|PemFolow Kelip-Kelip|

Friday, October 30, 2009

hikayat 57 - Aku Mahu Pulang...!


Dah tak sabar mau pulang ke kampung ini malam.. Dah 3 minggu berturutturut tak pulang. Hehehee..... Doakan semuga selamat sampai. Dan kali ini, mungkin sampai awal kut. Sebab highway Kuala Pilah - Seremban melalui Bukit Putus a.k.a Ulu Bendul sudah di buka. Jadi, aku bisa tidur sepuasnya..

Cuma tunggu bas berhenti untuk aku beli burung puyuh goreng saja...

Enak..! Dah lama tak makan..! Aku mau mengorat tokey kedai supaya die buleh sedekah je burung puyuh goreng tu,dan air mata kucing keluaran bumiputera yang lazat dan manis tu!

Aku bercakap pasal pulang ke kampung ke atau makanan..?? Oww, patot la.. Sebab makanan dan aku tak buleh di pisahkan...Jangan sesekali..!! Ngeee....:p

** Owwh,sebentar nanti ade jamuan sambutan hari lahir staff di department aku. Makan lagi.. ! Tadi baru ke lepas bedal ayam goreng McD dengan Cik 301.. Harapharap berat bas tak terjejas dengan kehadiran aku..!








Cik Kuna Kunang : Hari ini, hormon idea dalam otak macam dah nak menopos.. Demmit!!

Thursday, October 29, 2009

hikayat 56 - Perasaan Yang BerbungaBunga..??



Haah..Perasaan aku berbungabunga...Geligeli je dalam hati ni...Rasa macam di awangan. Rasa macam melayang di tiup angin. Terasa macam nak menyanyi lagu Anita Sarawak dengan Sudirman tu..





Bercanda di Pasiran pantai...
Kita Bersama Memadu Asma-hara...
Kita Berdua...
Bercanda di......................








Tapi tu semalam. Hari ni dengan keadaan yang bizi, aku pulak lupe nak buat call untuk bos ke Perak, kan dah kene tegur.. :((......UUwaaaaaaaaaaaaaa.......HUhuhuh..

Cik Kuna Kunang : Sape cakap semua orang tetiap hari hepy..? Kasi tau sama aku, aku mau belanja coki coki..Hehehehe...

hikayat 55 - I Am Who I Am..!



Semalam aku telah menukar status aku di fesbuk dari "COMPLICATED" kepada "SINGLE". Its been a long time lagipun. Even, mase aku ade bf pun,aku tak letak status aku "IN RELATIONSHIP". Aku lebih senang begitu.

Tapi, semalam.. Sejurus status di tukar satu komen telah kelihatan, dari seorang yang memang aku kenali. Sangat kenal..!! Beliau meng komen,.,.

"..Sure..?.. Huhuhuhu.."

Dan aku membalas..

"..Definitely sure.. Ehee..."

Beliau membalas semula..

"..Kenape dah elok complicated tukar single pulak..? Huhuhuh..."

I was like, owhcay.. What is wrong with that?? Its just a status though. Suke hati aku la nak buat status ape, single ke, married ke, widdow ke.. It has nothing to do with him i think.. I mean, im just being honest, and thas is my status now. And perkara ni pun, aku rase macam tak serius pun. Then aku menjawab semula..

"..Ahaha..Because i just found my life back, accept the reality coming..."

Saje je cakap macam biasa, macam tak ambik serius pun. But thennnnnnnnn..... Beliau komen lagi.. This time, i think im gonna take it serious..!

"...Hehehe.. Jual mahal sangat kot. Ke LAKI ORANG YANG AWAK MINAT NI..? Huhuhuh..."

WHAT..??? OMG ! Aku tak percaya die buleh cakap macam tu. It was touche, and seems like i am damn desperate to get a bf..?? Damn!! Aku memalas dengan berhemah..

".. Uii,, statement tak leh blah.. Im not that desperate la my darl A****...Ahakss..."

Dan terus beliau tak balas dah. Demmit! I dont believe that he could said that to me.. Aku kenal die memang dah lama, and we all pernah juga berkongsi rasa ..Tapi suatu masa dulu, sekarang masing-masing buat haluan sendiri. And now, we all just being friends.

But, aku tak boleh terima ape yang die cakap kat aku tu. Aku terasa bukan sebab ape yang die cakap tu memang betul, tapi seolaholah menghina aku.. And im a desperate person who looking for a love or bf or that thingy... Oww Demmit..!






Cik Kuna Kunang : I am who i am.. Nobody would understand, and no one could..!

Wednesday, October 28, 2009

hikayat 54 - Kisah Si Timah ii..

Hari itu, angin sepoisepoi bahasa tiup.. Jam menunjukkan 8.45 malam. Aku baru balik keje. Saje balik lambat, padahal tak leh claim OT pun. Saje je, dari balik awal,aku tak buat apeape, baik aku duk kat ofis, berkawan dengan merekamereka yang memang sedia ada di situ, dan..Ahhhh..Ape aku merapu ni.. cisdel!!

"Assalamualaikum.." Salam di beri. Aku tau, Timah musti dalam bilik beliau, di temani lappy dan berukband kuasa P1 yang iklan nya "..Sudah potong ka..?..". Gila! Skang ni sana sini orang kat ofis aku pun mengulangi tagline tersebut. Adoyaii...

Berbalik kepada kisah Si Timah ni. Aku melangkah longlai menuju ke bilik aku. Lelah mendaki tangga 4 tingkat rumah ku belum hilang!! Nape la diorang tak buat eskeleter.. Longgar lutut!! Aku berlalu ke bilik Si Timah. Beliau kelihatan sedang kusyuk memerhati skrin lappy beliau. Ntah ape yang di tengok tak tau la.. "..Kushuk nye...!!" Sergah aku. Beliau hanya menoleh.

"..Lambat nye balik hari ni..Ain pegi mane..?.." Tanya beliau. Pertanyaan tersebut memang biasa ku dengari, beliau memang seorang yang concern.

