"...We do have a choices in our life, But we live with the choices we have made..." "...Forgetting is truly hard. But once you did, it'll calm, pleased and soothe you like,for ever..."
|PemFolow Kelip-Kelip|
Thursday, December 22, 2011
hikayat 211 - Pesan Mak.
hikayat 210 - Hell You!!
Friday, December 9, 2011
hikayat 209 - Dah Nak Abis Tahun Dah..!
Thursday, November 10, 2011
hikayat 208 - Istilah Sebenar
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan
Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan
Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu
Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan
Ramli Sarip - Istilah Bercinta
Wednesday, November 2, 2011
hikayat 207 - Its Scarrrrryyyyy~~
Tapi, SEDDDDDIIHHHHH Dowwwhhh aku tengok kau.. Jangan la obvious sangat,macam bangsat!
Note : Picture credit to mynewshub . Its does make sense. pathetic... T__T
regards,
Kakuna
Tuesday, November 1, 2011
hikayat 206 - Yes. Its SUCK to feel that you are ALONE~~
Friday, October 21, 2011
hikayat 205 - Quote!
hikayat 204 - Those Time.. ~ ^___^
Thursday, October 20, 2011
hikayat 203 - Try To Learn A Lesson.
Wednesday, October 19, 2011
hikayat 202 - Semua pun sama je! Puii~
Thursday, October 6, 2011
hikayat 201 - Tiada Motip. Sekian.
- TIP PERKAHWINAN (cewahhh....feeling lebih~~!!)
- 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
- 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
- 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
- 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
- 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
- 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
- 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
- 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%.
- 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
- 11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
- 12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
- 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
- By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
- Note : Tiada motif. Saya saje-saje je. Hahahaah... (feeling2 macam dah nak kawin konon nye..Jeles tauuu ramai kawan-kawan saya yang sudah mendiriakan rumah tangga. Huuu...)
- regards,
- kakuna
Wednesday, October 5, 2011
hikayat 200 - Aku Kusut!
Monday, August 22, 2011
hikayat 199 - Andai Dapat Ku Undur Masa..
Friday, August 12, 2011
hikayat 198 - Mood Datang :)
Thursday, August 11, 2011
hikayat 197 - Eh..??
Wednesday, July 27, 2011
hikayat 196 - Wordless + Speechless. T__T
hikayat 195 - Niat Yang Baik, Tak Jadi Baik Pulak..
Tuesday, July 26, 2011
hikayat 194 - Mind Your Own Fucking Busniness
Thursday, July 14, 2011
hikayat 193 - Terdesak atau Desakan?
Siti Nor Aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup budi pekerti nya. Orangnya lemah lembut, berkeperibadian tinggi, berkerjaya, mempunyai keluarga yang sederhana tetapi hubugan keluarga yang akrab menjadi tonggak kehidupannya setelah pemergian ibu tersayang 5 tahun yang dulu. Aminah bekerja di salah sebuah angensi kerajaan dan berjawatan tetap sebagai seorang Eksekutif. Rutin harian beliau adalah ke pejabat, pulang ke rumah dan menjalankan rutin-rutin seorang gadis 'yang single' seperti biasa.
Beliau sekarang adalah seorang 'lone ranger' yang sedang dalam mencari cinta dan kebahagiaan untuk masa depan beliau. Setelah episod demi episod kejadahan percintaan yang beliau alami, beliau masih lagi mencari, dan akhirnya nanti (tak ketahuan pulak bile) beliau pasti berjumpa jodoh nya itu dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.. Itu yang di pegang sebagai pendirian hidup di mana tidak semua orang akan terus bersedih, kerana setiap ujian yang kita hadapi ada hikmah yang tersendiri.
