

Aku ajak Ujie pegi jenjalan cuci mata kat Jakel. Beliau cakap tanak la.. Sebab duit tade. Aku suruh cuci mata, bukan cuci Wallet... Aku rase bahasa melayu dapat C5 masa SPM. Miahahaha....Cehh..

Sampai kat Blok 55 yakni kawasan kejiranan rumah aku, jam menunjukkan pukul 7 camtu la lebih kurang. Oww awal lagi.. Nampak ramai budak tengah berlari lagi padahal dah nak maghrib. Sedia maklom, kejiranan aku memang ramai Indian. Dah kate umah penhaus....

Mase aku naik tangga tu, ade sorang Indian child ni, di ulangi Indian Child pintas aku. Pakai baju sekolah lengkap dengan kasut tapi tak berstoking. Die dok depan aku then sengih-sengih. Pastu nak naik ke tangga ke tingkat 3, tibe-tibe die stop and said;

"..Akkaa,minta duit akka.. Lapar.." sambil gosok-gosok perot dan buat sign tangan suap ke mulut.

Kejadahan...??! Kecik-kecik pandai mintak duit kat orang nih.. Kepala banaaaaaa die..?? Aku geleng-geleng kepala and cakap "..Takde-takde. you rumah mana duduk..??.." (tibe terkuar pulak slanga centu. hahahaah..). Dengan gaya macam tadi die bagitau Amma tade,pergi kerja. Minta duit akka......Menyirap aku....!! Lain tanye, lain di jawab nye.. Aku pun blah terus naik tangga tingkat 4! Puas hati aku!

Sebab, Fesss sekali setahu aku budak ni duduk kat kejiranan rumah sewa aku je. Second, setahu aku jugak rumah die bawah rumah aku je... Third, lepas tak dapat duit dari aku, aku tengok elok je berlari pergi kat padang main ngan geng-geng beliau yang lain. Eh, tadi cakap hauzzz... Bole lelari pulak..? Ke hempat, wehhhh...budak ni bau die.. Ya Ampunnn..!! Kanser idong aku lahh...!! Sekolah rendah lagi kot..??! Tak mandi ke??! Ke lima, Ko besar nanti nak jadi Abam Lommm Kawasan ke jenis-jenis paw duit ahkak kat kaki tangga nih..? Dan ke Last sekali, Ko siap...! Esok aku jumpe ko mintak lagi kat aku, aku cepukk kepala ko..!

Eh, bole jadi kemarah macam ni tau.. !! Hilang segala mud-mud jiwang aku lah...




regards,
kakuna


Tuesday, July 5, 2011

hikayat 188 - Banyak Perkara Yang Belom Buat Lagi... Macam Nak Buat List je...!! Tapi Nanti At The ENd, Mesti Booooo Diri SEndiri.... T__T


Okeh. Tajuk entry agak panjang.. T__T.. Tengok tu, memang banyak perkara dalam hidup ni tak buat lagi. And yet, aku dah buat orang tak buat pun ade.. Eh..?? Ok, ignore. Tapi sekarang memang rase macam looser jeee bile orang bole buat tapi aku tak buat-buat lagi...!! Grrrrr......

  1. Nak amik lesen kereta. Oke.. NI bertahun berabad dok macam ni je... T__T. Sape cakap aku tak nak amik lesen..? Eh, aku bole drive jugak la sikit-sikit. Dulu penah je alihkan keta Cik Aza, tarik handbrake and ke depan je sikit tanpa tekan paddle minyak sebab kereta beliau auto.. (pathetic kann.... ya,ya I know... T__T). Plus, kereta ayah kat kampung selalu aku tenung je... Gulp~~ En. Sahlan pun dah bising bila nak amik lesen. Die cakap "...Masalah sekarang ni kamu tak tau memandu. Macam Lan memandu sekarang ni..." (situasi dalam kereta). OH well.... I know damn well... Balik kampung selalu kene ejek dengan Kak long and Abang Cik.. KEngkawan...? Miahahahaha... Selalu kene bahan jugak.... Grrrr.... bila nak amik lesen nihh....???? Tolommmmm T__T
  2. Nak pegi obesea for holiday / study abroad... Ok fine.. Dan pernah pegi pulau. Tapi tu consider over the sea ke ek...? Huhhh... So jelessss okehh dengan orang yang bole pergi oversea. TAk kesah la belajar ke, jenjalan ke, urusan rasmi kerajaan ke.. Janji bole pegi negara homputeh tuh. Miaaahhaah... Jakun jakun jakunn!!
  1. Nak diet and jadi kurussssss..!! Oh well ini memang mustahil tapi ... Selalu dengar tak ayat macam ni kat ofis.."..Eh, Ain tak makan ke hari ni..? Diet ekk...??.." Tu perli la ngokk..Menci menci menci... Saya diet ke tak sama je lahh.... Why oh Why.... T__T. Sebab En. Sahlan cakap saya handal kalau bab makan dan makanan dan saya tak bole di pisahkan..Tu la, ape yang die cakap tu ade betol nye.. Macam mane nak diet cenggini kalau asik asik makan kat Wong Solo, Ayam Penyet.. Miahahahaah....
  2. Nak apdet blog sebanyak yang boleh.. Fineee.. Ini kadang tu bukan dalam bidang kemampuan sebab bole update kat ofis je.. Kalau nak apdet kat umah pakai broadband selalu nye take some time. Pastu kat ofis kadang tu ade je keje... Hoho.... Saya ni bukan la pekerja cemerlang tapi saya tak gangu orang. Kikiki......
  3. Ade banyak lagi lahhh.. Tapi yang ni je mampu nak ingat...... Iskk..Iskkk... T___T

Sekian. Nanti dah ingat nak apdet lg. (tengok, nak apdet bile ntah... T__T)`

nota : gamba percutian akan di aplod kendian ye... Eh.. Kekdahnye lame bebenorrr??!! Grrrr...
notasatulagi : Rindu kat En. Sahlan la..... woott wooot~~~~ :p


regards,
kakuna