"..Saje je.. Pegi makan dulu tadi, dengan abang kat ofis tu. Pastu baru balik umah.." Jawabku jujur.. Walahweiiii...!! Ahahahah..

"..Ain, jangan main dengan api..! Kang membakar diri.." Ucap beliau.

"...Ahahahhahaah... Rilex la Tim, no heart feeling la..Hehehe..Eh,buat ape ni..? Ain nak cek facebook jap buleh..?.." Kataku ketika melihat beliau mula mencari pen dan buku untuk melukis sesuatu. Beliau budak design, design ape aku pun tak reti nak cerita. Haih..~ ~..

"..Guna la.." Balas beliau.

"..Oke.." Balasku. Lantas,aku membuka laman sesawang fesbuk. Tapi, mata aku memerhatikan beliau.

Beliau menyanyi nyanyi kecil, buku tersebut dan di letakkan di dada beliau, sambil mata melihat ke siling.. Yang aku dengar.."..Oh Pujangga...".. Dah sah dah.. Heheh..

"..Kalau sanggup nak tahan perasaan itu, tunggu la sampai habis belajar, kalau tak sanggup nak tahan tapi sanggup nak terima rejection bagitau la hal sebenar.." Kataku tanpa menjeling kepada beliau.

Selepas itu, baru lah kami samasama mumbling each other...Dan lagu ini ku selalu nyanyikan kepada beliau..

"..Mabuk lagiiiiiiiiiiii...."
[lagu indon rase nye ni, dalam cerita senario dulu tu..huhuhuh....]








Cik Kuna Kunang : Setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya... Kan kawan kawan..eheee...:p

hikayat 53 - Special Entry..!!



Phewwwiiitttt...........................!!!! Pritttt...!!! Pritttt.....!!!




Oke, entry ini di tujukan SANGAT KHAS kepada best fwen and best blogger in this galaxy.... KHAS nya adalah kerana ada blogger yang sedang MENIKMATI ALAM PENGAJIAN & PEMBELAJARAN, jadi seperti yang kamu kamu sedia maklum, sekarang ni MUSIM FINAL EXAM.



Oleh yang demikian, saya Cik Kakuna ingin mengambil kesempatan [bukan untuk meraba @ mencabul oke! nakal! ] untuk mengucapkan...



SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN ANDA ANDA,DAN KAMU KAMU BLOGGER SEKALIAN....!!!

[Cik 301, OrangLidi, Dzul Hafixi, Tuntung [mungkin] dan semua yang sedang atau tengah atau mungkin atau jugak akan mengambil peperiksaan]


A BEST GOOD LUCK TO YOU ALL AND HAVE A PLEASURE EXAM..!
[walalupun mereka akan menghadapai peperiksaan, tapi blog tetap di apdet..tegar beb...tegarrr...!!!]

[Buat Betubetul Woii...! Hehehehehe....]







ERr,.,.Macam makcik pulak yang nak amik exam..Ahahahhhaa......Spill~!!













Cik Kuna Kunang : sEDang BorRIng Nih...................la la la la.....

hikayat 52 - Jangan Mempermaikan Perasaan Ku..! Ku Jua Wanita...


"..Tett..Tettt...."

Mesej dari henpon tak berapa nak canggih ku berbunyi. Jarang benar ade orang yang nak mesej pagipagi ni, kecuali mesej dari malam tadi yang tak sempat aku baca,dah terlelap di buai mimpi. Biase,En. Malik la jadi mangsa, miss call pun 2 3..Ahahahah..

"..Hoi Perempuan S***! Ko jangan cuba ye nak kacau laki aku..Ko ingat ko tu cantik sangat..?? Memang betina tak sedar diri! Macam H*****!!.."

Aku tersentap!! Siyal! Sape pulak ni?? Mesej aku pagipagi buta gaya cenggini..?? Bawak malapetaka ape nih? Setann...!! Aku membalas..

"..Ko pehal? Salam tak bagi, maki hamun pagipagi buta plak tu..Jadah ape nih Setannn..?? "

Aku malas nak ambik port. Tak kuasa la aku. Dah la aku bangun lambat pagi ni. Pukul7.15 dah ni. Baju tak gosok lagi, nak pikir pakai baju ape pegi keje pun dah makan masa. Adoyaiii.....

Aku melangkah longlai, menuju ke lemari baju berwarna copper brown itu sambil menggonyoh mata yang di selaputi kuihkuih tradisional. Pintu slide lemari di buka.

"..Hmm,malas la nak pakai baju kurung. Tak sempat dah nak gosok nih! Cisdel! Pakai slack je la.." Sambil memikirkan baju untuk di pakai, kepala aku masih teringatkan mesej sebentar tadi. Kepala aku berputar,mengesyaki sesuatu. "..Kalau betol la si Cikaro tu yang mesej,memang siap la die .." Aku bermonolog dalam hati je. Tibatiba "..Tiitt titt...". Bunyi mesej.. Musti nombor yang tak di kenali tadi. ..?? Aku nak siapsiap pegi keja ni, kacau betol la..

Henpon di tepi bantal ku ambil rakus! Mesej di buka.

"..Ko jangan ingat ko boleh lepas dari aku! Ey perempuan S***,ko dengar sini eh, aku dengan dia dah berkahwin.. Jangan nak cuba ganggu rumahtangga kami, kalau ko di tempat aku ko akan tau! Dasar perempuan murah,tak guna..!!.."

Woooo..wooo... Sial! Sape ni, mesej aku pagipagi maki hamun ni..?? Perangai macam anjing je,menyalak nyalak tak tentu hala.. Siap cakap aku macammacam. Wadefuk??! INi tak boleh jadi ni..!

Butang option ku tekan, dan nombor tersebut memang tiada di dalam list contact aku. Butang hijau untuk membuat panggilan ku tekan.

Calling 019*******............................

Tak angkat.Hai,takot pulak ke? Aku cukup pantang betol la. Dah la nombor tah sapesape, mesej aku pagipagi macam tak cukup space,maki hamun macam haram! Pehal minah ni??