Masa berlalu, hari berganti hari. Aminah masih lagi mencari teman hidup. Kekangan dari pernikahan dan pertunangan kengkawan sepejabat malahan kawan sepermainan di kampung mula menjadi beban dalam pemikiran beliau. "..Sampai bila aku harus begini? Pakwe pun tiada lagi. Yang tinggal hanya sejarah.." Rintih hati kecil beliau. Hiba. Beliau menangis sendirian sebab bersendirian sahaja di rumah. Dan tak mungkin beliau akan mengajak jiran sebelah untuk menangis bersama-sama.
Sejarah. Sejarah Aminah boleh di katakan agak rumit. Tetapi lebih kepada kesian. Sejarah percintaan yang tidak kesampaian seolah sudah menjadi taboo kerana apa yang beliau rasakan beliau sudah pun memberi 'khidmat' yang terbaik. Dengan kata lain, beliau sudah memberi cinta,kasih dan sayang dengan setulusnya kepada pasangan beliau. Namun, ada saja onar yang pasangan beliau lakukan dan semuanya adalah kerana orang ketiga, keempat, kelima,keenam dan kelapan..Begitulah kisah percintaan yang putus di tengah jalan kerna orang yang ketiga.
Setelah bertahun di tinggalkan kekasih zaman remaja (yang bermula dari sekolah ke zaman universiti) oleh kerana orang ketiga, beliau masih berutusan dengan bekas kekasihnya itu. Walaupun hakikatnya, bekas kekasihnya itu telah ’dirembat’ dengan jayanya oleh kawan-baik-rapat-kacik nya sendiri iaitu Nor Shida (bukan nama betol pon). Dasyat! Dan beliau hanya mampu redha kerana dalam diam kawan baiknya sendiri telah tikam di belakang menggunakan pisau cukur cap buaya kerana sanggup merampas kekasih hati yang telah disulam cinta selama hampir 5 tahun itu. Namun, apakan daya. Itu lah namanya jodoh. Dan beliau kini masih mengcontact bekas kekasihnya itu bernama Hafiz (nama samaran) tanpa pengetahuan isteri Hafiz walaupun beliau tahu Hafiz telah pun selamat menjadi suami kepada Shida dan sudah pun memperoleh seorang anak perempuan (tak tahu pulak nama) yang comel.
Namun begitu, selepas Hafiz beliau ada juga mencuba cinta dengan lelaki-lelaki lain seperti Zool (nama glamer), Iwan (bukan nama die!) dan kekasih terakhir beliau (kini telah menjadi bekas juga,sudah kene cerai!) bernama Abdul (nama sebenar!) juga bermain kayu tiga belas! Dan Aminah telah di cerai talak berapa pon tak tahu. Namun, Aminah masih lagi mengcontact bekas nya itu. Jadi sekarang ni beliau masih berkawan dengan bekas-bekas kekasihnya terutama Hafiz yang merupakan cinta pertama tetapi sudah menjadi suami dan ayah dan Abdul yang merupakan cinta terakhir tetapi terkenal dengan gelaran buaya tembaga-bajet-hensem-macam-cibai tuh.
Dan sehinggan kini, Aminah masih belum mempunya kekasih sebenar melainkan bekas-bekas kekasih sahaja. Beliau sangat memerlukan kekasih untuk dijadikan suami kerana memandangkan faktor umur dan atas desakan tengok kengkawan yang sebaya sudah berkahwin malah mempunyai anak. Dan Aminah sangat lah bersedih mengenangkan nasibnya itu kerana, kengkawan sekeliling pun mempunyai teman lelaki/kekasih sedangkan beliau belum mempunyai tanda-tanda untuk bercinta melainkan bekas kekasihnya iaitu Abdul yang masih mengejarnya dan setia mengajak beliau berkahwin di seberang! Namun, Aminah merasakan keluarga adalah lagi penting dari segalanya.
Malah, Aminah juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan teman lelaki. Beliau sangat mahukan teman lelaki seperti kawan-kawan seperjuangan. Namun, cintanya hampa bak lagu To’Ki. Dan beliau tidak akan pernah jemu mencari kerana falsafahnya iaitu ’jodoh harus dicari dan bukan datang bergolek di kaki’. Jadi, sama-sama kita doakan beliau cepat bertemu jodoh! Sekian.
