|PemFolow Kelip-Kelip|

Friday, December 4, 2009

hikayat 81 - Hancur nya Kerepek Aku...!!

Nota : Cerita adalah benar belaka,dan ada kena mengena dengan yang hidup. Watak-watak memang benar dan belum pun mati lagi. Cerita adalah based on true story di ceritakan kepada aku oleh adik watak itu sendiri. Sekian..

Lokasi : Stesen LRT

Tahun : Sekitar 2000 kowtt..


Sawa, Azam, Epul,Ajis dan Nuat berjalan megah. 5 teruna ini kelihatan sangat teruja. Walaupun penat berjalan dengan menjinjing beg yang berat di tambah barang-barang yang banyak di kiri kanan tangan mereka, namun semua itu berbaloi. Kerana di tangan masing-masing ada sekeping tiket bas untuk pulang ke kampung kecuali Epul dan Azam. Tugas mereka di bengkel membataskan mereka untuk bercuti raya di kampung.

"..Wei,cepat kang ketapi tinggal. Aku tak penah naik ni, tak sabor dah ni.." Luah Sawa,memang keterujaan terpancar jelas di wajah beliau yang ada jerawat 5 6 butir tu. Beliau dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang agak terpencil jauh di pedalaman Pahang. Baru tinggal di KL 2 bulan. Bese la, orang kampung.

"..Wa,kem salam mak ayah aku. Tokleh aku nak balik ngan ko. Raye kedua aku balik la..Bengang aku..Ni,kepek-kepek ngan bahulu ni jangan lupa,aku dah cakap ngn mak aku kirim kat ko.." Luah Azam pula sambil menghulur bungkusan kerepek kepada Sawa. Nada kekecewaan jua terpancar jelas. Azam dan Epul sama-sama tak dapat balik, jadi mereka meneman 3 lagi rakan mereka ke stesen LRT.

"..Ye ar, aku tau la..kang aku kem salam la..Ko nanti dah balik bagitau aku,aku amik kat stesen bas sane.."

"..Jom Wa,ketapi dah datang tu. Panggil Ajis, mende tahu dok melangut tengok orang. Aku tampo jugak kang.. Langho sokmo.." Bebel Nuat kepada Ajis yang di lihatnya melilau lilau.Tapi mereka semua memang tak pernah naik LRT tu, Nuat pulak buat-buat tahu kononye terror.

Sawa lantas melaung Ajis untuk naik LRT yang baru sampai. Namun, beliau terlupa bungkusan kerepek yang di kirim Epul tadi yang di letakkan di atas lantai sementelah mencari tiket LRT tersebut.

Zhuuuuuuuu...............Brekkkkk.. [efek adalah rekaan sendiri]

Pintu train terbuka. Nuat lantas ke masuk ke dalam perut train tersebut manakala Sawa dan Ajis masih terkial-kial kerana ada beberapa orang lagi yang mahu naik train itu. Setelah membetulkan kedudukan di dalam train, Sawa dan Ajis tersengih memandang Epul dan Azam di luar.

Tiba-tiba,baru Azam perasan. Bungkusan kerepek di atas lantai.

"..Sawa, kepek aku ni wei..!!.." Laung Azam.

Di dalam kesesakan lautan manusia di dalam train tersebut, Sawa mula cuak. Loceng berbunyi menandakan pintu train akan di tutup.

"..Azam,lempor kat aku Zam. Tak sempat aku nak kuar ni..!.." Sawa dari dalam train menjerit die celahan orang ramai. Ajis hanya memerhati. Manakala Nuat buat-buat tak kenal kawan beliau sendiri, macam celake jugak perangai

Dengan tak semena mena, Azam melempar bungkusan plastik berisi kerepek tersebut secara meleret, kene pulak timing pintu train tertutup. Bungkusan plastik tersebut stop betul-betul di tengah-tengah pintu train tersebut.

".. Prakkkkkkk..........!!!..."

Bunyi yang kedengaran di pintu train membuatkan Azam menepuk dahi! "..Kepek aku Wa...!.." Jerit beliau sayu...

Sayu betul hati Azam,mengenangkan kerepek dan bahulu untuk di kirim ke kampung..Azam menangis hiba...








Cik Kuna Kunang : Nape tetiba ntah aku teringat cite ni...Raya dah lepas dah padahal...ciss...

8 comments:

bias® said...

ala...kepek dia!!!

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

bi@s - haah,tu la..kan..

i'msosupernotcool said...

dapat ke x kepek tuh?

oranglidi said...

ADEH.. WA TUMPANG BERSEDIH DIATAS KE REMUKKAN KEREPEK ITU..HEHEHE.. LAME X SNGGAH SINI.. MAAP WEH!

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

imsosupernotcool - dapat,tp hancur la..heheh..

oranglidi - hoh!tau pun lu..bersawang beb lu nye blog..hehe.mane lu pegi da....???

oranglidi said...

lu nak tau dimana wa menghilang? kt blog wa menceritakan segalanya. hehe.

triple x malaya said...

mane mehilang..main nyorok2 ke..

EN.ROBOT said...

sian kepek tu.,.,.~
nasib nye dlm tong smpah ke..?
or bedal je kat umah..?