Butang hijau ku tekan lagi,membuat panggilan kali ke 2. Baru aku nak menjerit maki hamun beliau dalam telefon tu, pintu bilik aku di ketuk...







"..Ain,bangun bangun.. Dah pukul berapa ni.." Tim a.k.a housemate aku mengejutkan aku.

"..Hah..?? Pukul berapa ni..?.." Mata aku terbuka luas. Aku merabaraba henpon di tepi bantal yang penuh dengan peta itu.. "..6.50..?? Siutttt..!! Baju tak iron lagi ni..!."

Aku bingkas bangun, ku lihat Tim sedang menggosok baju di ruang tamu. Die sengih.. Aku pun sengih.

"..Malas ar nak pegi keje Tim..Huhuhuh..." Aku berlalu ke bilik dan mengambil baju di dalam lemari untuk di gosok... "..Hai,lambat lagi la arini jawabnye.. Nasib baik bos MC..."








Bercanda di pasiran pantai..
Kita bersama memadu asmara....
Kita berdua......
La La La La...................
[Anita Sarawak & Sudirman]







Cik Kuna Kunang : Siyes!! Aku tak suke mimpi itu..!!! Macam real pulak..! Cis, kene repot kat Cik Oyah ni..Ahhhh.....

Tuesday, October 27, 2009

hikayat 51 - Freinds Club Event


NOTE : ENTRY INI AGAK PANJANG DAN BERKISARKAN GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN. BULEH JUGA KALAU KAMU MAHU MENENGOK GAMBAR SAHAJA TANPA MEMBACA PENGISIAN.

LOKASI : First World Hotel, Genting Highlands

1. Hari pertama,dinner.. Semua peserta di kehendaki memakain pakaian formal / evening dress. Di sebabkan aku tak berkesempatan nak membeli @ menyewa evening dress, lalu aku pun berpakaian formal. Lagak macam lawyer pulak.. Tapi, loyer buruk la.. Ahahah....


2. Dinner diteruskan dan aku sangatlah letih. Jadi tiada gambar, maklum la..Kualiti kamera membataskan segalanya. Ahahaha...

3. Aktiviti hari ke dua,ahad adalah di theme park. Jadi, tema adalah seluar putih dan blazer horen [di sediakan oleh organizer]. Lepas breakfast, terus ke theme park. All sponsored by organizer. We all just mengenjoykan diri je... Ahahahha..


[sebelom masuk theme park dan mengenjoykan diri, musti posing dulu. wajib tau ini part...! ehee...]

[hampir2 dapat membawa pulang Mr. Big Brown Bear ini, namun itik yang aku pancing tak mengena.. Cisss...!!!]

[Owwh,Mr. Whitey Bear pun hampir2 jugak..Beliau pun tak nak turun dari Genting tu.. Ntah pape ntah...]


[sebelom mencuba segala natang permainan yang bisa meluruhkan jantung aku..! Thumbs up kunun..!! Ahahaha...]




[Din, Kuna and Man... Dedua ni pun hantu jugak..!! Yang sungguhsungguh suruh aku naik roler coster itu..!!]






4. Oke..Percubaan pertama adalah menaiki roler coster... Yeee,,tengok muka saya ye kawankawan, kunun excited. Sampai je tengah jalan, aku nak surender.. Tapi Jai, Din, Osman, Bai semua tak bagi..!! Giler! Aku kena tarik dengan diorang.. Jadi, oleh sebab itu muka selepas menaiki roler coster tidak dapat di post. Di sebabkan menjaga keharmonian dan kemaluan tuan punye belog!! Cam Setannn weih...!!

5. Aku sangat hairan, sebab mereka buleh lagi tersenyum, tersengih, dan membuat macammacam gaya seperti peace, thumbs up dan sebagainya ketika berada di atas roler coster tersebut [gambar menunjukkan mereka macam rilex jee...!!] sedangkan aku hanya mampu tutup mata dan.. Waaaahhhhhhhaaaaa.....!! Menjerit..!!

6. Dah penat mengecutkan perut, dinner malam ini pulak dengan tema Costume Party. Walahwehhhh....Kamukamu musti teruja dengan penampilan2 peserta..! Costume ape yangkamu nak?? Semua ada.. TETAPI, costume mestilah NO YELLOW AT ALL.. Kenapa?? Sebab hanya orang vip sahaja pakai warne kuning.. Oke, List seperti di bawah :

~ Coustume Baik a.k.a Angel.. Ramai yang pakai costume ni.

~ Costume Jahat a.k.a Devil, Darth Vader, Hellboy, dan semua yang jahatjahat sahaja.

~ Costume Kartun/Fantasy.. Ramai jugak pakai, Flinstone, Cinderella, Snow White..

~ Costume Hantu... Segala jenis hantu keluar malam ni. Ahahaha..Aku pun terkejut, ade sorang brader ni pakai kain telekung pastu pakai mask tengkorak. Ade jugak hantu pocong beb...!! Seram siot..~~!!

~ Costume World.. Perempuan berpakaian penaripenari arab dan lelaki jadi pak arab..Kimono dan Samurai, Costume Korean, dan semua macam lagi lah!


7. Dahla.. Malas pulak aku nak nyatakan costume2 yang ada malam tu.. Tengok gambar di bawah... Ngeee..


[Our Group.. Terdiri daripada Hitler, The Masquerada, Lil' Angel, Wicked Witch, The Mask dan Hantuhantu di belakang tu.. Hehehe..]


[Hantuhantu di atas sangatlah sporting dalam bergambar! Hantu Millenium mereka cakap..]

[Owww,tengok!! Awek Korean..! Ahahahaaha...*wink*wink*...hehehe...]


[ni hantu ke ape ek..?? aku pun tak tau... Tapi mereka sangat oke...!!]



[weeeewittt....!!!! Miss Korean with Lil' Angel.. ]




[With the Mask..]




sEkian.... Itu saje la dapat ku kongsikan.. Overall, memang sangat bestt..! BAbai..........................