Adakah itu terdesak atau pun desakan? Persoalan ini selalu bermain dalam kepala aku. Dan aku pasti bukan Minah je yang pernah mengalami semua ni, orang-orang kat luar sane pun mesti pernah mengalami jugak.
Terdesak kerana cemburu melihat kebahagian orang lain. Terdesak kerana mahu menjadi seperti orang lain yang mempunyai kekasih/suami. Terdesak kerana mahu menunjukkan kepada kawan-kawan bahawa kita pun boleh ada kekasih/suami – asalkan ade!
Desakan oleh faktor umur yang semakin meningkat tetapi sampai sekarang masih tiada tanda-tanda kekasih/suami apatah lagi anak! Desakan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya ”bila nak kawin..??”. Desakan kesihatan jugak kerana semakin umur meningkat, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak adalah tinggi!
Apa yang boleh kita katakan di sini, Jodoh dan pertemuan di tangan Allah s.w.t. Dia yang mengaturkan segalanya. Tiba masa pasti ada. Kita tidak pasti, walaupun kita sudah mempunya kekasih/suami, adakah hidup kita lebih bahagia? Dan apabila sebaliknya, kita akan menjurus kepada mengeluh seperti contoh ”..kan best kalau aku bujang dulu, nak buat ape pon bole. Takde orang larang..” atau pun”..menyesal aku kenal/kahwin dengan jantan ni!!..” . Apabila kita mengeluh, kita tidak bersyukur. Dan di situ, kita tidak boleh merasa nikmat bahagia lagi.
Bersyukurlah. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang di depan mata,apa yang ada di dalam tangan kita. Kerana syukur itu sangat indah. J
Sekian, entry hari jumaat.
Regards,
Kakuna
Tuesday, July 12, 2011
hikayat 192 - Mid Year Vacay - Awesomenesss!!
Redang Mutiara Beach Resort, we'll meet again,one fine day.... :))
note : Sekarang ni mengalami fasa-fasa pengelupasan dan kerentungan kulit dengan ketara. Totaly sun burn!!
note : Sape tau cara nak menghilangkannya dengan cepat? Sape bagi petua paling power bole hilang dalam masa 3 hari, aku belanje die next trip kat Pulau jugak. Tapi pulau ketam. hahaha........
regards,
kakuna ;)
Friday, July 8, 2011
hikayat 191 - Lelaki Seksi Pada Pandangan Mata Kasar Aku. Auwwww ~~~
1. First Sekali aku suke tengok Lelaki yang sedang memakai towel sahaja. (Oke,this might sounds gatal/miang but this is random!) Seksinye terletak pada pemakaian tuala itu. Mungkin lelaki tu nak pergi mandi ke, nak pergi toilet ke. DAmmmnnnn!!! Tak tau lah. Mungkin salah untuk aku lihat. T__T. Tapi bagi aku, aku suke tengok lelaki berkemban yang bukan paras dada (betul tak istilah ni berkemban? Huu…) tetapi memakai towel dah dililit dari pinggang. Eh, korang paham-paham sendiri la ek…Situasi ni biasa nampak kat tempat2 macam kat swimming pool, pantai, air terjun, sungai ke.. Takkan korang pakai towel pegi mandi kat parit kot wehh.. ?
Tapi jangan la pulak yang pakai towel tu bulu dada die, ya ampunn.. Macam semak samun yang jenis kene gune mesin rumput! Hahaha... Camner ek nak cakap, tapi lelaki tu biarlah biasa-biasa aje. Tak perlu 6/8/12 pax sangat pun takpe tapi stil nampak macho dan sexy dengan hanya memakai tuala. Rase jantung gua pam laju-laju wooo! Ahahahah...
