|PemFolow Kelip-Kelip|

Showing posts with label Just For Gigs. Show all posts
Showing posts with label Just For Gigs. Show all posts

Friday, February 3, 2012

hikayat 215 - Flydayssss Bebeh~



1. SPOT THE NOT..??





2. Just a simple snap on the car,my way to Malacca Historical City. Been there on last year, with AG and Nana menuju ke Bandar Melaka, nak jenjalan and masa tu adalah Hari Raya Puasa yang ke 3 if i not mistaken.



When we was on the car right there, we were so excited like macam tak pernah pergi melaka padahal selalu je. Yela, who does'nt sebab tengok keindahan bangunan-bangunan kat sana yang almost centuries die nye nilai, likewise Afamosa tu..

And tetibe ternampak deretan kedai tu, dengan signboard macam tu..? Macam nak pecah perut ketawa. I did,posted this on my Facebook. But, I dont know.. When you look at this, I Hope this will make your day,guys. As mine...theheheheehe......... :



regards,
Kakuna

Monday, December 21, 2009

hikayat 87 - Bila Aksi Terlampau ON AIR..



Malam tadi.. Aku pegi makan kat kedai makan sebelah car wash.. Bukan kedai beskal pastinye sebab kedai beskal sebelah nye takde kedai makan. Enough said! [err,sape tau Restoran Rejab]Aku pun order mee goreng mamak and telur mata sementara kawan aku pulak kuew tiaw kung fu.

Sementara menunggu hidangan kami sampai, aku berbualbual kosong di selangi gelak ketawa walaupun tak berapa lucu sangat. Nak jaga hati kawan aku tuh. Hahaha.. Sambilsambil tu mata jugak kerlingkerling ke aras skrin putih yang di sediakan oleh tokey kedai untuk keselesaan pengunjung yang rabun macam aku ni supaya tak terkenyit kenyit mata nak tengok tibi. Memandangkan aku duduk di depan sekali, jadi tak lah mate aku terkenyit kenyit nak tengok movie yang di tayangkan.

Di layar putih tersebut, sedang menayangkan cerita Thailand di saluran Astro,tak pasti tajuk nya ape,tapi yang pasti filem tersebut ber genre komedi. Korang pahampaham la, even komedi pun ade jugak terselit lusyah disitu. Mencik aku nak sebut,tergeliat lidah.. Ahahaha..

Makanan sampai,we all pun menikmati makanan tanpa sebarang munyik. Sebab mak aku cakap tak elok bercakap masa makan. Ahahah.. Mata pulak kerlingkerling di skrin putih tersebut.

Tiba-tiba..

"..uuhh..ahh..uhh..auh..."

Shit!! Aku perasan menatang bunyik jadah cam gitu. Aku dapat lihat sekilas aksi kat skrin putih tu sekejap. Aku pun buatbuat minum air. Kawan aku buatbuat cari rokok konon jatuh. Dan dengan tibatiba je skrin tersebut gelap.

"..No signal.."

Ahahahah....Padahal tak ujan pun time tu. Takkan astro no signal. Cilakak! Citer Thai ni kadangkadang takleh nak jangka.. Cam Syaitonnn...!!







Cik Kuna Kunang : Musti tokey kedai dah tobat tak nak bukak cite Thai lagi..Ataupun beliau mengambil keputusan menayangkan cerita Komedi Thai untuk tatapan umum supaya kedai makan beliau ramai pelanggan..? Nantikan...Hahahah..

Sunday, August 23, 2009

Atan - Merdeka..! Merdeka..! - Bhg 1



"..MERDEKA! MERDEKA!.."



Terdengar pekikan dan lolongan Atan di bahu jalan. Usop, yang sedang mengemas gerai tersentak. Beliau meniaga awal hari ni,bulan pose la katekan. "Ape Atan ni memekik-mekik nih? Dah nak bebuka ni,mane la die datang ni.." Usop berkata sendirian. Dah tu, nak cakap ngan sape lagi,bini Usop Ina,dah masuk ke rumah. "..Orang mengandung takleh dok luar time maghrib..", pesan Ibu Usop, Mak Salmah.

"..Usop,MERDEKA!! MERDEKA!!.." Pekik Atan di depan gerai Roti John Usop seraya memberhentikan BMX rangka Ralley beliau di hadapan gerai Usop.