Cik Kuna Kunang : Thanks to Cu Anne's Sista,for the costume rental.. And Nardia, for the handbag borrowed.. And to all group member for the support..!! Next year punye event, kasi gempakkkkkkkkkkk lagi la...Ahahahaha...

Monday, October 26, 2009

hikayat 50 - Hari TerBIZI...


Woi..Woi...Baru dapat apdet woii..Hehehee... Korang kene puji aku hari ini, kerana baru sekarang ni, time aku tulis entry ini komputer ini di explore dengan internet explorer.. Kalau tak, dari pagi tu mengadap paperwork bos untuk presentation esok. Sape cakap aku tak bizi..??? Bizi wei..... Ahahahaha...Rindu la pulak nak berbicara di alam maya melalui kotak komen dengan bloggerblogger yang cOOL dalam list aku tu...Humm...


Siyolll! Mate rabak macam drakula dah aku rase.. Cume tak tumbuh siong je lagi.. Ciss..!! Sampai jam 4 pagi dari Genting bai, mau tak menangis aku nak bangun pagi.. Kalau tak di sebabkan paperwork yang tak bersiap lagi, [sebab bos dah mintak hari isnin] aku mungkin berada di Genting lagi sekarang ni. Menikmati alam sejuk.. Ahhh....


Orait.. Aktiviti hujung mggu akan di apdet kemudian.. tapi yang pasti, we having lots of fun.. Memang siow [cani ke eja wei..?] punye event..! And the best is, costume party..


Kepala ni berat lagi, pening pun ade. Sebab aku di paksa oleh rakanrakan untuk mencuba roller coaster yang macam setannnnn die punye kelajuan!! Bikin nak pecah jantung beb..! Oke, saya seorang penakut jugak, sila la gelak ...Ahahaha... Maseh..!! Ciss..!! Lepas tu buleh pulak diorang nak suruh cuba naik Space Shot.. Mampus aku tak naik..!! Sampai sudah.. Ahahahahaha...Korang buat la ape pun, aku rela beli token and main pancing itik.. Ahahahahaha....La la la la...



Sekian sahaja, dari saya dan My Beloved.. Comel kan kekasih hati saya..?? Tapi beliau tak mahu mengikut saya pulang ke Shah Alam,beliau cakap panassss.....!!! Dah, aku tinggalkan je la kat atas sane.. BAbaiii.....

[beliau malumalu kucen walopun beliau beruang..tunduk je...tak nak pandang kamera pun.. Ahahahah...]

Cik Kuna Kunang : ............... (o~O) ......ting tong......

Thursday, October 22, 2009

hikayat 49 - HoMeSicK..???!!?


Semalam,tiada apdetan. Tiada story. Tiada idea jugak. Tambah dengan mengantok. Masa pun berlalu dengan cepat je.. "..Kita ni sebenarnye berlawan dengan masa.." bak kata Cik 301 tengahari tadi regarding our coming Fun Race,this December.. Lame lagi pun,tapi taim ni dah pikir.. Sebab ape? Nanti akan di apdet kemudian.. Masalah jugak ..!! Kamu tak faham..?? Abaikan jela..


Takde entry bukan bermakna aku senyap tak buat apeape.. Aku jadi silent reader blog orang, aku jenjalan blog orang macam jenjalan kat Shah Alam ni.. Aku bagi komen kat blog orang macam aku kenal je kan dengan orang tu [terasa macam dah lama kenal je..].. Anyway, seronok bile baca blog orang yang ade macammacam cerita.. Ketawa sorangsorang macam orang gila! Terasa sebak bile ade story yang lara..Semua orang melalui pengalaman yang berbeza.. Terima kasih kepada sesapa yang ade juga memberi komen pada blog aku/entry aku.. Sebabnye ape yang aku tulis, berkisarkan kehidupan seharian aku..

Rindu dengan kampung. Last week tak balik.. This week pun tak balik. Last week, adik aku yang nombor 4, a.k.a my bro excident. Kes langgar lari..!! Memang SYAITONNN sape yang langgar tu! Sampai skang tak dapat jumpe lagi. Nasib die baik kat muka bumi ni..!! Lepas ni, Allah nak balas, CASH beb..!!! Served you right! Dah setel buat report semua, tibetibe ayah cakap adik aku still kene saman. WTF..??!!! Aku tak paham. Adik aku ada lesen, dan kereta yang melanggar tu langgar dari bahagian depan pulak.. Dah la kene hit and run, kene saman pulak.. Aku sangat konpius sebenarnya.. Polispolis ni,tido ke..???

Ahhh....Cepat la minggu depan..! Aku nak balik kampung..!!!









Cik Kuna Kunang : Masih lagi pening, nak kene pikir costume untuk event ahad ni di Genting. Adoyyaiii....!!!

Tuesday, October 20, 2009

hikayat 48 - Berjodoh Lagi...

Pagi ini, aku berjodoh lagi.. Dengan Lelaki tolak kereta itu.. Ahahhaha... Musti die malu... Cian die. Tapi aku buatbuat tak nampak je beliau. Kang kalau usha lebihlebih kang die pikir aku nak usha die pulak.. Tak mungkin! Kang die pikir aku ni sengaja nak usha die sebab kes pagi yang biru itu..

Hari ni aku kuar umah dah lambat. Beliau pun,aku syak.. Tapi hari ni, kereta beliau tak kene block dah.. Beliau selamat di situ.

Aku cuma bagi jelingan yang agak tyipical.. Ahahahah... Mujur pagi ini,tak dengar lagi bunyian itu yang di selangi dengan dehem dehem..










Cik Kuna Kunang : Telinga aku macam dah pekak sebelah je.. Kes flu dan dan batok aritu...

Monday, October 19, 2009

hikayat 47 - Kisah Si Timah..


Nama beliau,Timah.... Nama timangtimangan Tim. Beliau memendam rasa.. Memendam rasa kepada seorang jejaka yang beliau minati. Kesian beliau..