2. Pakai Tshirt with Bermuda/Short. Ok, tadi pakai towel. Takkan aku nak tengok yang telanjang pulak kowt..?! Macam bangkaii..~ Tapi kalau lelaki yang pakai macam ni nampak keseksian die dengan lebih rileks atau pun SELEXS. Definisi SELEXS (sexy + rilex) ni akan datang dengan pakej bile senyum ada lesung pipit seperti yang aku nyatakan di bawah (yang tak obvious sangat pun ada tapi biasanya lelaki ade alur kat tepi mulut atau pipi die seakan lesung pipit, kire ok jugak macam tu..). Owhh Seksii Seksiii Seksiii…
3. Senyum dengan Ada Lesung Pipit. Auwwww... RAse nak je suruh diorang ni senyum selalu. 2 sentimiter kanan, 2 sentimiter kiri. And his dimple rase macam nak cocok-cocok je gune garfu! DAmmnn... I am melting.... ~____~. Luruh jantung aku wehh….Jangan salah paham. Ni bukan nak cerita pasal ciri-ciri Lelaki Pojaan Hatiku tau.. Sebab, ko ngidam macam mane sekalipun kalau dah tertulis kat takdir laki ko macam tu, gitulah ropenye…. Qada’ dan Qadar…Allah s.w.t dah tentukan..
Tapi, jangan pulak bile dah senyummmm sengih, nahh kauu.. Serpihan cili setepekk kat gigi kau. Hahahaha… Spoil mud aku nak tengok senyuman die lagi. Spoillll! Macam tetibe ko tengah tarik napas, Awang Hitam lalu sebelah ko dengan perfume semulajadi beliau yang bole buat kanser idong tuh!! Pitamm….Pitammm…….. Ngaaaa ~~
4. Seksi dengan cara Tidur. Hahh, nah kauuu.. Sampai tido pun bole jadi seksi taw… Miahahahaah.. Cube korang tengok orang yang tengah tido ni, tak kira la lelaki ke perempuan ke, seksi nye terletak cara mereka tido. Tak percaya.. ?? Kelik la kat SINI. Hahahaahahahah…….. Oke, tak lawak pun kannnn. Tu random search je.
Ekceli,
Sekian, untuk rangkuman. Tapi ni semua ni by my random view je. Hanya pandanga mata kasar aku dan ianya Tak la terlalu spesifik. Sebab kalau nak menilai orang dengan perkara-perkara macam ni, mampus la.. Tapi kalau dapat seorang bofren/gefren/suami/isteri yang seksi pada mata korang, sedap mata memandang, suam-suam kuku and sederhana tu alhamdulillah. Bersederhana tu lebih baik dari melebih-lebih. Tak sakit mata dan tak sakit hati yang boleh menjurus kepada penendang padu !!
Oh, ya. Entri ni diilhamkan setelah membaca entry Kapten Atok yang cakap ciri-ciri gadis seksi pada mata beliau. Hahahaha. Kepada Boneka Tak Sakit pulak, kalau kamu ade ciri-ciri di atas, aku belanja ko makan nanti. Choki-choki dan roti gardenia, enak di makan begitu sahaja. Simpan saja gambar profile mu di fesbuk untuk tatapan gadis-gadis yang meminati lelaki yang ambil gambar sendiri itu sexayyyy.... Miahaahah…
Thursday, July 7, 2011
hikayat 190 - Perkara Yang Belom Tercapai Dek Akal! Demmmmnn!
Terpikir pulak entry aku yang konon-konon ade wishlist nak buat tu..Cehh..Memang hampeh. Booooo diri sendiri..! Bukan Booooo sebab aku mustahil untuk capai semua tu. Tapi Booo sebab err.. Sebab… Bile lah agaknye aku dapat nak capai semua tuh..? Demmmm..