"..Kau ni dari mane Atan? Dah nak senja baru balik,kang mak ko bantai kang,ke ko pegi umah Pak Samad lagi ni..?" Usop bertalu-talu bertanya kepada Atan, yang sedang membelek-belek Bendera kecil dan masih mempunyai baki gula-gula di dalam batangnya.

Atan baru sahaja membeli Bendera tersebut di Kedai Burung,di usahakan oleh tokey cina yang suka membela burung,sebab tu la di panggil kedai burung.

"..Ala ko ni Sop, aku MERDEKA. Aku nak konboi.." Atan menjawab bersahaja.

"..MERDEKA ape nye Tan, ko ni kencing pun tak lurus lagi, Merdeka kunun.." Ejek si Usop. Yang Usop ni pun ala-ala sengal, sengaja hendak membakar si Atan.

"..Aku nak konboi Usop, ko nak ikut aku..?" Tanya Atan,tidak mengendahkan kata-kata pedas dari Usop tadi.

"..Ko nak konvoi pegi mane Atan,macam-macam hal ko ni. Tu mak ko panggil tu,dah nak bebuka ni, kang die bantai baru tau.."

"..Ala,aku nak pegi Kampung Nelayan.." Atan membalas. Beliau mengusung basikal tuanya untuk pulang ke rumah. Tanpa memperdulikan Usop.

"..Atan,aku repot kat mak kau kang.. Haih,Atan Atan.." Usop menggeleng kepala. Budak Atan ni memang tak makan saman. Memang la,sebab die makan nasik je. Tapi, Usop tak sedap hati. Die suke paru ngan pedal je. Eh,ape pulak.. Usop tak sedap perasaan. Beliau hanya mampu geleng kepala.




Haih,Atan Atan....





















akan di sambung....




Monday, July 20, 2009

Atan - Episode 3



Atan Tak Suke Air Panas

*********************************************

Atan berjalan berdengket-dengket di di atas tanah,selipar jepun nya di letakkan die lengan beliau,ala-ala gutt camtu lagaknya. Atan dah usha, beliau nampak Milah hari ni kat depan rumah,cantik. Pakai kebaya warna merah,lenggang lenggok punggung Milah,mengangkat kain jemuran di halaman.


Atan sembunyi di sebalik dinding rumah Pak Samad. Tadi Atan nampak Pak Samad naik motor menghala ke Pekan, Atan pasti tiada orang di rumah Pak Samad kecuali Milah. Mak Temah (bukan nama sebenar) dah tentu pergi menganyam ketupat di rumah Mak Jenab (hah,nama sebenar nih..!). Mak Temah memang begitu, Mak Jenab yang tinggal di hadapan rumahnya memudahkan beliau untuk selalu pergi menganyam ketupat bersama-sama.


Jam lebih kurang 6.45 petang. Atan pasti, lepas ni pasti Milah akan ke bilik air,untuk mandi,memandangkan hari hampir gelap. Mak Temah tak balik lagi, kate rumah dekat je,agak-bunyi beliau dengar motor Pak Samad,beliau akan terus meloncat dan lari lintang pukang terbalik untuk pulang ke rumah! Begitulah Mak Temah.


Atan pantas ke belakang rumah Pak Samad,di belakang bilik air Pak Samad. Atan dah ready batu teller yang di susun bertingkat,memudahkan aktiviti beliau nanti.


Syruhh....Atan dah dengar air paip dari dalam bilik air. Hati Atan berbunga riang,terlaksana la impian beliau untuk melihat Milah,yang putih gebu macam roti. Atan dah tak senang duduk. Di jengket kan kaki beliau.,supaya dapat melangkaui lubang antara dinding dan bumbung bilik air rumah Pak Samad.


Tiba-tiba Milah terkejut,dia terpandang jari yang bertenggek di papan dinding bilik air. Milah kenal jari tersebut. Milah senyap-senyap masuk dan panggil Pak Samad. Atan masih lagi berdiri di belakang dinding tersebut,menunggu masa untuk menjengukkan kepala untuk menskodeng Milah.


Pak Samad lantas,datang dengan membawa secerek air panas. Pak Samad juga sudah tahu gerangan lembaga tersebut.

"..Woi,sape tuh..?? Jerit Pak Samad sambil memegang lagi air panas.