Aku dah cakap dengan beliau. Bagi hint yang membolehkan jejaka itu perasan, perasaan kamu kepada nya. Tapi, Timah pemalu.. Kesian beliau..
Cane aku nak tulun ye.. Kamukamu ada cadangan ke?? Nak suruh die pegi propose jejaka tu ke..? Ish..

Sabar ye Timah...

Tu jela kot cadangan aku. Yang lain, dah secara verbal pun bagitu sama dia.. Kamu jangan nakalnakal ye Timah... Aku sekeh kang..!!

Aku pun tunggang langgang,nak bagi idea pulak..Hahahah.. Timah, kamu oke ke..?? Mee goreng kamu malam tadi memang sedap.. Nanti kalau agakagak kita jobless,kita buka kedai makan yeaa....


Sekian entry khas kali ini untuk Timah @ Temah @ Tim...

[mee goreng Timah.. hottttt beb..!!!!]

Cik Kuna Kunang : Kamukamu ada cadangan..???

hikayat 46 - Jawab Tag La kejap..




NOTE : Tag ni setelah berminggu kot Cik 301 bagi kat aku,di sebabkan aku jarang update,dan tak terperasan terpampang nama Cik Kakuna dalam tag die, jadi lambat la nak menjawabnye.. Aku tegar la jawab ini,setelus mungkin..Ahakss...


1. Anda rasa anda hot? ~~ hot ker??
Oww... Hot la.. Saya punya aircond dalam ofice ni rosak kowt..
2. Upload gambar kegemaran anda.
Kalau kamu jumpa gambar yang ada muka saya, tu la gambar kegemaran saya.. Hahahaha...[bangsa malas aplod la nih...!!]
3.Kenapa anda suke gambar ini?
Gambar mane?? Mane?? [gaya tak bersalah je kan..?? cam lahanat jel!!]
4. Bila kali terakhir anda makan piza?
Sabtu lepas, mase bershoping di Midvalley.. Kamu tak nak tanye flavor ape..?? Owcay, super supreme.. Hahahah..
5. Lagu terakhir yg anda dengar?
Rihanna - Lagu2 beliau memang menusuk jiwa saya.. Saya kan sedang dalam temp0h berkabung sekarang.....
6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
Syhh,.,.Saya sedang ber-es-em-es dengan En. Malik. beliau cakap beliau nak mengorat saya..!! Ahahahah....
7.Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
Kalau saya cakap kan,nanti musti mereka ejek saya... Huh!
8.Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori..
Ish..Sampai mandatori ni.. Kalau mereka tak buat, saya yang kene ke..?? Adoiii...
* Siapa no 1 kepada anda?
Eh..Mane no. 1 tadi..? Meh sini saya tengok muka.. Ahahaha....
*Bagaimana pulak dengan no 4?
Mane tah die,menyuruk kot..Woi,kuar kuar..!!
* Kata sesuatu tentang org no 5.
Eh,no. 5 sape ek..??
* Bagaimana pulak dengan no 3.
Saya pun dah pening ni...
* Siapakah org no 2?
Lapar pun ye.. Ish..
* Bagi pesanan anda untuk org no 6.
Laa..Ade lagi ke..??
Oww..Dah abes..?? Fuhh....
Sekian, entry tag..
Babai....
la la la la....






Cik Kuna Kunang : Memang pemalas kan..?? Sory sape yang buat soalan tag ni.. Hahaahaha...

Friday, October 16, 2009

hikayat 45 - Entry Ini Ku Tujukan...




Ahahahaha....TAkde..Takde..! Tade sapesape berkenaan pun entry ini.. Sajesaje maenmaen.. Lagipun, baru teringat, hari ni tak makan ubat lagi. Patot la alaala sengal sedikit. Macam Incek Malik [yang call aku malam itu..yang cakap suara aku cam bapok tu! ciss!!] cakap dalam message beliau.."..Ko ni, cakap sikit nak gelak,apehal..? Tak makan ubat lagi ke..?..".. Siottt dowhh..! Mentang la aku baru baek demam...Hawau..!!


Yeaayy...! Saya dah sihat sikit untuk hari ini..! Tak perlu bergenangan air mata untuk menahan sakit kepala dan panas badan, sebab ternyata hibernasi selama 24jam [ya allah..ampunkan aku!!] memang mujarab ye kawankawan.. Sila ambil perhatian, ikuti rencah ini.. Ubat selsema Sebijik dua di makan bersama ubat demam/tahan sakit sebanyak 2 ketul dan satu sudu [aku hentam lebih sket..ahahaha...] besar Ubat batok, nescaya tidur anda tiada ganguan..!! Fuhh...!! Macam setan kan..??? Nyamuk pun tak heran dah beb, sebab darah pun terasa ubat je.. Ahahaha...


Hari ini baru terasa idea itu nak keluar, puas aku perah pagi tadi.. Petang jugak die keluar. Err,semalam saya MC ye kawankawan.. Hahaha..Tak cukup tegar la diri ni nak menahan sakit kepala dan demam ni kat ofis..Hehehe..Ini pun selepas berjalanjalan di blog list of blogger aku tuh, Oww..upenye Cik 301 ade tag aku..! Ampun! Aku tak perasan pun.. Oke.. Tag akan di jawab nanti ye..! Tapi, buleh pulak die cakap aku ni blogger tegar,sebab banyak hikayat.. Ahahahah... Aza,tu belum lagi aku memiliki sebijik lappy dan aku bela band berok sekor kat umah tu, kalau tak... Memang ko tak payah tanye aku kat mane.. Ahahahaha...


Lunch tadi, Cik 301 dah awalawal sound nak kuar, ingatkan buat amal jariah.,Rupenye..Pegi mencekik.. Jauh wei pegi, sampai ke negara Arab sana la,,fadang fasir la...Tak caye..??






[Cik 301 and Nardia sama Aku, bergambar bersama Camel.. Camel itu Unta ye adikadik...!!]