Kapten Atok (seorang blogger) komen kat ruangan komen tu.. “…Kenape kite ade yang same? Cilake…” Hahahaha… Part yang sama kat list aku tu,aku pun tak tau yang mana sama nye..Tak sempat lagi aku nak tanya die. Lagipun, aku kepingin jugak nak masuk kontes beliau iaituSurat Cinta Untuk Kapten. Tapi rasa macam pencabar yang lain lagi hebatzz dari aku sebab tak silap aku dah 6 atau 7
Berbalik kepada isu hidup aku. Ape yang aku rasa sekarang ni, aku tak jumpe lagi ape yang aku cari, ape yang aku nak, dan ape yang aku nak capai. Semuanya totally out of landasan yang sepatutnya. Menyesal..? Ade la jugak. Walaupun orang cakap menyesal dahulu mendapat, menyesal kendian pun mendapat la jugak. Bala nih.. Bala…..
Orang cakap kalau nak bercinta biarlah kite je yang tau, dan tak payah lah nak heboh-heboh kan kat orang lain macam kau sorang je yang bencinta and ada bofren. Bak kata Boneka Tak Sakit. Aku suke perumpamaan yang beliau buat tu. Tapi ni aku baca sepintas lalu jelah.. Tak pasti betul atau pun tak. Beliau cakap ‘’You kiss and you don’t tell’’. Bole centu..? Oww I looikkee ~~ Miahahahaah….Tapi kalau aku salah, mohon mahap le Abamm Neka. Kikiki…
Eh, entry ini takde kene mengena pun dengan mereka yang tersebut di atas. Kenal dengan mereka pun melalui dunia maya. Tapi bile dah kenal orang yang bukan secara virtual (eh, betol ke ni??) ni pun mendapat jugak. Mendapat ilmu dan pengetahuan yang will end up dengan “..OOooo..yeke…Centu rupenye..” atau pun “…Laaa…boleh plak macam tu. Hahah…”situation.
Enough of that. Me, myself pun sampai sekarang terfikir lagi. Ape yang kamu cari sebenarnye..? Ape yang kamu mahu sebenarye..? Petang semalam, lepas meeting ICC di ofis, aku saje sembang-sembang dengan kakak ofis ni. Sembang kosong. Macam ketuk tin milo kosong tu. Perumpamaan nye adalah ‘sembang lebat’. Haahhaaha.. Beliau bercerita pasal family, anak dan menantu baru. Hal percutian keluarga ke luar Negara, bla blab la…. Hal menguruskan kewangan family, hal pembelajaran anak-anak dan hal hidup sebagai suami isteri, yada yada..Eh..? Ke situ menjurus nye pulak..? Takpe. Ilmu, katanya…. Dan bile aku cakap ngan beliau aku sekarang ni masih blur, tak nampak jalan yang aku nak lalui dan sometime aku tertanya ape yang aku cari dan nak selama ni? Pergi kerja, balik kerja, makan, balik kampung (WAJIB!!) dan pergi kerja balik kerja. Aku tak tau ape yang aku looking forward.
Dan, jawapan die buat aku rasa macam “ Eh, betol ke…?..”. Akak tu cakap “..Hang kene kawin..” . Hahahahah.. Aku dah gelak besar. Aku cakap “..Aku bukan despret nak kawin la … Aku nak kepuasan diri…Tapi aku tak jumpe lagi. Ape sebenarnye..”.
Then, akak tu cakap yang penting sekarang ni Berkat dan Doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab setiap hari kita mesti deal dengan orang, doa orang dan berkat yang Allah bagi tu, kita tak tau? Tapi, hikmah nye kita bole rasa secara tak sengaja atau sengaja. Contoh nye, macam kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang pada masa yang sama orang tu akan cakap ‘’Alhamdulillah.. Murah rezeki kau nak… ‘’. Kita pun akan cakap ‘’…Insyaaallah, mudah mudahan.. Amin…’’. Tapi, dalam masa semingu dua kita mesti dah lupa yang kita memberi barang/duit/sedekah duit kat orang sebab hal tu kecik je tapi dalam tanpa kita sedar.. Yeayyy..Bonuss ! Bonuss !! ataupun dapat duit kutu ke, ataupun jugak duit gaji kita tak lah sesak sampai hujung bulan !