Atan terkejut,sape pulak panggil aku nih..? Atan masih ingta pesan ibunya,kalau ada yang menegur kita,kita mesti menyahut teguran tersebut.

"..Woi, Atan ni...Atan ni...! He he he... " Jawab Atan dari luar. Tersengih-sengih.

Pak Samad memang sudah agak,lalu di jirus nya Atan dengan air panas. Satu cebuk, dua cebuk. Pak Samad dengar bunyi macam orang jatuh,dengar bunyi orang mengaduh. Atan dah kena!


"..Woi,panas la.. Ingat tak panas ke..!?! Jerit Atan dari luar. Pak Samad dan Milah senyum. "..Hah,padan muka. Ada hati nak mengintip anak aku.." kata Pak Samad.

Atan berlari ke arah depan, basikal beliau memang sudah di parking di tepi jalan. Apabila melalui depan rumah Pak Samad, Atan jerit dari luar.

"..Woi,panas la. Ingat tak panas ke?? Gila la orang tua ni..! " Marah Atan. Muka Atan merah. Atas basah kuyup. Pak Samad tersengih kerang di pintu rumah.

Atan lantas menyorong basikal beliau,dan terus blah dari rumah Pak Samad. Sambil berjalan, Atan menyumpah tindakan Pak Samad menjirus beliau dengan air panas. Atan bengang dengan Pak Samad. Sejak itu, Atan tak suka air panas. Atan suka air sejuk je. Atan tobat tak nak pergi rumah Pak Samad lagi. Atan nak pergi rumah yang takde air panas. Atan bersungut,menyumpah seranah bagai di dalam hati.

Haih..Atan, Atan..








MOTS : haih,pikir la sendiri moral nye ape...hahahahah....

Atan - Episode 2



Atan Tak Suke Air Panas


*********************************************


"Wei Atan,ko dari mane ni? Basah kuyup je,ko g berendam kt parit ek?.." Tanya Usop ketika Atan melalui Gerai Roti John beliau.

"..Mane ade,aku pegi umah Pak Samad,giler ar die tu..die ^%&$# ^%#@*%%...!?!!?.." Marah sungguh Atan dengan Pak Samad. Usop bingung. Atan jarang marah sebegini,Usop pelik,baju Atan habis basah lencun,muka Atan merah walaupun kulit nya hitam, Atan tak pakai kasut seperti kebiasaan, Atan cuma heret Basikal tua beliau. Usop pelik. Usop berniat ingin tanya lagi, tapi Atan dah blah sambil mencarut bagai. "Marah benar Atan.." kata si Usop sambil memotong roti.

Jam menunjukkan pukul 9.36 malam. Dari jauh, Usop nampak Atan sorong basikal beliau,di bawah lampu neon,Usop nampak Atan pakai baju melayu,seluar track,dan kain pelikat di silang. Gerai Usop ada beberapa pemuda lain yang lepak2,bese la..gerai orang muda.

Atan menuju ke gerai Usop. Seperti biasa, dia meminta roti john tanpa roti [eh,ade ke?ah,lantak la..] dengan Usop. Usop teringat peristiwa petang tadi, lalu bertanya kepada Atan.

" Atan, kau kenapa maghrib tadi? Basah lencun aku tengok kau.." tanya Usop sambil menggoreng telur. Atan yang sedang membelek basikal tua nya,berhenti.


" Ah, Pak Samad tu la,jirus Atan. Gile la orang tua tu,panas tau tak.." sungut Atan.

Usop tak faham. Kenapa pulak Pak Samad nak jirus Atan, tak semena-mena je..?
Lalu, Atan pun blah ,bila di tanya,beliau menjawab hendak ke Kampung Nelayan lagi.


"..Atan,kalau aku tau kau main nombor lagi,siap kau.." Jerit Usop, Atan cuma buat tak tahu.

"..Oii Atan,duit roti kau mane? Tak bayar lagi ni..!!.." Ciss! Rugi aku 2 hengget! Sungut Usop. Atan selalu begitu.

Haih..Atan,Atan..


"..Die kene dengan Pak Samad tadi Sop,baru die rase..hahaha.." Ajak tiba-tiba bersuara. Ajak,salah seorang pemuda yang turut melepak di Gerai Usop.