[aku mau cium itu Camel...!! muahhhhh....!!!!]





Tengok, kami tak menipu kan..? Ahahaha... Memang keje giler keji jugak la..Mau tak nye, on the way nak balik ofis tu buleh pulak dah singgah pergi Mahkamah Shah Alam tu, Ibu Adam a.k.a driver kami @ Kak Wie, ade urusan pulak. Sampi je ofis, jam menunjukkan tepat 3.20 petang..! Hahaaha...Woi,woi..!! Masuk 2.45 petang la....Aduuyaii....! Hancur company beb...!!!


Owhh..Makan ape..?? Tunggu la keluaran entry di blog beliau... Musti ade punye...hehehe...








Cik Kuna Kunang : Kalau harihari ini macam, memang aku adalah salah seorang pekerja yang di black listkan untuk naik pangkat tahun depan..Hahahahaa...

Wednesday, October 14, 2009

hikayat 44 - Ini Hari..

Ini hari ...Aku nak bercakap pun malas dah rase.. Bukan sebab malas sesaje ..Tapi ade sebab kenapa aku tak mo bercakap... Tolong jangan gelak kan aku okey.. Aku masih mampu menaip ape??

Lemah betol nak angkat kol pagipagi buta ni.. Bukan aku malas, tapi ade sebab kenapa aku tak nak angkat kol itu.. Tolong la faham aku...

Hari ni pergi ke tempat kerja dalam hujan.. Tak romantik lansung..!! Sape cakap romantik pegi keje dalam ujan romantikk?? Getik!! Kalau ade boifren buleh la nk romantikromantik...woi.,woi..!!!

Jumpe pulak seorang gurl yang satu tempat kerja.. Nak tegor ke tak..?? Nak ke tak tegor..?? Oke.. Aku tegor macam biase.. Tapi, aku dah agak dah reaksi beliau...Beliau musti macam tak berapa nak dengar ape yang aku cakapkan.. Aku pun tak berapa dengar ape yang die tanye... Aduyaii...

**************************************************************************

Malam tadi....


"..Hello.. Ha Wei, ko kat mane..? "

"..Err,haa. Ye hello, Aku kat rumah la. Nape ko?? "

"..Woi!! ni sape ni.. Ain ade tak..? Jgn maenmaen eh.."

"..Ye syaitonnn...Ni Aku la ni,Ain..!! Kenape..??"

"..Owwhh.. Tekejot gak aku.,.,Tu la, ingatkan tadi bapok mane la kan..Err,sory ye...Hehehe..."

"..Lahanat lu! Sial dowww...!!!.."

************************************************************************

Ini bukan pertukaran hormon oke..!! Aku masih lagi Perempuan sejati..!! Macam bangkai kawan aku tuh..! Buleh die suspek aku ni macam tu..?? Tak respek lansung.. Kamukamu jangan syak aku HsatuNsatu pula. Doakan aku baikbaik saja ye.. Dan kepada yang call aku tu di ofis maupun henpon,harap maklum, virus ini tidak merebak melalui perbualan telefon. Aku cuma flu dan cough saja..

Haachoommmmm....!!!! Aish...Sroottt..Sroottt...!!...











Cik Kuna Kunang : Berjaya jugak pergi keje hari ni. Tak MC pun taw... Baik kan aku..?? Oke,abaikan.........Haaachooommm....!! Haih...sory...

Monday, October 12, 2009

hikayat 43 - Homecoming - East Cost Trip pt. II


Sakit kepala wooo... ADe ke patot naik bas dari Kuantan ke Shah Alam yang boleh memakan masa 3 jam, tapi di extend sampai ke 5 jam??? Adoiii... Sakit kepala aku yang dari hari sabtu tak hilang, penat semalam di open house rumah Kak Long pun tak hilang.

Oww, hari sabtu tu, memang dah bercadang dengan Luzra untuk dating..Ahakss.. Lame sey tak jumpe die, last pun time NI je laa... Ish, teringat nasi kukus tu ha.. Heheeh.. Actually, kakak aku buat open house on sunday, so aku pun bertolak ke Kuantan on Saturday morning. So, dah sampai and jumpe die, kitorang memang round Kuantan je. Memula pegi open house kawan die, die heret jugak la aku ni.. Then, dah kenyang, pegi pantai.. Lepak la..Ape lagi... Sembangsembang.. Talking bout ol' those days.. Seronok sangat..!! Then, tunggu malam je, sebab die dapat tiket free tengok bola Liga Malaysia. Aku pun memang takde plan apeape, so folow je die.. Liga Malaysia oke, korang pun pahampaham la camne situasi nye. Aku pun sebab dah tak tau nak buat ape, pegi je la tengok... Suasana agak hambar, biase la.. ,..,.


[free tiket.. Grand stand oke... hahahahaha...macam kelakar je, aku buleh pegi tengok bola nih...huhuh...]



[Aksi perlawanan, Pahang vs. Perlis denga keputusan nya, Seri 1 berbalas 1. Tapi Luzra cakap, Perlis tetap menang sebab Pahang kalah mase game kat Perlis aritu.. Owwh, baru aku tau..]

And owwh,, fyi Luzra ni memang selalu dapat tiket free, sebab nye... Tettttt...!! Die cakap die tak suke nak expose2.. Hahaha.. Dan selepas tu, kitorang heading ke Teluk Chempedak pulak, bout 11lebih camtu la. Tapi umat kat sane tak reti tengah malam. Giler ramai!! Lepak2 la sampai nak pukul 1 pagi, tu pun sebab kepala aku dah weng..!!! [Luzra, syhhhh...hehehehe...]

Minggu ini. East Cost Trip pt. II terisi dengan sebaiknya... Walau sedikit penat..!Dan, bile menjejak kaki ke Kuantan tu, biase la.. Kenangan tetap hadir.. Harapharap ini airmata yang terakhir.. Kowtt..!! Ahahaahahh...








Cik Kuna Kunang : Nak pergi holiday lagi la...!! La la la la....