Bila di rangkum kan semua, aku tak dapat lagi nak buat keputusan atau pun kesahihan mengenai ape yang aku cari selama ini. Nanti tunggu dapat seru, baru boleh nak rungkaikan. Hahahaaha.. Macam Harammm~~~
‘’…I am Struggling to get the things that sometime aren’t my capability, Strive to be the best to achieve what I really want I my life. But I won’t give up forever to know that is my journey really is...’’
Mari feeling2 lagu ni...
Tapi sayang..
Hanyalah Impian.. Bulan Tak Bisa Tumbuh Di
Dan Bila Mentari Datang, Pulanglah Segala Kenyataan...
Fara - Bagaikan Puteri
Kesian… Sekian…
Regards,
kakuna
Wednesday, July 6, 2011
hikayat 189 - Kesah Hampir Kene Paw Dengan Abamm Lomm Kawasan!
Tuesday, July 5, 2011
hikayat 188 - Banyak Perkara Yang Belom Buat Lagi... Macam Nak Buat List je...!! Tapi Nanti At The ENd, Mesti Booooo Diri SEndiri.... T__T
- Nak amik lesen kereta. Oke.. NI bertahun berabad dok macam ni je... T__T. Sape cakap aku tak nak amik lesen..? Eh, aku bole drive jugak la sikit-sikit. Dulu penah je alihkan keta Cik Aza, tarik handbrake and ke depan je sikit tanpa tekan paddle minyak sebab kereta beliau auto.. (pathetic kann.... ya,ya I know... T__T). Plus, kereta ayah kat kampung selalu aku tenung je... Gulp~~ En. Sahlan pun dah bising bila nak amik lesen. Die cakap "...Masalah sekarang ni kamu tak tau memandu. Macam Lan memandu sekarang ni..." (situasi dalam kereta). OH well.... I know damn well... Balik kampung selalu kene ejek dengan Kak long and Abang Cik.. KEngkawan...? Miahahahaha... Selalu kene bahan jugak.... Grrrr.... bila nak amik lesen nihh....???? Tolommmmm T__T
- Nak pegi obesea for holiday / study abroad... Ok fine.. Dan pernah pegi pulau. Tapi tu consider over the sea ke ek...? Huhhh... So jelessss okehh dengan orang yang bole pergi oversea. TAk kesah la belajar ke, jenjalan ke, urusan rasmi kerajaan ke.. Janji bole pegi negara homputeh tuh. Miaaahhaah... Jakun jakun jakunn!!
- Nak diet and jadi kurussssss..!! Oh well ini memang mustahil tapi ... Selalu dengar tak ayat macam ni kat ofis.."..Eh, Ain tak makan ke hari ni..? Diet ekk...??.." Tu perli la ngokk..Menci menci menci... Saya diet ke tak sama je lahh.... Why oh Why.... T__T. Sebab En. Sahlan cakap saya handal kalau bab makan dan makanan dan saya tak bole di pisahkan..Tu la, ape yang die cakap tu ade betol nye.. Macam mane nak diet cenggini kalau asik asik makan kat Wong Solo, Ayam Penyet.. Miahahahaah....
- Nak apdet blog sebanyak yang boleh.. Fineee.. Ini kadang tu bukan dalam bidang kemampuan sebab bole update kat ofis je.. Kalau nak apdet kat umah pakai broadband selalu nye take some time. Pastu kat ofis kadang tu ade je keje... Hoho.... Saya ni bukan la pekerja cemerlang tapi saya tak gangu orang. Kikiki......
- Ade banyak lagi lahhh.. Tapi yang ni je mampu nak ingat...... Iskk..Iskkk... T___T