"..Laa,kene ape pulak? Die buat main dengan Pak Samad tu. Orang tua tu ade silat gayong + silat tepung tu.." seloroh Mat Kamben,yang turut melepak di situ. Mat Kamben,kerana beliau merupakan penternak Lembu,entah kenapa di gelar Mat Kamben,takde kene mengena lansung.


"..Mau nye tak kene,takkan korang tak tau..Anak dara Pak Samad, si Milah (bukan nama sebenar) yang cun melecun tu kan ade kat rumah,baru balik dari unibesiti.." Tokok tambah Ajak lagi.


"..Laa...patot la..Hmm,nasib kau la Atan.." Usop menggeleng kepala. Gamaknya sudah tau apa yang terjadi kepada Atan.





Bersambung....

Atan - Episod 1

Atan Tak Suke Air Panas.


***************************************

Atan, seorang budak kampung,bukan taraf budak lagi sbb umor die dh 30lbih,dh jadik bapak budak dah. Tapi,disebabkan Beliau mempunyai perangai yang macam budak2,malah otak beliau juga di katakan 'kureng' atau '3suku' atau 'skru tercabut' oleh penduduk2 Kampung Sg. Besor.

Hobi Atan hari2 adalah merayau-rayau,beliau tidak bekerja,tidak bersekolah,aktiviti Beliau hari2 adalah merayau sekeliling kampung dengan menaiki basikal tua beliau,hasil peninggalan Arwah ayah angkat beliau..jadik le,dari takde kan..

Sejak peristiwa itu,Atan tak suke air panas. Beliau berkata,sape yang minum air panas tu Gila."..why? waii Atan.." tanya Ketua Kampung,semasa sedang lepak di kedai makan. "..Ala,org gile je suke air panas.." kata Atan.

Peristiwa itu,masih segar di benak fikiran Atan yang memang dah benak...

***************************************************************

"Wei Atan,aku dengar ko pegi Kampung Nelayan kan semalam,ko buat ape..? " Tanya Usop,salah seorang pemuda di Kampung Sg. Besor.

"Mane adhe ape.." Jawab Atan sambil tunduk2 bawah meja di kedai kopi yang selalu die pegi lepak. [Atan ni agak pelat dan lidah pendek,jadi baca ala2 pelat la yek..huhuh..]

"Haa,ko jangan nak tipu,aku dengar ko main nombor eh.."

Tesengih2 Atan bila Usop serkap jarang beliau,menampakkan lagi kekuningan gigi nya yang dah 6 bulan kot,tak gosok.

"..Ko g sane buat ape Atan.." Usop bertanya,saje nak main2kan si Atan ni.

"..Emm.,.,MEN NOMBOR...." jawab si Atan.

"..Pastu...??.." Usop makin galak hendak mempermainakan Atan.

"..NENGOK PONGGONG.." jawab Atan ni lagi.

Sampai sudah,tu la jawapan si Atan ...men nombor,nengok ponggong,men nombor,nengok ponggong...

Haih..Atan, Atan..keluh Tok Ketua Kampung sambil menggeleng kepala..





bersambung............

Thursday, June 25, 2009

:: lawak copy & paste ::

**************

situasi di sebuah restoran tak brapa mewah pun................



tukang amik oder : ye bang! nk makan ape bang..? macam2 ade, masakan panas ade..
(incek tu lom sempat nk cucuh okok,budak tu dh tanye..)

incek A : oo..kt sini ape ade? (sambil muncung2 mulut cucuh api okok..)

tukang amik oder : macam2 ade bang,abg nk mkn pe..sup ade,tomyam ade,goreng2 ade..

incek A : kamben ade?

tukang amik oder : ade bang..

incek A : lembu ade?

tukang amik oder : ade bang.. (jurus budak ni..!)

incek A : ayam ade tak?

tukang amik oder : ade jgk bang,abg nk oder ape? (hati dh mule panas beb! )

incek A : ok,halau sume natang2 tu kuar, saye nk makan ni...bagi nasi goreng ikan masin kurang masin satu..

tukang amik oder : ...??????!!(lu ni mmg vavi la bang..! kate nye dlm ati..)








note : .............................jahanam btol!

Wednesday, May 20, 2009

:: CHOLESTEROL FREE ::

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang- barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...

Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis.

Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu.

Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!






p/s : hmmm...begitu lah seadanya....sape yang tak suke barang FREE...???