Friday, October 9, 2009

hikayat 42 - Aku Yang Bermimpi...


Aku mahu menjadi SESEORANG pada suatu hari nanti. Akan ku buktikan..!!
Seseorang...
Ya, seseorang yang di segani, yang di muliakan...
Seseoran yang di respek tanpa suspek..
Yang baik budi, lemah lembut percakapan, dan yang penting sekali...











Mencium bau syurga... Owwh..Indahnya..!!
Aku mahu menjadi seorang isteri mithali... ;)... (^ ~^)..












Cik Kuna Kunang : Hahahahaaha.....Bosan sebab masih kat ofis lagi pada pukul anjing sampai mati 7.32 malam.. BErani kan..??

hikayat 41 - Makan Lagi...




Aku jadi capet nak mengapdet dan meletakkan sume gambargambar makan semalam..Alah,yang berkawan dengan lelemak dan kalori tu..? Mereka kan peramah.. Aku ni pun alaala peramah jugak, ye lah..Orang dah bagi, kite merasa ,..Ye dak..? Ewahhh..
Bak kata Cik 301, nak muntah rase nye nak mengaplod gambargambar tu semua. Tapi,di sebabkan kitorang nak tayang tema kami untuk kali ni, Hitam & Merah ternyata Menguasai. Ahahaha... Glemer la sekejap kan, duduk depan sekali, kami ni pulak golongan yang dah memang terglemer gitu..Oww, tak caye..?? Tanye Cik 301, kan? kan? Hahahah...
Mungkin entry beliau Di Sini berlainan dengan aku, tapi pengisian tetap sama. Layan je la...




Kak Tina : Wooo..Wooo..BAs mane? Tinggal kite ke..Wooo Woo...

Cu Anne : Entah nye...[malas nak cakap banyak..kui kui kui..]

Kak Wie : Takpela Kak Tina, kite tunggu sekejap lagi, ade la kot..

Nardia : Menci i tawww..Tak suke la..Eeessh...
Cik Kuna : Umm..Lahanat la..[dengan selamberrr...]



Cik 301 : Hah, bas dah sampai.. Cepat posing.. Pose baik2 skett...

Cu Anne : [aku senyum je lahh.wat muke sposen..huhuh...]

Kak Tina : [yeaayy..bas dah sampai..! hehe..]

Cik Kuna : [weee..control ayu jap!]
Nardia : [Owww,i suke.. Hik Hik..[
Kak Wie : [ish, teringat pulak zaman nyanyi nashid skolah dlu, gini le posing nye..heheh]



[majlis dah abis.. so sebelum pulang, sesaje la bergambar dengan yang berkenaan... Abaikan yang berbaju biru dan yang bersongkok di belakang tu,..]



Cik Kuna : Fazli, baju you bau kedai la.. Baru beli ke??

Fazli : Haah, baru je beli pagi tadi. Tak sempat basuh you..Ekekekeke..

Cik Kuna : Oww,patot la..Tag harga ade lagi baii....Ehee...


Kak Tina : Cepat Anne, angkat ni bawak masuk bas..! Kang orang nampak..!

Cu Anne : Ye lahh..Aku angkat la ni...BErat pulak natang ni...

Cik Kuna, Cik 301, Kak Wie, Nardia & Lyn : Woii. Woi.. Letak balik..!!

[kami kekenyangan la..Dah nak balik dah.. sebab kamben panggang tadi sungguh menyelerakan, malah dah tinggal tulang kami sapu.. Muahahahaah....]

[Hah,.,.,Ni lah En. Kamben panggang yang diorang makan tadi. Hahahahahaha....Aku tak makan kamben..Ekekekekeke....]

Selesai sudah. Jangan marah kalau ade terkasar bahasa, tersilap kata. Yang penting, semua nye kenyangggg......Maaf Salah Dan Silap. Selamat Hari Raya!

Cik Kuna Kunang : Minggu ini memang menjimatkan...Kan..? Kan..? Heheehe...

hikayat 40 - Pagi itu Biru...Weeee ~ ~




Hahahahahaahahhaha..... Hehehehhehee... Haih.~ ~ Hm...Srott..Srott..[sedut ingus smbil lap air mata leleh...]

Pagipagi bikin orang kejang usus je orang ni. Hehehe... Dari aku naik bas sampai la aku turun bas, aku tersengih bagai naik kejang dah urat pipi ni ha... Mau tak nyee..? Mase aku turun dari penthouse kos rendah a.k.a flathouse aku, aku melalui kawasan parking kereta. Dah kate penthouse kos rendah kan, musti banyak kereta di kawasan sekeliling, sampai ade yang tak cukup parking, terpaksa memarking kereta mereka dan terpaksa block kenderaan lain.

Ade satu mamat ni pagi tadi, time aku lalu tu.. Beliau pun nak pergi keje, sebab dari cara pemakaian beliau, aku syak die keje Office kowt. Kowt je.. Berkaca mata [semestinya ber education mamat ni] kasut leather berjenama dan rambut di sisir rapi. Memang gud looking.

Dari kejauhan aku perhatikan, aku saje jalan lambatlambat sebab nak tau beliau naik kereta ape.. And then, "Owh..Waja..Kewl, dah modified..!" getus hati aku. Namun malangnya, mobil beliau telah di block oleh seekor kancil. Lalu, dengan tenaga yang ada masa tu, beliau menolak kancil tersebut. Tibatiba "..Pruttt..!! Prruttt.. ". Aku tersentap! Mamat tu berdehem dehem.. Lalu dengan laju masuk ke dalam kereta beliau..Depan aku plak tu. Dan aku pulak, terus berjalan laju tanpa menghiraukan bunyian tersebut, sambil tangan aku membuka zip handbag kunun untuk mengambil duit syiling.










Woww! amezing kan?? Exercise sambil mengeluarkan toksin adalah sangat bagos untuk pagi anda..!!
Cik Kuna Kunang : Harap lepas ni berjodoh lagi kita ye.....Hahahah....

Thursday, October 8, 2009

hikayat 39 - Hari Yang Best..




Best pulak terasa hari ni.. Dapat makan free lagi. Kurang sikit belanja untuk bulan ni. Duit pulak spend untuk bayar 'gaji' driver aku je untuk seminggu ni..







Seronok kan...???






Seronok kawan dengan lelemak dan kalori nih... Package..Beliau memang peramah...!!!










Cik Kuna Kunang : Kisah lelemak dan kalori berganda..

Wednesday, October 7, 2009

hikayat 38 - Update Malas..


Aku jadik malas... [nassang bak kate beliau nih..]
Malas nak update sangat..
Banyak sebab musababnye...
Kang tulis bebanyak kang masuk berita pulak..
Tapi,tak la sampai Karam Sigh datang intebiu..






Ku akui aku ni bukan la seorang pengguna komputer yang alaala canggih punye, tambah dengan software2 bagai di install untuk menjana ketinggian rating penggunaan komputer di pejabat [memang tak kene ayat ni..!] mahupun di CC, sebab aku pun bukan la ade sebijik komputer yang boleh di bawa kesana kemari dengan seekor berok tercucuh di palam yang di sediakan, supaya aku buleh mengadaptasikan cerita seharian untuk di masukkan ke dalam bolog ini.. Haih ~~ Panjang plak membebel nye..tolol!!




Aku tension. Gambargambar dalam blog aku tak buleh di tumbesarkan agar lebih sihat untuk tatapan semua.. Mencik la haku..!!








Cik Kuna Kunang : Weeewiittt..! En. Acapkali meng add saya dalam fesbuk beliau.. Oww.. Saya smell something ber ikan la....

Tuesday, October 6, 2009

hikayat 37 - Mari Berkawan Dengan Beliau...!

MARI BERKAWAN DENGAN LEMAK...

Kenyang betol hari ni. BAru je balik dari Open House dari rumah one of my staff kat sini. Actually, beliau bersara tepat pada hari ini,jadi memandangkan masih lagi di dalam bulan raya, beliau memutuskan untuk membuat jamuan raya cum retirement ceremony.
Peghh....Penat sey, jadi skema gaban ni..! Ayat nak kene penuh2, tak biasa la saya. Saya biasa cakap bahasa pasar je, ikan sekilo, sayur seikat. Oww,mencarut lagi...Err,get back to open house tu.. Saya dengan jayanya menambahkan lemaklemak yang sedia terkumpul untuk lagi mengumpul dan samasama berkumpul menjayakan pertambahan berat badan..!!
Tapi rezeki, jangan di tolak, musuh jangan di lawan [err,betol kan?]. Oleh yang demikian, saya telah makan dengan jayanya.. Hahaha.. Selamat Datang wahai lemaklemak baru, berkawan la dengan lemak yang telah sedia ada..!! cilakakkk..!!Saya berjaya memakan nasik dengan lauk yang super sedap, makan mee jawa yang mabeles dankuih muih yang extra manis..!! See lemak,kamu ada kawan, Manis.. Selamat Datang juga..!!

HoHoHoho..... Saya mengantok la pulak. Bos belum masuk ofis. Bos, kalau agakagak jumpa saya dalam keadaan CAMNI, cepatcepat la panggil orang buat bacaan Yaasin..!! Hahahahaaha....

And oww, saya jumpa Ex~Bos saya..! Ehee.. Terharu la pulak. Tapi, soalan yang agakagak berbunjut duit syiling, memang selalu di tujukan buat saya.. "..Ain, bile nak kawen pulak..? Asik orang lain je,you bile lagi..? ". Owwh..!! Lalu, ai pun buat la alaala artis nak jawab gosip "Emm,no komen plizz,sorry..". Panggg..!! Kene pelempang dengan akak ofis saya yang turut berada di situ. Hahahahh.....


[Sesi menganyam ketupat, lamalama jadi mengumpat.. Heheheeh...;p ]





[sesi kerah mengerah, lamalama jadik marah..! grrrr...!! ;p]




Mari lihat, siapa beliau yang alaala Ayu, dan berdiri dengan kepala 145darjah di sebelah Ex~Bos dan memakai baju extra seethrough dan sangat striking.. Weeeee.....



[Sampai ati korang taw.... Tu, saya berada di sisi paling kanan taw...Huhuhuh... Bukan yang sedang snap gambar ni.. ;p]









Cik Kuna Kunang : Tak sempat nak jamah Cekelat moist dari kedai kek berlabel merah itu.,., Agakagak, saya kempunan tak nanti..??

Monday, October 5, 2009

hikayat 36 - Interview Uptade


-Message Received-

"..wei, ko try semak semula SPA, status aku die suruh tunggu untuk interview kali ke 2. Tarikh akan die bgtau nanti. Kira simpanan la ni. Takpe la, kalau dapat interview nanti try je la nanti,hehehe.." - Cik Oyah

"..Hah?? Simpanan? Ape,die ingat aku suke ke jadi perempuan simpanan? I tak suke taw, you...! Hahaha..Oke oke,i'll check shortly.." - Cik Kuna

Oke,first..Pagipagi lagi Cik Oyah dah msg pasal ni. Interview yang dulu tu.. I was like, "..Owkay,why not just give it a try..". So aku pun menaip dengan laju sekali,mencari laman sesawang itu.


~ ~ ~ bZZzzz... ~ ~ ~ ~
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Poffff....!!!!
KabOOmm...
V
V
V
V
V


Tadaaa.....Hahahaha...


Actually,sebelom ni result dah keluar,die cakap dukacita dimaklumkan tak berjaya or something like that,coz Cik Oyah yang cek kan untuk aku. Tapi, hari ni lain plak. What's was wrong, or what was happened tak tau la pulak kan. Anyway anyhow, harap2 ade la rezeki untuk aku. SEbab sekarang ni, terasa macam nak berubah angin la pulak. Mungkin untuk ketenangan...








Cik Kuna Kunang : Think,i have to prepare myself... To accept much realities after this instead of dreaminggggggg..........